26.9.05

Aku baru perasan semalam rupa rupanya kasut Nike aku yang aku sayang tuh rupa rupanya dah ilang jugak masa kes pecah kereta itu hari. Dapat tahu tu pun pasal nak pakai untuk pi konsert Kreator kat The Backroom semalam. Cari nyer carik, sah memang dah takde. Uwaaa.... mahal tuh. Lebih mahal dari harga CD player JVC aku. Huhuhu~! :(

............

Konsert Kreator semalam aku tak tau la best ke tak. Bukan masuk pun. Sekadar menampakkan muka kat sana. Bak kata Jamez, buat gimik jer. Lepak lebih kurang, pastu blah ler. Dapat jumpa kengkawan, tengok suasana then beli stuff stuff pun cukuplah. Anyway, seronok pasal bukan selalu dapat berkumpul sesama "ahli seragam hitam" nih. Pak pak polisi dan pak pak RELA pun ramai semalam. Alhamdulillah, takde apa kes yang tak diingini berlaku. Kami semua baik baik. Bukan seperti yang digembar gemburkan dalam Hairan Metlo. JIT la, kencing atas Quran la, seks bebas la. Hehehe! Ntah hapa hapa!

Best dapat jumpa beberapa kerat bebudak forum Metal Terus. You guys are rawwwkksss! Kelakar nak mamposs!

Ok semua... time to rest (YM and foruming). ;p

22.9.05

"Dalam cara rawatan Islam, perawat akan membacakan beberapa potong ayat-ayat Al-Quran supaya pesakit dapat mendengarnya dengan khusyuk. Bagi mereka yang ada gangguan, biasanya apabila dibacakan Al-Quran pada telinganya, si Jin, syaitan atau iblis yang berada di dalam tubuh si pesakit itu akan merasa panas dan lama-kelamaan dia tidak akan boleh bertahan dengan berdiam diri.

Maka timbul lah berbagai reaksi dari pesakit itu. Antaranya ialah pesakit akan rasa:

- pening-pening kepala
- mabuk
- muntah-muntah
- menggeletar
- pengsan
- seram-sejuk
- berdebar-debar

Sebahagian makhluk halus itu tidak... bla bla bla..."

CeramahIslam.com


Ntah sapa yang bagi web address ceramah islam ni kat aku melalui offline message YM aku pun dah lupa. Thanks to ya!

Aku berminat dengan ayat ayat Ruqyah yang dinyatakan dalam web tuh. Aku donlod then simpan dalam notebook aku. Malamnya lebih kurang 1.30 pagi aku tak dapat tido. Mungkin kerana aku dah tido nyenyak waktu Maghrib. Dah puas pusing kanan pusing kiri... mata tetap tak nak lelap. Aku teringatkan ayat Ruqyah yang aku donlod tadi. Aku on notebook, pasang ayat Ruqyah tadi guna Winamp then taruk notebook tu betol betol sebelah telinga. Sound pun sekadar jelas dan nyata. Aku baring perlahan lahan. Terlentang. Aku tutup mata dan hayati setiap baris ayat yang diperdengarkan. Tak sampai 5 minit, aku rasa apa yang tak sepatutnya aku rasa. [Quote di atas, bold.]

Apa yang aku rasa malam tu tak pernah dirasai sebelom ni. Aku ingatkan dengan menghayati ayat ayat suci Al-Quran boleh buat diri mengantuk dan terus terlena namun sebaliknya pula berlaku. Aku tak dapat tido sampai ke Subuh. Semakin aku hayati ayat ayat tuh, semakin kuat tubuh aku menggeletar. Jantung berdebar kuat macam baru lepas melakukan larian pecut 100 meter. Seram dan sejuk datang serentak dengan perasaan tadi. Masya-Allah. Tuhan saja tahu apa yang aku rasa. Aku tak berani bukak mata, takut juga kalau kalau ternampak benda yang tak sepatutnya. Tapi makin dipejam, makin dihayati, makin kuat pula tubuh menggeletar. Aku jadi takut. Dalam hati ada juga terfikir, dirasukkah aku? Kalau betol dalam tubuh aku ada benda halus menumpang, risau jugak kot kot aku dikontrolnya malam tu dan buat aku meracau racau di tengah malam tak ke mengganggu jiran dan housemate yang tengah lena diulit mimpi? Aku cuba berzikir di dalam hati, tapi bertambah tambah pula menggeletar tubuh dari hujung rambut sampai ibu jari kaki.

