14.11.05

Mari bekerja!

Hari ni baru masuk opis setelah bercuti sakan hampir 3 minggu. Gilak kan? Hahahaha. Aku tau aku cuti lebih dari korang semua. Bangga! Bangga! (Inilah perasaan manusia yang susah untuk mendapat cuti!).

Aku kepenatan dan kemengantukan lagi nih. Sampai KL jam 3.00 pagi tadi. Rasa nak tido je kat opis nih tapi perot lapar. Takpe, sat lagi aku turun pi makan. Skang waktu untuk menyalahgunakan harta syarikat dulu. Layan chattingggg!! Layan bloggingg!! Muahahahahhaa... (Ah, kau pun sama! Kan? Kan?)

Hampir 3 minggu aku tak jenguk alam cyber. Kat kampung aku hanya leh access internet pakai dial up saja. Malas. Aku dah dibiasakan diri dengan teknologi canggih so dial up ni aku tak main. Dari dok melangut menunggu IE loading gambar gambar dan link link sampai bisa tumbuh janggut, ada baiknya aku tutup terus VAIO aku. Biarkan dia relaks. Waktu tengah malam saja dia berguna. Sebelom tido, layan Red Alert 2 dulu. Ahaks!

Aku tak tau apa perkembangan semasa berkaitan forum, blog dan YM. Kalau nak surf forum ni mau makan hari tak habis baca lagi. Nantila, tunggu aku takde benda nak buat baru aku masuk jenguk apa latest news nanti. Apa cerita GJ? Apa perkembangan MT? Apa cerita entry entry terbaru rakan rakan? Ah siot jer... aku betol betol teruja kali ni. Baru hampir 3 minggu tak sentuh internet, rasa cam terputus dunia. Rasa cam aku sorang sorang kat pulau yang tak berpenghuni. Cuma ada sebatang pokok kelapa dengan buahnya yang muda muda. Isi kelapa dan airnya, untuk hidup. Berkawan dengan ikan dan ketam. Isketambola betoi!

Kau tau? Hmm... takpelah. Malas ah nak cakap!

Kalau korang jumpa aku, korang tanya ah. Nanti baru aku cakap. Kalau ingattt... ;p

//Sapa buat open house? Jangan dilupa daku di sini. Hehe!