27.2.05

Gaji dah masuk. Yahoo!

Aku kaya! Aku kaya! Aku kayaaaaaaaaaaapppppppppp!!!

Huhuhu~!

//Sekejap je pegang duit, pastu abis buat bayar hutang. Ish...!

26.2.05

Aku tak dapat join sesi melantit Parlimen Serdang. Sori semua. Ada banyak sebab. Takyah ler aku bagitau. Buat masa sekarang aku nak lepak umah jer. Kasi tenang jiwa yang kacau sekejap. Alaa.. sekejap jer. Hehe!

Aku tumpang ceria dari jauh jer!

25.2.05

Aku tak paham. Sungguh tak paham. Teater Bangsawan (Megat Panji Alam) sungguh mengkonfiuskan aku. Masa aku tonton Tun Teja kat UIA tu, Sultan Mahmud yang hantar orang meminang Tun Teja. Bila Tun Teja tak berkenan dan berita tu sampai ke telinga Hang Tuah... dalam diam diam Hang Tuah telah berangkat ke Pahang untuk mengusha Tun Teja. Mungkin tanpa pengetahuan Soltan Melaka barangkali. Tapi lain pula jalan ceritanya dalam teater Bangsawan nih. Hang Tuah datang ke Pahang atas arahan Soltan Melaka dan lebih mengherankan, bukan arahan Sultan Mahmud. Soltan Melaka masa tu adalah Soltan Muzaffar (ada Syah ker? Lupa lak!).

Okeh takpe. Abaikan. Kita bukan nak tau jalan cerita sebenar. Aku cuma nak menyampai rasa tidak puas hati saja. Tak puas hati sunggoh dengan jalan cerita antara 5 babak lakonan bebudak student Akademi Seni Kebangsaan nih. Jalan cerita tergantung sebenarnya. Banyak part yang aku perasaan seperti 'lack'. Sebagai contoh, semasa Hang Tuah melarikan Tun Teja. Tun Teja ikut Hang Tuah kerana dia dah jatuh cinta ngan Laksamana Melaka tuh. Alih alih, bila masuk babak seterusnya, Tun Teja dah pun kawen ngan Soltan Muzaffar. Aik, apsal gitu???

Cukuplah 1 contoh. Apa, ingat otak aku MMC Card ke? Boleh simpan simpan memori ikut suka seberapa lama kau nak?

Aku suka tengok tarian dan nyanyian 'extra' yang mana menampilkan awek awek yang cun dok melompat lompat atas stage tuh. Ilang mengantuk aku. Heh! Apa pun, bagi aku lagu lagu 'extra' tu tak sesuai dengan cerita yang dipertontonkan. Ada ka patut lagu Dangdut terselit antara babak. Weih, ini bukan cerita hindustan. Ini bangsawan la brader. Aduss!

Okla, sakit kepala dah. Tak larat nak sambung tulis. Esok lak. Tapi cerita lain la plak. Hoho!

Thaks to Nida kerana jemput aku, Lin dan Diman.

//Diman sepatutnya jadi Soltan Melaka. Baru kena ngan tanjak yang menggunung tinggi atas kepala tuh! Kan Diman kan? Hehe.
Bila bertemu dengan kawan yang jarang jarang sekali jumpa, kita tentu rasa seronok. Diberi masa 4 jam hanya untuk bersembang saja dirasakan tak cukup. Diberikan 24 juga masih tak cukup barangkali. Terlalu banyak topik yang terhangat di pasaran menarik untuk disembangkan. Masing masing bercerita perihal kehidupan tersendiri, perihal family, kerja, kawan kawan, awek mahupun harta benda yang ada. Seronok ye bersembang. Lebih lebih lagi dengan kawan sepermainan sejak kecil yang hampir 5-6 tahun tak jumpa. Peh!

