31.12.05

Entry terakhir untuk tahun ini.

SELAMAT TAHUN BARU aku ucapkan pada semua pembaca. Well, jika adalah. Ahaks!

Tahun baru, blog pun baru jugak. Untuk 2006, layout untuk kroni.biz/zhoulsz akan berubah juga. Anyway,

Jumpa lagi tahun depan. So longgggggg....!

30.12.05

Kali ni lama aku tak updet blog nih. Kesian kat diri sendiri. Sibuk ngan projek side income ditambah ngan beberapa masalah kecik tapi menyerabutkan buat aku tak sempat nak sentuh pasal blog. Entry untuk hari ni bukan ditulis pada tarikh yang tertera tu tapi sebenarnya pada 4 Jan 06. Then aku edit lah tarikh tu. Taruk hari ni nyer date, setel. Keh keh!

Ada banyak perkara yang best berlaku tapi satu pun tak sempat nak tulis, lebih lebih lagi dah lama tinggal langsung tak take note mean aku dah lupa semua sekali. Haha. Hampeh!

Memandangkan aku takde isi untuk entry second last nih, aku taruklah link laman web rasmi filem Castello yang akan ditayangkan pada 5 Jan 06 nanti. Nah, klik sini www.castello.com.my.

Err... bukan apa. Aku designkan web tuh. Any komen membina???

20.12.05

Damn! Azie really make me pissed off!

14.12.05

Rugi! Betol betol rugi! Kerana hal semalam (yang lebih penting aku rasa) aku terpaksa lepaskan peluang untuk menonton rancangan Tanya Linda jam 10.30 malam kat Astro Ria semalam. Bagi aku, episod semalam tak sama seperti episod episod sebelomnya. Episod semalam berkaitan isu Black Metal dan kes kes yang seumpamanya lebih lebih lagi kes gig kena raid kat Seremban minggu lepas. Diskusi kali ni melibatkan seorang wartawan (dari Harian Metro barangkali), seorang kaunselor, Linda sendiri dan 2 orang penggiat muzik metal (of course bawah tanah). Yang bestnya, aku kenal kedua dua diorang nih (walau tak kenal rapat). Niat utama hanya satu, membersihkan imej Black Metal dari persepsi buruk orang ramai terhadapnya. Aku nak cerita lebih lebih tak boleh gak pasal aku tak tengok. Skang tengah tunggu kot kot ada sesapa yang rekod siaran tu dan letak kat forum MT, leh la aku donlod. Kalau tak ada, terpaksa aku tengok kat siaran ulangan.

Kalau tak silap, rancangan Tanya Linda ni akan diulang pada:

Khamis 15.12.2005 4.30 pagi (Rabu malam Khamis)
Sabtu 17.12.2005 6.30 petang.


Sesapa nak dapatkan sedikit info berguna dan SAHIH, sila silalah menonton. Harap mesej yang hendak disampaikan pada anda sampai. Dengar dengar diskusi lebih kepada sesi bertegang leher. Hek hek!

Anyway, Metal Rulessss!

//Syabas diucapkan kepada Madec dan CD Naz kerana berani bersemuka dengan mereka.

10.12.05

Awal bangun hari ni. Terlalu awal bagi aku untuk pagi Sabtu. Selalunya masih lena diulit setan mimpi. Lebih kurang 8 pagi, aku dah tercegat kat KLSentral. Ambik family aku yang baru sampai. Dari kampung. Hmm... dah tau dah. Hari ni dan esok semestinya banyak habiskan masa ngan family jer.

Huarrgghhh... penat. Ngantuk.

7.12.05

Wahhh... isu Gig Seremban betol betol bagai curah minyak tanah atas bara api laa. Semua orang pakat beli paper. Baguslah. Untung besar pihak akhbar lebih lebih lagi Harian Metro. Lenkali leh create cerita best best lagik. Kalau tak, nanti tak laku sapa yang rugi. Kan?

Hot plak rasa di hati. Kenyataan akhbar berjaya 'membasuh' otak pembaca mereka. Keyword paling banyak bermain dalam otak orang ramai skang, Black Metal - sembah setan, kutuk Tuhan, seks bebas, bakar Quran. Aduiii... pening lah pak cik macam nih.

Di luar sana... ada lagi kah mereka yang masih boleh berfikir dengan waras?! Tidak menuduh secara membuta tuli? Tidak terpengaruh dengan laporan akhbar? Anda bagaimana?

