28.11.05

Aku buat teknik rebonding lagi. Tapi kali ni permanent rebonding. Terbang not 100. Hampeh! Mula mula mamat tu nak 150. Aku mintak tawar, dia bagi 120. Aku kata nak pakai kad, diorang tak terima. Check duit, ada cash 100 jer. Nak harap datang lain kali, memang takleh harap dah. Keinginan nak buat straight kekal ni dari tahun lepas lagi. Kalau tak buat semalam, ada harapan tahun depan la aku datang tanya semula kat salon tuh. Ahaks.

"Aiseh, saya ada 100 je sekarang. Kalau U terima, I nak buat sekarang jugak!"

"Ermm... okeylah!"

Yahoo!

"Berapa lama agak agak ambik masa untuk siap?"

"Antara 2 hingga 3 jam."

Damn! Nak buat jugak nyer pasal, aku teruskan.

And u know what? 6 jam baru siap. Gila! Mengikut pemerhatian aku, sepatutnya masa proses tak sampai 6 jam, tapi orang yang buat rambut aku nih banyak sembang dari buat keje. Sekejap buat ni, sekejap buat tu, sembang ngan orang ni, orang tu, pi order nasik, jawab telepon, iron clip rosak etc etc. Sakit jiwa dibuatnya.

Well, everything have done. Straight ke rambut aku nih? 3 hari rambut takleh kena air nih. Boleh tahan ke aku?

Nida, bila nak comment rambut aku? Hehe.

//Lihat rambutkuuuu... Ramping kannnnnn...?

27.11.05

Hmm... Harry Potter and The Goblet of Fire, best! Tapi jalan cerita slow sket. Biasalah, jiwang. Tak macam yang sebelomnya, aksi lawan musuh banyak. Jalan cerita berbelit belit pasal nak menyelesaikan teka teki/persoalan. Episod yang nih lebih kepada perlawanan triwizard championship antara 3 sekolah magik. Pastu ada orang mempergunakan perlawanan tu untuk menggoda Harry ke perangkapnya dengan tujuan nak menghidupkan semula musuh ketatnya, Lord Voldemort. Aku suka bila episod kali ni masih menggunakan beberapa karakter jahat dalam episod sebelomnya (Kalau tak silap aku la). All in all, menghiburkan. Berbaloi tengok (at least aku bayar tiket RM8 sekeping - show before afternoon).

Dan yang paling aku suka, partner kat sebelah terhibur. Itu sudah memadai. Hehe.

//Hari ni waktu terasa sungguh singkat... aku tak puas!

25.11.05

Dating ngan kak Ungku 2 hari berturut turut. Jalan jalan carik jalan, makan makan, tengok wayang dan bercerita ceriti (mengumpat, mengutuk, mengata dan segala... ahaks!).

Thanks banyak banyakkkk kat akak. Lenkali leh belanja lagi, ekk..! ;P

23.11.05

Ahad. 27/11/05. 11.45 pagi di TGV KLCC.

Harry Potter 4.

2 tiket dah siap reserved untuk kami.

Kau nak kenal? Datang la jumpa aku. Hehehe.

..................

Seharian kat opis tanpa melakukan apa apa kerja betul betul buat kepala hotak aku buntu. Rasa berjambul semacam jer. Dari pagi sampai ke petang dok mengadap internet rasa nak muntah. Dan inilah yang aku rasa hari hari sejak 4-5 bulan lepas lagi. Aku tengok jam... 3.00 petang. Bos kuar dari bilik dia. Nak blah lah tuh. Tak sempat dia cakap apa aku terus sound... "Zal, jom balik!". "Pi lah!". Huargh huargh huargh! Gila sporting nyer bos. Terus off pc dan cabut. Lalalala.

18.11.05

Semalam temankan Azie pi bank setelkan hal loan agreement. Aku pun kena sign jugak. Bukan sebagai penjamin , tapi atas urusan tukar nama kereta. Ya, loan Azie dah approved, mean WGV tu akan bertukar milik dalam masa terdekat. Part aku, hanya 2 urusan saja yang belom setel lagi. Refund balik insuran Takaful kete tu dan dapatkan report PUSPAKOM untuk diserahkan pada bank. Ah... sedikit masa lagi aku akan bercerai ngan bini kesayangan. Tak boleh jadi, kena carik pengganti nih.

Plan Mie... plan...

Sedih jugak bila dipikirkan. Tapi terpaksa. Hmm... banyak kenangan ngan WGV. Nak buat macam mana. Jodoh tak lama. Huhuhu~!

//Cepat jual cepat dapat duit. Hehe.

14.11.05

Mari bekerja!

Hari ni baru masuk opis setelah bercuti sakan hampir 3 minggu. Gilak kan? Hahahaha. Aku tau aku cuti lebih dari korang semua. Bangga! Bangga! (Inilah perasaan manusia yang susah untuk mendapat cuti!).