Semalam aku jumpa Edi ngan J. Lepak kat Pandan Mewah, berdekatan rumah sewa Edi. Dah lama tak jumpa mamat 2 orang nih. Edi keje kat UK dah 4 tahun. Dia balik ke Malaysia masa cuti raya puasa tahun lepas dan akan fly semula ke sana minggu depan. Apa yang menariknya pasal Edi... dia berpeluang menjelajah seluruh Eropah hanya berbekalkan sijil SPM. Kau percaya? Percayalahhhhhhhh! Perkara itu menguatkan lagi keyakinan aku bahawa dengan rahmat Tuhan, rezeki itu ada di mana mana. Selebihnya, terserah pada kita untuk cari. Ingat! Dengan usaha juga...

J plak, dia ni keje kat Puchong tu jer tapi peluang nak jumpa dia dalam setahun masyaAllah... Kalau KL kena tsunami belom tentu leh jumpa lagi dia nih melainkan kalau termasuk antara mangsa, mungkin boleh tau serba sedikit pasal dia dalam paper. Hek hek! Aku tau dia bizi, sebab tu aku sendiri pun malas nak contact dia walaupun nombornya ada dalam phonebook aku. Hehe!

Kerana seronok bersembang, aku terlupa nak bayar nasi goreng kampung ngan telur dadar yang aku bedal semalam. Bukan sengaja. Aku perasan pun masa tengah drive ondeway balik umah. Kesian abang tu, rugi dia RM3.50. Takpelah, insyaAllah kalau aku lalu sana nanti aku akan singgah dan bayar semula. InsyaAllah...

Pernah rasa teramat malu pada diri sendiri? Aku dah rasa. Mentang mentang dalam kete aku ada 2 pasang selipar, tak perasan lak tersarung setiap sebelah pastu selamba badak jer aku berjalan ke table makan tuh. Masa aku ngan J nak ambik port, nampak beberapa awek meja sebelah dok usha aku semacam jer. Jenuh lak aku kena kontrol macho. Gundoruwo betul lah. Padanlah aku terasa kaki aku tinggi sebelah masa berjalan menuju ke kereta. Nasib baik Edi ngan J tak perasan. Kalau tak mati aku kena gelak dek diorang. Kemaluan siottt!

24.2.05

Boleh tak kau tunjuk kat aku apa itu rindu? Tunjukkan. Aku suruh kau tunjuk, bukan jelaskan mahupun gambarkan.

//Gila. Tadi aku pi HKL, register nama kat unit dermatology [Bawak reference letter tuu... hek hek!]. Aku kena tunggu 2 minggu untuk appointment ngan doktor pakar. Stokin nyer hospital!
Aku tak sangka soalan yang aku usulkan pada Tipah mendapat banyak respon dari para pembaca blognya. Yang bestnya, pembaca senyap (silent-reader) blog dia pun turut bersuara. Hek hek! Sekali tengok comments box dia dah jadik macam forum lak. Meriah sunggoh!

Masa aku online semalam aku sempat chat ngan Tipah. Dia mintak aku buat kesimpulan bagi entrynya yang berdasarkan soalan keramat aku. Macam mana aku nak simpulkan ye? Benda tak macam tali, kalau tak... aku ikat mati jer. Pastu hujungnya aku bakar pakai lighter. Ahaks!

Well, aku tulis kat sini. Aku tak kata ini kesimpulan, tapi pendapat aku sendiri setelah membaca segala komen dan pendapat negatif serta positif yang ada...

CINTA JARAK JAUH.

"Kalau ada jodoh, kawen. Kalau tak, bukan jodoh kita ler tu..."