4.12.05

Wahhh... gig semalam dah jadi isu besar la plak. Masuk TV, masuk paper... lebih lebih lagi Harian Metro dan Mastika (sudah semestinya). Aduihhh... apa la nak jadi ngan media masa sekarang. Tak habis habis nak tabur fitnah.

Sedikit keratan dari hmetro.com.my

Perhimpunan itu mendapat permit polis dan Majlis Perbandaran Seremban (MPS), kerana penganjur pesta itu memohon mengadakan persembahan menggunakan nama Persatuan Silat Cekak.

- Pelik. Macam mana daa diorang boleh kaitkan gig ni ngan Silat Cekak. Tak paham aku.

Ketika serbuan, kebanyakan pengikut Black Metal itu asyik menari dan menyanyikan lagu Black Metal yang dipasang di dewan berkenaan.

- Menari? Dipasang? Hahaha. Semua orang berdiri baik nyer sopan. Pasang apa lagi? Sah sah atas stage orang tengah perform show.

“Kami membuat serbuan kira-kira jam 8.20 malam apabila kami mendapat tahu tindakan mereka ada cubaan unsur ganas dan menyimpang daripada ajaran Islam termasuk dikatakan berhasrat untuk memijak al-Quran."

- Unsur ganas? Pijak Quran? Ni paling lawak. Huargh huargh huargh! Ada ke pihak polis jumpa Quran merata? Ntah hapa hapa. Unsur ganas di sini mungkin bererti melepak di kerusi sambil bersembang sesama sendiri. Takpun mendengar lagu sambil berdiri tanpa menghiraukan orang lain yang sama sama menonton. Atau pun, break time setengah jam semata mata nak bagi laluan azan Maghrib dan peluang sesapa nak pi solat Maghrib dulu. Hmm...

Pengikut budaya songsang itu pernah mencuri tumpuan kerana dikatakan bertindak di luar batasan, termasuk membakar, memijak surah al-Quran dan berzina di depan kitab suci itu.

- sampai ke hari tak pernah ada yang kena tangkap. tak pernah ada yang buat pengakuan eksklusif.

Blabbermouth.net - http://www.roadrunnerrecords.com/blabbermouth.net/news.aspx?mode=Article&newsitemID=45137
Malaysian Police Bust Black Metal Concert - Dec. 4, 2005

It was learnt that the police had information that the organisers were carrying out activities that were against Islam and had planned to end their performance with a satanic worship session and sex.

- nak sembah apanya. Diorang dok main muzik dikatanya nak buat acara ritual plak. Ni tentu pasal polis ada jumpa setanggi dalam tuh. Memang ler... dewan kaum Ind*a. Dah tentu ada tempat penyembahan diorang. So adalah alat alat yang diorang guna nak buat semayang. Sex? Hahaha. Aku lagi marah kalau betol acara ni ada. Pasai apa aku tak tau? Hah? Hah? Hahahaha.

Adoii... letih la main orang surat khabar nih. Tulis ikut suka hati jer. Ini baru laporan dalam Harian Metro. Belom lagi Mastika. Kalau refer balik artikel Mastika sebulan dua yang lepas, pergh... lagi besar fitnahnya. Orang guna sirap cap Double Lion dikatanya pakai darah. Darah kambeng ker aper... Alahai...

Susahnya jadi Mat Metal. Orang nampak jahat dari luaran. Lepas ni aku nak jadi Mat Hip Hop atau Mat Rempit lah. Banyak benda jahat yang aku leh buat tapi orang tak hirau/nampak. Hehe.

3.12.05

Gig: Wrath Of The Eastern Steel
Venue: NSCA Hall, Seremban
Date: 3rd December 2005
Time: 1.00 pm till end

Bands:

NEBIRAS
VOCIFERATION ETERNITY
SILENCE ENSHROUD
CATARRH
TORCH

SAMARTARY - tarik diri di saat akhir
VIOLATOR
FARASU
VANTRICAL


Review: (Takde mood nak review...)

Damn! Gig kena raid.

Aku sampai sana lebih kurang 4 petang. Terlepas band Vantrical. Violator tengah perform aku tak masuk. Farasu main baru aku 'check in'. Hehe. Biasala... sesampai je dah tentu sembang sembang ngan memember yang dah sampai awal kat luar dewan. Lagipun dok kat luar still leh dengar dengan jelas. Tak perlu gopoh gopoh.