Ntah berapa kali Winamp dok ulang bacaan tu aku pun tak sedar. Dekat dekat nak Subuh baru aku dapat tido. Itu pun setelah aku buat tak tau dan tak menghayati pada ayat ayat yang terpasang tuh. Yang bestnya, bangun pagi tu aku rasa badan sihat sedikit berbanding hari sebelomnya. Tak tau la kenapa. Semuanya, wallahualam.

Esok atau lusa, bila aku rasa aku dah bersedia... aku nak try buat lagi sekali. Tengok apa reaksi seterusnya. Sama atau tiada apa apa rasa.

Ish... serram siol!

//Ayat ayat Ruqyah - ayat-ayat Al-Quran yang biasa digunakan untuk rawatan makhluk halus.

19.9.05

Teater Wajah Lumpur / Auditorium MTC, Jalan Ampang / 8.30 malam / 16.09.05

dan

Teater Bangsawan Mahkota Kembayat Negara / Panggung Bandaraya / 8.30 malam / 17.09.05

Dua dua layan. Bolehlaahh...

Yang penting, Puteri Chempaka Norlela Sari cun giler nak mamposs! Bisa jatuh cinta dibuatnya. Haha.

12.9.05

Tak sangka kat umah aku pun ada entiti. Walaupun tak jelas sangat, dan mungkin mainan tido Rudy jer kot so aku malas ambik port. Tapi perisrtiwa yang berlaku kat umah abang Mat (jiran aku tingkat 4) bukan mainan lagi. Ini betol betol, bukan cobaannnnnn!

Rumah jirangku berhantu. (9/9/05)

Dah setel. Entiti dapat dihalau dengan jayanya. Masih terngiang ngiang di benak, memikirkan hal yang terjadi. Malam tu aku tido dalam cerah. Ahaks!

10.9.05

Memula pikir nak berkabung lama lama. Tapi setelah dipujuk oleh manager aku (Ri*zal), maka aku buat buat macam takde apa berlaku. Pujuk bukan pujuk sembarangan. Ini pujuk siap bagi kete lain untuk kegunaan aku. Kereta besar sket dari Wira aku tuh. Lalalala... (Hepi sementara waktu. Bolehlaaahhh!)

..............

Hari kete aku kena pecah, aku pegi ke Cheras kerana nak setelkan sedikit hal big boss aku. Alang alang kat sana ada bank kepala rimau, aku terus masuk kerana nak bayar beberapa bil. Sementara aku beratur, Ri*zal lepak kat luar sambil dok perhati kat sorang tukang kasut betul betul bersebelahan bank tuh. Gaya, ketekunan dan ketelitian kerja tukang kasut tu menarik minat Ri*zal untuk beramah mesra dengannya. Selepas setengah jam dalam bank, keje setel then aku terus carik Ri*zal. Nampak dia tengah rancak bersembang, aku tumpang dua kaki korek rahsia seorang tukang kasut.

Kletuk! Kletuk! Kletuk! (runut bunyi kasut pelanggan yang sedang diperbaiki.)

Abang Shah namanya. Asal Negeri rasanya. Muda lagi. Mungkin dalam linkungan 29-32 tahun. Walaupun tukang kasut, tapi penampilannya langsung tak macam tukang kasut. Kemas, bersih dan bergaya. Dua tiga kali pandang, hensem jugak orangnya. Tapi sayang, belom kawen. "Sapa yang nak orang macam saya ni? Pelajaran takde. Carik makan pun dengan repair kasut!". Sedih aku dengar bila abang Shah merendah diri depan kami. Aku ngan Ri*zal banyak melawak dengan abang Shah. "Ehhh apa lak takde orang nak. Tengok abang ni bukannya takde rupa. Kalo usha awek sure dapat ah!" kata Rizal. Aku cuba sambung, "Apa kata abang cuti satu hari. Gunakan masa tu untuk pi carik awek?" Hahahaha. Siol jer. Abang Shah gelak jer. Sambil sambil sembang, Ri*zal hulurkan kasutnya untuk direpair.

Kletuk! Kletuk! Kletuk!

"Abang dah berapa lama buat keje nih?" Ri*zal sambung perbualan kami.