Kau percaya pada jodoh? Aku antara percaya dan tidak. Separa percaya, jodoh memang wujud. Kalau kau dah kawen, itu bukan jodoh namanya? Betullah tu. Tapi, separa tak percaya dalam diri aku pula kata jodoh itu jangan berserah pada takdir. Kenapa orang selalu suka berserah? Awal awal bercinta, seandainya ditanya tentang perhubungan sudah tentu mereka akan melafazkan kata kata seperti di atas. Damn! Aku memang tak bersetuju dengan cara tu. Bagi aku, kalau dok saja tanpa berbuat apa apa sah sah kau takkan ada jodoh. Carilah kaedah untuk kekalkan hubungan, menghadapi halangan dan cabaran serta menguatkan rasa kasih sayang antara kita, nescaya kita pasti ada jodoh. Aku pernah bercinta selama 2 tahun dengan Ila, tapi tak kesampaian. Bila aku tanya kenapa dia buat macam tu (bertunang senyap senyap)... dia hanya jawab, "Kita tiada jodoh!". Nah, inilah ayat yang buat aku betul betul terbakar. Macam mana kami nak ada jodoh, sedangkan dia tak pernah nak ambik tahu pasal masalah yang dihadapi. Tak nak terima bermacam macam nasihat dari aku. Juga malas nak bersuara rasa ketidakpuasan hati sendiri. Seandainya semua tu dibawa berbincang, insyaAllah kami mungkin ada jodoh.

Berbalik pada persoalan. Berdasarkan pada hujah hujah dalam comment box Tipah, aku telah mencampur-adukkan pendapat positif dan negatif lalu mencampakkannya ke dalam mesin blender dan setelah siap dihancur-lumatkan, aku tapis semula menggunakan filter khas lalu mendapat hasil seperti yang disenaraikan di bawah.

1. Bercinta jarak dekat, kawen jua akhirnya.
2. Bercinta jarak dekat, tak jadi kawen la plak.
3. Bercinta jarak jauh, kawen jua akhirnya.
4. Bercinta jarak jauh, tak jadi kawen la plak.

Apakah punca utama terjadi sedemikian? Hanya 2 faktor saja.

HATI & RASA CINTA TU SENDIRI.

Noktah

[Ramli Sarip - Istilah Bercinta]

23.2.05

Dia nak exam esok. Dia mintak aku doakan dia.

Semoga tabah menghadapi peperiksaan. Semoga berjaya!

Dia tengah belajar cucuk orang. Kalau berjaya satu hari nanti, mungkin aku akan ada jururawat peribadi. Hahaha!

.............

Hari ni aku dah transfer kebanyakan fail fail berkaitan blog baru aku nih ke dalam hosting KRONI. Ada dua page je lagi yang dalam pembinaan. InsyaAllah aku akan cuba siapkan secepat mungkin.

Kau tahu apa yang paling susah dalam menyiapkan design nih?

Carik idea untuk reka layout yang paling simple di abad ini. Hek hek!

.............

Semalam aku pi HKL. Mengular selepas blah dari Menara Maxis. Haha. Teringatkan kata kata Tasya pasal dermatology. Berbekalkan banyak masa free aku terus shoot ke sana. Aku tak tahu berapa kali aku tawaf keliling HKL semata mata nak carik pusat rawatan untuk pesakit luar. Tanya orang sini, tanya nurse sana, tanya pak guard sinun. Last last baru dapat tau tempat tu sekali ngan tempat rawatan emergency. Hampeh. Padahal awal awal sampai sana dah lalu depan tu. Mana la aku tau kaunter emergency sekali untuk orang awam. Ye la ye la... tau la aku tak pernah datang sini. Huhuhu~!

Paling aku tak suka masa nak carik tempat parking. Melilau aku carik. Tapi lama lama dapat jugak. Cuma kena menapak sket untuk ke bahagian dermatology tuh. Matahari terasa sejengkal atas kepala. Habis berpeluh seluar dalam wa cakap lu. Masuk ke unit tu dan terus ke kaunter pendaftaran.

Aku: "Saya nak buat rawatan kulit."

Awek kaunter: "Pernah datang sini sebelom nih?"

Aku: "Tak."

Awek kaunter: "Ada bawak reference letter?"

Aku: "Tak. Nak buat apa?"

Awek kaunter: "Oh, kalau tak ada reference letter tak boleh buat rawatan. Awak kena bagi reference letter dulu, then kami akan setkan appoinment awak ngan doktor. Lepas tu baru awak boleh buat rawatan."

Aku: "Oh. Ok!"