Aku kepenatan dan kemengantukan lagi nih. Sampai KL jam 3.00 pagi tadi. Rasa nak tido je kat opis nih tapi perot lapar. Takpe, sat lagi aku turun pi makan. Skang waktu untuk menyalahgunakan harta syarikat dulu. Layan chattingggg!! Layan bloggingg!! Muahahahahhaa... (Ah, kau pun sama! Kan? Kan?)

Hampir 3 minggu aku tak jenguk alam cyber. Kat kampung aku hanya leh access internet pakai dial up saja. Malas. Aku dah dibiasakan diri dengan teknologi canggih so dial up ni aku tak main. Dari dok melangut menunggu IE loading gambar gambar dan link link sampai bisa tumbuh janggut, ada baiknya aku tutup terus VAIO aku. Biarkan dia relaks. Waktu tengah malam saja dia berguna. Sebelom tido, layan Red Alert 2 dulu. Ahaks!

Aku tak tau apa perkembangan semasa berkaitan forum, blog dan YM. Kalau nak surf forum ni mau makan hari tak habis baca lagi. Nantila, tunggu aku takde benda nak buat baru aku masuk jenguk apa latest news nanti. Apa cerita GJ? Apa perkembangan MT? Apa cerita entry entry terbaru rakan rakan? Ah siot jer... aku betol betol teruja kali ni. Baru hampir 3 minggu tak sentuh internet, rasa cam terputus dunia. Rasa cam aku sorang sorang kat pulau yang tak berpenghuni. Cuma ada sebatang pokok kelapa dengan buahnya yang muda muda. Isi kelapa dan airnya, untuk hidup. Berkawan dengan ikan dan ketam. Isketambola betoi!

Kau tau? Hmm... takpelah. Malas ah nak cakap!

Kalau korang jumpa aku, korang tanya ah. Nanti baru aku cakap. Kalau ingattt... ;p

//Sapa buat open house? Jangan dilupa daku di sini. Hehe!

6.11.05

Petang tadi aku free. Ajak sepupu aku, Joe pi jenjalan beraya. Beraya umah Nisa kat Pengkalan Chepa. Ex-classmate masa kat Teknik dulu. Gilak besar umah dia. Terkejut aku. Ingatkan dah silap umah. Tak sangka anak orang kaya gak dia nih. Masa kat skolah dulu umah dia takdela sebesar nih. Sambil makan makan sembang sembang aku sempat tanya apa kerja bapak dia. "Ayah aku kerja driver jer!" kata Nisa. Wahlaauu.. driver ajer??? Driver apa? "Helikopter." Jawabnya. Ooo... padan lah.

Aku: "Eh, tak nampak pun helikopter ayah kau. Parking kat mana? Belakang ekk?".

Joe: "Atas bumbung kot!".

Nisa: "Hahahaha. Gila!".

Tengah tengah sembang, bapak Nisa kuar. Pi kerja kot. Lebih kurang sejam pastu kami blah. Tengah panaskan enjin WKU, tetiba sebijik helikopter lalu atas kepala. Tinggi.

Aku: "Okey pak cik. Kami nak balik dah. Selamat hari raya!" Laung aku kat helikopter tuh sambil melambai lambai.

Nisa: "Gilalah kau!".

Hahaha. Dah lama tak bergurau ngan kau Nisa.

................

Dari Pengkalan Chepa terus ke Kedai Lalat. Carik umah Am Sayangmama. Kenduri kawen adiknya. Senang jer nak jumpa umah Am. Cuma nasib baik tak termasuk kenduri orang lain. Yelah, sepanjang jalan banyak betol kendurinya. Sebelah menyebelah lak tuh.

Silap kenal lambat ngan Am. Kalau tak, boleh jadi adik ipar kau. Kan Am kan? Hehehehe. Setelah diteliti dan diperhati, Am masih ada adik pompuan lagi. Hmm... ada harapan tak? Ahaks!

4.11.05

Raya kedua..

Pepagi hari lagi aku dah tak boleh tido. Bunyik bising dari ruang tamu. Aku agak ramai sedara mare aku datang beraya umah aku. Dengan mamai aku keluar dari bilik ayah aku (ops... tido dalam bilek ayah sioott! ahahaha!) pastu kuar ke ruang tempat sidai tuala. Nak mandi.

Tengok jam. Alapak! 11.30??? Ish... lewatnya. Malu aku kat awek awek cun kat ruang tamu (sepupu lah!). Standardlah kalau buat perkara 'rare' macam ni tentu akan jadi perhatian orang. Dalam samar samar aku dengar ayat lebih kurang... "Hoh, ada pun artis nih. Apsal bangun lewat? Show semalam habis kul berapa?!!". Ini tentu suara mak cik aku nih, Mak Su. Aku sengih sengih sambil capai tuala terus ke bilik air.