Ramai bebudak MetalTerus kat sana. Tapi sayang, aku tak sempat berkenalan ngan semua. Rata rata aku tegur sesapa yang dah kenal, cam muka jer. Aku tak nak cakap banyak. Tulis banyak banyak kang jadik isu plak. Anyhow, hati masih terbakar pasal tak sempat tengok Nebiras perform. Peluang kedua rasanya dah payah. Tengokla keadaan 'cuaca' macam mana. Langit mendung tak bererti akan hujan. Panas terik pun tak bererti nak kemarau. Samaada cuaca maintain atau esok lusa dah berubah angin. Kita tak tau!

Agak agak apa lah nasib mereka yang kena tangkap. Sabarlah geng. Dugaan tuh. Kita tak buat salah, apa nak takut. Ye tak?!

Potong stim betoi la diorang nih! Hampeh!

................

DOPE WARS 2.2

Mari main game. Downloadlah dari link yang aku bagi tuh. Game ni cukup simple. Tapi sapa dah biasa, leh ketagih. Nak kaya punya pasal aku tak kira, meniaga dadah pun dadah lah. Janji cepat kaya. Haha!

Seronok main game nih. Korang try la main. Ada Ah Long, ada polis, leh guna senjata api lawan polis, kalo sakit leh masuk spital, leh travel oversea, duit banyak leh deposit dalam bank, ada banyak jenis dadah leh jual, leh kaya cepat. Err... mati cepat pun leh jugak. Kalo tak lepas ngan polis. Setakat nih highest score aku (duit yg aku dah kumpul) sebanyak 134,172,810.00. Banyak tak?

Lepas main game ni baru aku tau jenis jenis dadah di pasaran antarabangsa. Moralnya, game ni bagi info jugak untuk orang naif macam aku nih. Hehe!

//Me - Rokok pun tak isap.

1.12.05

HIM (His Infernal Majesty)
-The Funeral Of Hearts-

Love's the funeral of hearts
And an ode for cruelty
When angels cry blood
On flowers of evil in bloom

The funeral of hearts
And a plea for mercy
When love is a gun
Separating me from you

She was the sun shining upon
The tomb of your hopes and dreams so frail
He was the moon painting you
With its glow so vulnerable and pale

Love's the funeral of hearts
And an ode for cruelty
When angels cry blood
On flowers of evil in bloom

The funeral of hearts
And a plea for mercy
When love is a gun
Separating me from you

She was the wind, carrying in
All the troubles and fears you've for years tried to forget
He was the fire, restless and wild
And you were like a moth to that flame

The heretic seal beyond divine
A prayer to a god who' s deaf and blind
The last rites for souls on fire
Three little words and a question: why?

Love's the funeral of hearts
And an ode for cruelty
When angels cry blood
On flowers of evil in bloom

The funeral of hearts
And a plea for mercy
When love is a gun
Separating me from you


Download MP3 [here].

................

Macam mana la aku boleh tak pernah dengar lagu HIM. Kata mengaku Gothic. Hek hek! HIM antara band Gothic yang sering disebut di kalangan peminat Goth Metal (tapi kenapa nama HIM takde dalam bandlist kat GothMetal.net?). Aku biasa tengok orang pakai t-shirt gambar logo HIM (Heartagram). Ramai. Tapi selama ni tak pernah lak nak try try layan lagu band nih. Kalau bukan kerana Joe yang pasang cd nya dalam kete aku, sah sah sampai bila aku tak tau macam mana muzik HIM. Well, cd Joe pun cd kompilasi, so ada satu je lagu dari HIM. Lirik yang kat atas tu ler. Katanya Joe, lagu ni satu satunya yang terpilih dalam 4 album yang ada. Killer song la kononnya. Aku suka.

Satu lagu dari album terbarunya bertajuk Wings of A Butterfly. Best jugak. Kalau nak dengar masuk website diorang. Stream. Tak payah donlod. Nak tengok clip video, klik menu VIDEO. Aiseh, macam nak masuk MTV Chart plak diorang nih.

Muzik metal. Lirik jiwang. Irama mendayu dayu. Klasifikasi: Love Metal (keh keh keh!).

//Sal, kalo kau suka Nightwish tentu kau suka juga HIM.