Dan aku terus blah dengan jiwa yang terbakar. Aku rasa panas matahari takleh celen panas hati aku. Nasib baik ada banyak masa lagi. Mood yang kurang baik tak elok dilepaskan kat opis. So aku dengan bijaknya meluahkan rasa tak puas hati di rumah abang aku kat Gombak. Yaaa... balik keje awal lepak Gombak layan bertenet. Yay!

Petang tadi balik dari keje aku terus pi klinik panel aku. Jumpa ngan doktor yang cantik manis tuh. Err... tengah sarat mengandung rupanya. Doktor tanya aku sakit apa. Aku kata takde sakit apa. Just nak mintak dia buat reference letter untuk aku jer. Lebih kurang 10 minit siap. Hoye! Esok ada can aku pi unit dermatology lagi. Aku nak pulun doktor pakar tu puas puas. Grr...!

[Slam - Kembali Terjalin]

21.2.05

Ada orang menganggap dirinya jujur dalam perhubungan. Maka dirasakan tidak perlu ada sebarang rahsia dalam diri masing masing. Tapi seandainya kebenaran yang dilafazkan semata mata untuk menunjukkan kejujuran dan kesetiaan diri lebih banyak mengguris hati pasangan berbanding mengukuhkan lagi silaturrahim, apa faedahnya kejujuran itu?

Hanya sebuah kejujuran mampu merungsingkan hati nan kecil. Jauh di sudut hati, betulkah itu jujur dan ikhlas, atau sekadar satu helah menguji diri? Ingin melihat sejauh mana keteguhan hati...

SEJAUH MANA KEPERCAYAAN KAU TERHADAP CINTA JARAK JAUH?

//Aku baru jer tanya Tipah soalan di atas. Nak tengok apa jawapan dari dia. Hehehe.

[Peterpan - Mungkin Nanti]

19.2.05

Aisehmen, gaji seminggu lagi tapi sen dah tinggal abuk. Mana nak cekau nih? Pikir Mie, pikir...

..............

Semakin hari semakin berkembang. Harumannya segar memenuhi penjuru. Pohon yang daunnya gugur dahulu kini meningkat berseri. Namun apakah takdir alam, bunga yang mekar tetap layu dan gugur jua akhirnya?

2 pilihan.

Awet bunga itu atau terus menamam bunga yang lain?
Petang tadi aku ular ke Kajang. Nak hantar borang keje kosong kat MPKj. Gara gara nak ambik masa untuk isi form dan pi hantar, aku dah tuang solat Jumaat. Huhuhu~! Takpelah, nak buat camne. Terpaksa...

.................

Teater Hungry kat UIA aku tak dapat pi walaupun 2 tiket aku dah bayar kat Emma. Bukan tak nak pi, tapi kesihatan tak mengizinkan. Lagipun Najib tak boleh balik awal, so kalau aku pi pun sorang sorang. Tak berteman tak seronok. Aku tak nak rasa cam manusia di perkampungan alien kali kedua. Nak tak nak aku msg Nuar kat YM, soh belanja sesapa layan teater tu pakai tiket aku. Setel.

Apa pun kalau rezeki tetap rezeki gak kan? Tak ke mana. Tak dapat pi UIA, aku dapat jemputan ke Actor's Studio Bangsar lak oleh Nida. First time aku masuk situ. Kire OK lah. Antara yang ada ialah Nazmi, Lin, Din, Yadziz dan Sal.

Teater Hamlet versi Bahasa Melayu... tak pernah terpikir untuk aku tonton teater sedemikian. Jalan ceritanya simple tapi dilakonkan dengan begitu berkesan. Lakonan yang mantap dan bertenaga diselang seli dengan beberapa lawak standard buat penonton tak sempat nak rasa mengantuk. Aku malas nak hurai jalan cerita tu. Cukuplah sekadar meluahkan rasa cukup puas hati. Cuma sedikit 'slack' untuk dialog cerita nih kerana menggunakan bahasa Melayu yang ditranslatekan sebijik sebijik dari dialog asal - BANGSAWAN INGGERIS. Kau boleh bayangkan macam mana? Umpama dialog teater TUN TEJA yang aku ceritakan semalam. Dari dialog bangsawan Melayu ditukar kepada bahasa orang putih, maka cacatlah bunyiknya. Aku kire kalau menggunakan bahasa sastera Melayu klasik lagi menghiburkan.