Lepas bersiap aku bawak mak aku ke kubur atok ngan nenek belah mak aku. Bukan kami yang nak menziarah. Mak cik aku ngan famili dia tu haa. Diorang tak kenal. Mak aku jadik penunjuk arah. Okeh jugak, sekali sekala bawak anak menantu ngan cucu datang menziarah kubur nenek moyang ada baiknya. Sekurang kurang nya diorang tau kat mana kubur tok nenek diorang. Aku? Aku sendiri terasa sebenarnya. Sejak atok ngan nenek meninggal, aku tak pernah ziarah pun pusara mereka. Aku sendiri pun lupa mana satu 'port' diorang. Yang aku ingat, pusara atok dekat ngan sebatang pokok manggis yang besar tuh. Aku tau pun pasal aku ada sekali masa jenazah nak dikebumikan. Nenek punya, aku tak ada masa tu. Nenek meninggal pun aku kat UTM lagi, tengah exam. Dan aku tak tau pun rupa rupanya pusara nenek dekat ngan pintu masuk ke kawasan kubur jer. Ish... teruk kan aku?

Al-Fatihah untuk arwah atuk dan nenek.

Ondeway balik Mak Su jalan sebelah aku sambik tangannya disilang kat lengan aku. Ala ala manja gitu. Dah lama tak jumpa dia, makin mesra lak. Banyak plak perkara disembangkan. Soalan maut... apa lagi kalau tak pasal awek!

Mak Su: "Kau ni Mie, lama tak tengok... skang macam artis plak!"

Aku: "Apa yang macam artisnya?" Aku agak ayatnya merujuk pada fesyen rambut aku yang diikat dan baju raya aku yang ala ala Hattan gitu. Hehehe.

Mak Su: "Sekali tengok macam pelakon Hasnol. Kenal Hasnol? Ala... pelakon drama tuu..." Ah sudah... mamat mana pulak tuh!

Aku: "Hasnol mana lak nih? Ada ke pelakon nama Hasnol? Tak tau plak saya. Jarang tengok drama. Hehe." Ayat cover bila kena puji.

Mak Su: "Mak Su pun lupa cerita apa. Tapi Hasnol lah nama dia.... Bila nak kawen Mie?" Mak Su berbisik kat aku.

Aku: "Aiseh, macam mana ya? Calon takde lagi nih." Pelan pelan je suara aku jawab.

Mak Su: "Laaa.... takde lagi ker? Kalau macam ni boleh lah Mak Su tolong carikkan!"

Aku: "Buless... buless... Hehehehe."

Dan perbualan kami berkisar pada hal hal kerja.

//Calon? Hehehe... tungguuuu!!!

3.11.05

Yay! Raya! Yay!

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI! pada semua warga Muslim yang berpuasa di seluruh dunia. Pada yang tak berpuasa tu, cover coverlah sket. Jangan sambut raya lebih sakan dari orang yang posa penuh. Hehehe!

Kebiasaannya, aku akan design kad raya then taruk kat blog atau emel kat kengkawan atau taruk kat forum atau kat gesbuk teman teman seperjuangan, seperti tahun tahun sudah. Tahun ni aku terlalu bizi dengan tugas harian termasuk kerja kerja merapu so aku tak sempat nak buat apa pun. Aku tak sempat nak design kad. Tak sempat nak ucap selamat kat kengkawan melalui gesbuk, tagbod, emel mahupun YM. Aku mintak maaf kengkawan. Ucapan kalian, e-kad kalian, offline msg kalian... tetap terpahat di ingatan aku. Tulus ikhlas. Ewah! Hehehe.

Aku tak nak merapu panjang panjang. Hari baik bulan baik nih sama samalah kita bermaaf maafan. Takyah lah dok dengki sesama sendiri. Kalo ada hubungan/perang dingin antara kita yang dulu dulu tu elok eloklah dihangat hangatkan semula. Kalo ada hutang tak terbayar tu halal halalkan sajalah (Alamak, aku pun ada hutang ngan seseorang. Awak, mintak halal boleh? ;p Hehehe!).

So, andai kata aku pernah buat salah dan silap kat korang semua secara broadcast atau tak aku mintak maaf bebanyak. Siapalah aku, hanya manusia kerdil. Tak lepas dari melakukan kesilapan. Ye tak?

Hehehe.

Sekali lagi, untuk korang semua...

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI!
MAAF ZAHIR DAN BATIN!


//Aktiviti di hari raya pertama: selepas solat sunat raya, aku tido sampai ke petang. Ah... nikmatnya donia!!!

1.11.05

HAPPY DEEPAVALI!

Raya orang, takdela nak teruja sangat. Aktiviti harian diteruskan dengan program program berfaedah. Antaranya, makan... minum... lepak lepak... layan Astro dan yang paling berharga, tido.

Huarrgghhhh... ngantuk ah! Pi tido sat. Chow!

//Bosan. Kengkawan tak de yang balik kampung lagi. Suma kerja. Penangan 2hb 11 la nih. Adeh!