"11 tahun." kata abang Shah. Perghhh... lama siot. Aku yang dok kat sebelah lebih bersemangat nak bertanya. Dan macam macam soalan lah keluar dari mulut kami berdua. Tak sangka abang Shah seorang yang peramah. Semua soalan kami dijawab tanpa berselindung. Siang merepair kasut, malam meniaga burger. Pendapatan tak tentu. Kalau ada orang hantar kasut untuk direpair, adala rezekinya. Kalo tak, satu hari singgit pun tak dapat. Tapi siapa sangka pendapatan kasar tukang kasut sebenarnya lebih dari apa yang kita sangka. Pendapatan sebulan sekurang kurangnya dalam lingkungan RM1200 - RM1600. Jika ada rezeki lebih, selalunya pendapatannya boleh mencecah RM3000 sebulan. Wau! Tak payah ada sijil Degree la bang! Selalunya pendapatannya meningkat bila hampir tiba musim musim perayaan. Hmm... masa tu ramai ler yang nak repair kasut. Tentu takde duit nak beli kasut baru. Ahaks!

Kletuk! Kletuk! Kletuk!

"Awak dah kawen?" tanya abang Shah kat kami. "Saya baru jer. Sebulan lebih!" jawab Ri*zal. "Saya belom lagi bang. Lambat lagi. Hehehehe!" aku lak jawab. "Awak nak kawen ngan orang Minang? Cakap kat saya. Saya boleh tolong kalau nak." Aduss... baiknya sampai nak tolong usha awek Minang untuk aku lak. Seram aku! Abang Shah anak sulung. Ada 3 orang adik pompuan dan semuanya dah kawen. Hmm... tengok pada abang Shah, aku rasa adik adik dia tentu cun. Ehehehehe. "Orang macam saya susah nak kawen. Ntah siapa nak kat saya. Perempuan zaman sekarang pun tengok lah... kalo takde kereta belom tentu nak kat kita. Bila tau kita tukang kasut lagila tak pandang." luah abang Shah sambil memandang motor kapchainya kat parking sebelah. "Alaa bang... diorang tak pandang pasal diorang tak tau abang banyak duit. 3000 sebulan. Yang ada boifren pun ntah ntah gaji boifren 1000 je sebulan." Aku cuba bagi semangat. Abang Shah senyum lagi.

Kletuk! Kletuk! Kletuk!

Kasut Ri*zal hampir siap. Sembang juga diteruskan. Abang Shah tunjuk kaki dan tangannya yang berparut panjang gara gara terkena pisau masa merepair kasut. Dia juga bercerita tentang pengalaman diri dan barang diangkut pihak berkuasa. Namun dia tidak serik, 2-3 hari lepas tu bukak semula. Setakat saman 200-300 hengget takkan tak boleh bayar. Pendapatan sebulan banyak kan?

Kletuk! Kletuk! Kletuk!

Dalam asyik dok perhati abang Shah tekun merepair kasut, tiba tiba dia bersuara. "Korang jangan la buat keje macam saya. Kerja tukang kasut ni kotor. Kita bermain dengan tapak kasut orang yang ntah mana dia pijak. Ntah bekas pijak taik ke apa kita tak tau!" sekali lagi abang Shah merendah diri. "Jangan cakap macam tu bang. Keje ni pun mulia bang. Tolong orang. Lagipun rezeki halal. Kalau takde abang susah orang kat sini!" Rizal cuba memotong cakap abang Shah.

"Okla, dah siap."

"Berapa bang?"

"10 ringgit saja."

"Terima kasih bang."

"Sama sama."

Kami bersalamam ngan abang Shah dan terus blah dari situ. Tak sangka pengalaman seorang tukang kasut membuka sedikit pemikiran aku agar jangan terlalu memandang rendah terhadap orang orang seperti abang Shah. Rezeki Tuhan ada di mana mana, untuk sesiapa sahaja tanpa mengira pangkat, sijil atau jawatan.

So, ada sesapa nak carik kerja? Kekosongan jawatan tukang kasut berdekatan Bandar Sri Permaisuri sedang di cari. Sesiapa berminat sila hubungi talian tol free 1800-88-carik-sendiri!

;P

8.9.05

Frust. Sakit hati. Sedih. Marah. Tension. Bengang.

Masih dalam mood 'berkabung'.

'Kekasih hati' telah dicabul dengan rakusnya! Klik SINI.