All in all, lakonan setiap pelakon cukup berkesan walaupun beberapa daripada mereka melakonkan banyak watak. Respek kat Syarifah Amani kerana dia canteekk siottt! berjaya menjiwai watak Ophelia. Tak padan ngan umornya yang masih muda, bakatnya sudah begitu menonjol. Tak heran ler dia boleh berlakon filem Sepet [Kena tengok nih!]. Kakaknya, Syarifah Aleeya turut hadir menonton dan meneman Amani. Aiseh, Aleeya pun canteeekk bangett siott! Seat dia sebelah Nazmi saje. Aku jeles ngan Nazmi, huh! [Rugi Nazmi tak ambil kesempatan menggunakan skill skill yang ada!].

Teater berakhir lebih kurang 11.30 malam. Kemudian kami ke Pantai Dalam, jalan jalan carik makan. Thanks to Nazmi, belanja makan nasik lemak ayam. Lain kali kita soh Sal lak yang belanja. Muehehehe!

//Aku perasan mamat yang bagi tiket kat aku ngan Nida tu ialah mamat berlakon watak Awang dalam teater Tat Nenas.

17.2.05

Aku ingatkan aku boleh stay layan teater TUN TEJA tuh sampai habis semalam. Rupa rupanya kena balik awal lak. Kul 10 malam aku dah kuar auditorium. Nak kena jumpa tuan rumah aku. Pastu Pian lak ajak kuar makan makan. Setuju jer la. Peluang jumpa pun setahun sekali. Heh!

Well, apa cerita pasal teater? Ntah ler... aku tak tau nak tulis macam mana. Cuma aku kurang terhibur pasal dialog dalam BI. Bukan aku tak paham, tapi bagi aku... cerita zaman Kesultanan Melayu Melaka tak sesuai menggunakan dialog BI. Diorang ada gaya dan intonasi KeMelayuan yang tersendiri. Sebelom masuk dewan, aku ngan Najib je kelihatan seperti orang luar. Tetiba aku teringat kata kata Sultan Muzaffar berkenaan Gathering ke 3 GeJu kat Taman Tasik tahun lepas. Dia kata, dia umpama seekor alien - terasing dari mereka yang hadir. Aku dah rasa tuh semalam. Cuma berbeza sedikit. Aku ngan Najib umpama manusia di tengah tengah golongan alien. Peh!

Ilang mood aku!

..................

Lunch time tadi aku sempat kuar pi pejabat pos Bandar Tun Razak jap. Aku hantar 3 application form. Kat KUTKM, KUKTEM dan KUSTEM. Dalam proses - MPKj dan UPM. Esok hantar, InsyaAllah. Doakan aku berjaya salah satu. Dah lama kepingin nak bekerja dalam government sector. Kalau tak, sia sia usaha aku mengular sejam setengah kat Tasik Perma*suri semata mata nak isi form dan susun salinan sijil. Panas bangat sehh!

16.2.05

Semalam dan hari ni aku lepak UIA. Semalam layan konsert amal tsunami dan sambutan maal hijrah. Artis tempatan tak ramai. Yang aku kenal Ramli Sarip jer. Yang lain, ntah mana datangnya. Aku tak pernah nampak di kaca TV.

Aku ajak Rudy, Mc Ha (sepupu aku) dan Najib sekali. Tapi cukuplah sekali, aku dah serik ajak orang yang cepat mengantuk dan tak tahan lapar. Apa apa aktiviti aku lepas ni sumpah aku dah malas nak ajak Rudy. Huhuhu~! Mc Ha ok. Nampak enjoy jer. Najib standard ler... teman aku di mana mana. Ahaks!

Apa pun kami berempat kuar awal. Ikutkan hati aku nak tunggu sampai habis, tapi memandangkan Rudy dah tak tahan, aku mengalah. Ondeway balik, hujan turun lebat gak. Penat, lapar dan ngantuk makin menjadi jadi. Best layan tido waktu hujan...

Malam karang ada teater lak. Tun Teja. Aku ngan Najib jer. Malas dah nak ajak ramai ramai. Nanti buat spoil majlis jer. Ahaks!

Jumpa di sanaaaaaaaaaa!

14.2.05

14 haribulan 2. Valentine's Day?

Ah, tak payah! Tido lagi baekk!

................

Risau bunga larangan nan sekuntum disunting tebuan liar terbang merata. Timbul getaran dalam jiwa yang tak bisa ditahan dengan kesabaran. Ubatnya hanya satu...

SMS atau Call!

[Kopratasa - Masihkah Kau Ingat]

10.2.05

Ahh... bosannya. Cuti cuti macam ni lepak kat kampung... aku jadik blank. Aku tak tau nak buat apa. Dah lah balik kampung pun naik kete Huda. So kat sini takde transport la aku jawabnya. Kalau balik ngan kete sendiri bolehlah aku pulas stereng ronda ronda satu Kelate.

Skang aku kat umah, sorang sorang. Baru bangun tido dan terus online. Family aku takde. Semua kuar. Mana pegi ntah. Sebelom mak aku kuar tadi, dia ada kejutkan aku bagitau nasik ngan air dah siap tersedia kat dapur. Aku yang tersedar dan mamai mamai tu main ya ya jer la. Tak larat nak bercakap. Pastu sambung tido balik. Haha.

Lepas breakfast tadi (walaupun kul 12.30 tengah hari!), aku jenguk kat tingkap. Tengok halaman umah. Hmm... kampung! Satu perkataan yang paling sesuai terpacul kat benak aku. Sekeliling umah skang dah berpagar, tapi pintunya ntah ke mana. Belom pasang lagi kata ayah. Anak tangga pintu depan dari 3 dah jadik 2. Ayah tinggikan lantai tak nak kasik tenggelam bila hujan nanti. Pokok salak yang ayah tanam sekeliling rumah boleh dikatakan semua dah berbuah. Cuma yang masak sepohon jer. Yang lain tu tunggu masa jer. Tak bosan aku melihat kawasan laman rumah. Ada macam macam pokok. Aku kategorikan 3 jenis. Jenis berbunga/perhiasan, jenis sayur dan jenis pokok berbuah. Yang bunga bunga nyer tuh, mak aku yang tanam dan hias. Macam macam jenis bunga ada. Tapi tak sampai keliling rumah. Hanya belah belakang dan depan umah jer. Pokok yang berbuah pulak ayah aku ler yang tanam. Ayah pernah cakap, dia tengok orang selalu tanam pokok pokok perhiasan untuk cantikkan laman rumah tapi dia, lebih suka tanam pokok yang boleh menghasilkan buah dan membuahkan hasil. Aku suka cara tu. Walaupun ayah dah ada tanah kebun berbelas ekar tapi still tanam pokok pokok macam tu keliling rumah. Setakat ni, yang aku tau ada pohon salak, machang, kuini, manggis, duku/dokong/langsat, limau kasturi, jambu air, tebu, kelapa dan nam-nam. Kau tau apa itu nam-nam? Orang kampung aku panggil buah katak puru. Hahahaha!

Abang aku teringin nak tanam pokok cheri depan umah. Hmm... aku pun teringin gak ler tapi pokok apa ya? Ubat ubatan? Err... takde idea...