:(

5.9.05

Napa makin lama makin kuat perasaan "malas" dalam diri aku ya... Malas nak updet blog, malas nak bertenet [tapi online jugak hari hari, ceh!]...

Seminggu dua ni tak banyak perkara yang aku rasakan menarik dah dilakukan. Hanya rutin harian. Pi keje balik keje. Lepak-makan-tido-labur. Bosan!

..............

Aku plan nak pi Segamat Jumaat malam Sabtu minggu lepas. Ikut Najib balik kampung atuk dia. 2 pupu dia kawen [Awek. Cun siak!] Memandangkan tayar kete dah lama tak servis, aku putuskan pegi Segamat hari Sabtu. Plan pagi Sabtu tu bangun awal then pi hantar kete ke bengkel. Sekali si Dol datang KL lak Jumaat malam, lepak umah aku satu malam. Bergosip gosipan sampai ke 4 pagi buat aku tak sedar diri di pagi hari Sabtu. Cis sunggoh! Aku pikir nak hantar kete akan makan lebih masa, last last tak hantar. Lepas hantar Dol ke LRT Wangsa Maju, ambik Najib then terus shoot ke Segamat.

2 jam setengah. 4.30 petang sampai ke Kampung Sawah Baru. Hmm... mana diorang dapat nama "Sawah" tuh??? Satu sawah pun takde kat sana. Ladang getah dan kelapa sawit banyak ah! Hairan...

Dah lama aku tak merasa bercuti di kawasan yang betul betul kampung [coverage pun 2-3 bar jer]. Lepak di umah atuk Najib merealisasikan angan angan Mat Jenin aku. Umah atuk dia usang. Reka bentuk tradisional negeri Johor. Senyum sorang sorang aku bila tengok tingkap umah tu. Lagi sesuai aku panggil jendela. Jendela jenis yang kalo bukak, terbukak sampai paras tapak kaki. Err... nak panggil apa tu ye?!! Toilet pun jenis kat luar umah nyer. Mandi still pakai air dalam tempayan. Lepak dalam umah still leh nampak luar dari celah celah dinding yang tak rapat. Tengok lantai, nampak tanah kerana papan yang tak rapat. Tengok toilet.. oh yang tu tertutup rapat plak!

Giler ah Najib, tak balik kampung 2 tahun lebih. Orang kampung pun susah nak cam. Atuk sendiri pun tak cam dia. Ahahahaha. Memang giler tahap dewa! Antara kampung asal Najib ngan kampung aku kat Pasir Mas, totally different. Umah atuk Najib ke bandar Segamat jaraknya 46 km. Peh, jauh bagi aku. Umah aku kat kampung lebih kurang 5 km ke bandar Pasir Mas atau 13 km ke bandar Kota Bharu. Kalo 40 lebih, aku dah boleh sampai umah Dol kat Tanah Merah. Ehehehe.

Lebih kurang 11.00 pagi hari Ahad kami blah. Balik KL. Singgah jenjalan kat Melaka Bandaraya Bersejarah dulu. Pusing sana pusing sini tengah panas terik nak mamposs buat kepala sakit berdenyut. Kali ketiga aku jejakkan kaki di Bandar Hilir, nostalgik sunggoh. Kali pertama dan kedua masa darjah 6 dan tingkatan 3. Semuanya ikut aktiviti lawatan sambil belajar anjuran sekolah. Dulu tak tau apa pasal sejarah. Tak minat. Sekarang lain la. Najib ada. Dia ni otak sejarah. Dia dok bercerita pasal sejarah Kesultanan Melaka kat aku masa kami ronda ronda dalam Muzium Melaka. Hmm... ada bakat jadi tourist guide mamat nih. Ahahaha.

Kecewa sunggoh rasa bila tak jumpa satu kedai pun yang jual bateri. Buang masa aku jalan jalan bawak kamera sedangkan sekeping gambar pun tak dapat snap. Lepas ni nak suggest kat Ali Rustam, sediakan satu booth kat dalam Kota A Famosa. Booth tu semata mata jual bateri Alkaline cukup ler. Untuk kesenangan para pelancong jugak. Macam aku! ;p

Aik, dalam takde mood nak menulis panjang jugak tulisannya. Dah ler. Nak termenung kejap. Pikirkan masa depan.

Aku pendekkan cerita. Aku sampai Batu Caves jam 8.00 malam. Habis.