8.2.05

Aku baru masuk opis nih. Tadi kuar pi jalan jalan carik pasal jap. Standardlah tu, keje keje seorang despatch executive lebih banyak menghabiskan masa di atas jalan. Masa pi Bay* T*sik C*ndo tadi aku sempat makan nasik kat kedai mamak situ lepas setel bayarkan duit maintenance (umah milik big boss aku) kat pihak management. Masa tengah best pilih lauk, tuan kedai asyik dok kacau kacau kuah kari. Pastu suka suka hati dia baling senduk dalam bekas tu dan dengan maha hebatnya kuah tu terpercik kat baju aku. Kena dua tompok. Cantik! Arrgghhhh... tensionnya! Aku senyum jer kat mamak tu walaupun dalam hati aku rasa nak tuang jer kuah kari tu atas kepala dia. Aku berlagak cool. Aku sendiri pun tak pasti aku cool kerana memang aku jenis tak suka besar besarkan masalah atau disebabkan ada awek seksi 2 orang ada kat meja sebelah tengah lepak minum air. Apa pun aku just ambik tisu, basahkan then lap lap mana part yang patut. Nampak kesan minyak kat baju aku tu macam susah nak tanggal. Last last aku buat donno jer. Pikir jap lagi dah nak balik, takpe lah. Mamak tu berkali kali mintak maaf kat aku. Aku cakap tarak hal lah. Benda kecik jer. Dia nak tolong dry cleaningkan baju aku tang tuh gak kat satu kedai dobi sebelah. Gila apa. Habis aku nak pakai baju mana? Takkan nak makan nasik sambil tak pakai baju. Awek seksi sebelah pandang kan, tak pasal pasal jatuh lak saham bernilai aku. Ahaks! Perut pun tengah mengaum ngaum, so aku kerjakan dulu nasik tuh. Masa makan tu aku bayangkan mamak tu sebesar nasik yang aku telan. Huh, senang jer masuk dalam perut!

Sampai part nak bayar, aku cuba hulurkan sen tapi mamak tu kata tak payah. Dia setelkan [Dia belanja la tuh]. Cheiss. Kalau tau dia nak kasi aku makan free, sah sah aku tapau banyak banyak tadi. Minum pun aku order kaw kaw nyer special, tol tak? Ah sudahlah. Sikit jer tuh. Kot kot kesan minyak tu tak tanggal nanti, aku buang jer baju tuh lepas tuh beli baru. Apa susah!

...............

Malam ni aku akan balik kampung sempena menyambut raya tahun baru Cina. Err... aku bukan Cina, hehehe!

6.2.05

SELAMAT PENGANTIN BARU untuk Fariz (Salji) dan Aida. Moga kekal bahagia hingga akhir hayat.

Cantik baju korang. Kekuningan ala ala Soltan gitu.

..................

Yeah, karaoke rules! 14 orang dalam satu medium room. Muat? Aku rasa tak. Nasib baik sorang dua jer yang sihat walafiat. Yang lain... cekeding saja!

Aku? Satu lagu cuma... KITA SERUPA!

//Ada orang mintak aku nyanyikan lagu RELAKU PUJUK, tapi apakan daya... takde benda pun aku nak pujuk dia. So, there's no PUJUK PUJUK at all. Heh!

5.2.05

Kat YM, aku kata aku memang teringin nak dating kuar ngan dia. Dia gelak. Pastu dia ajak aku kuar betul betul. Huh, biar betul?

Well, terisi masa terluang di siang petang Sabtu. Harap pasni kau tak serik nak jumpa aku lagik. Betul ker aku cakap lantang?!! Hehehe.

//Second time nak kuar nanti, setkan plan betul betul... kita carik seluar kecit. Sesi kenal mengenal bunga. Ahaks!

4.2.05

Semalam layan teater kecil kecilan. Aku kira kecil la, pasal Emma kata tak buat advertisement kat mana mana pun. Sekadar menjemput penonton melalui kawan kawan saja. Ada student, ada staf UIA dan ada juga orang luar yang hadir. Macam aku, Huda, Ap dan Mike. Apa pun, terbang 3 hinggit untuk satu tiket. Huhuhu~! Teater ni ada 3 cerita. Tajuknya pun 2 Plays & A Mime. Satu dialog Melayu, satu Inggeris dan satu takde dialog langsung. Yang takde dialog tuh, penonton tunjuk bakat dengan menambah sendiri dialog dialog best. Yaa, memang best. Aku dengar pun menyirap.

Cerita pertama, aku rasa aku get-the-point. Jalan cerita pendek, tapi bermaksud. Sekadar nak menjelaskan penciptaan beberapa petua orang tua tua. Okeh, aku paham.

Cerita kedua, aku tak tau apa apa. Aku terhibur pun kerana lakonan sorang budak lelaki tu, sebagai seorang student yang suka pandang-tembus-mata kat profesor yang cun tuh. Ayat dia selamba derk jer. Lagak spontan yang buat aku ketawa. Berdasarkan penjelasan Emma, baru aku paham. Ooo... kisah 2 orang manusia psiko. Patut pun cerita tak tentu arah jer. Rupa rupanya ada masalah. Aku sendiri pun terpsiko sama. Ada satu part, bila profesor cun tu tak henti henti bercakap dan bergerak. Asyik mundar mandir atas stage buat aku rasa nak muntah. Sori, bukan kutuk tapi aku ni jenis tak tahan pening. Ikutkan hati nak jer kuar dewan, tapi memandangkan Nuar, Mike dan Ap dah kuar awal awal aku jadik segan nak bangun. Dahlah kitorang semua duduk kat reserved seat. Tak nak tunjuk kat penonton lain yang aku ni tak puas hati. Kot kot semua pun angkat bontot jugak, kecit hati pelakon teater tuh nanti. Haha!

Cerita ketiga, ala ala pantomine gitu. Ngan baju belang belang hitam putih, muka cat hitam putih, lagaknya seperti menolak dinding lutsinar. Lakonan kurang menjadi, motif apa pun tak tau, dan menjadi kebiasaan... aku tetap tak paham! Huhuhu~!

Habis jer teater aku cepat cepat kuar dewan. Sebenarnya aku tak kesah teater tu best ker tak best, cuma aku tak puas hati pasal aku harapkan Huda boleh menonton teater yang bagus untuk pertama kali. Namun jangkaan meleset la plak. Well, dengar dengar 14/2 hingga 17/2 akan ada dua lagi teater. Dan yang ni, ada jaminan ceritanya menarik. Insyaallah aku datang lagi. Da, jangan serik ye?! Hehehe.

//Aku pening bukan apa sebenarnya, hari pertama pakai spek berkanta... jalan pun terhoyong hayang. Aku rasa aku seperti tak berpijak di bumi yang nyata. Duhh...!

3.2.05

Tiga haribulan dua tahun dua ribu lima.

Penantian pungguk akhirnya berbaloi. Bulan sendiri datang bertanya, sudikah pungguk berlunjur kaki andai bulan sedia berlabuh di paha.

Hanya satu harapan. Jangan sejarah kembali berulang...


//Kau paham? Apa? Tak paham? Samalah, aku pun tak paham! Huhuhuh~!

1.2.05

Bukan kadang kadang, tapi selalu. Selalu cemburu ngan mereka yang berteman di luar sana. Saling mengambil berat antara satu sama lain. Bergurau senda. Berkongsi rahsia dan pengalaman hidup. Aku dah lama tak rasa semua tuh. Bukan takde orang nak, bukan juga takde peluang. Tapi kerana aku sendiri. Aku blom bersedia. Aku tak nampak jalan yang betul betul lagi. Jalan yang patut aku pilih dan tuju. Analoginya, aku seumpama berdiri di sebatang lorong (dan takleh patah balik ke belakang) yang mana di hadapan aku ada 12 cabang jalan yang setiap cabangnya ada 5 hingga 6 simpang dan semua cabang dan simpang tu langsung takde lampu jalan. Gelap semacam jer... Bonusnya, jalan tu berhantu!

Ish... ngerinya!

//Jeles beb tengok ramai member ada yang dah kawen, nak kawen, bertunang, ada awek, makwe, marka, amoi, kekasih, sayang, I lap U, intan, payung, jantung, buah pinggang, siput, sotong, stokin, kambeng... bla... bla... bla...