28.7.05

Aku dah pikir masak masak. Dan keputusannya, minggu depan aku akan jumpa ejen investment kat bank kepala rimau tuh. Aku nak mula menabung. Yahh... menabung untuk masa depan.

Mesti! Aku mesti!

//Tetiba dapat hidayah la pulak. Tengah bersemangat penuh ni jangan pulak hangat hangat taik ayam jer.

26.7.05

Oh oh... sedar tak sedar seminggu aku tak update blog. Aii... malasnya!

5 bulan lebih aku tak balik kampung. Rabu lepas aku balik sempena musim buah buahan. Dusun ayah aku menjadi tahun nih. Segala buah ada. 4 hari kat kampung asyik dok mengadap buah jer. Skang tengok buah pun dah rasa nak muntah. Lainla kalau tengok buah... err... ah, cut the crap!

Sebenarnya balik kampung untuk makan buah tu tak penting. Setakat nak makan, mana mana boleh beli. Kat KL ni pun dah sampai tahap lambakan. Yang paling diinginkan, menikmati suasana musim buah buahan di dusun sendiri bersama sama kaum kerabat tu yang paling penting. Kalau setakat niat nak balik jumpa family semata mata, aku masih boleh balik bulan depan. Tak perlulah sampai nak kena ponteng 2 hari kerja untuk balik kampung. Ops... jangan sampai boss tau! Hehehe!

Sejak balik kampung nih, hati riang berbunga ajer. Ada apa apa ke tu Mie? Ahaks!

.............

Ish... rugi lak rasanya bila tak dapat join sesi Diablog 3 kat Rumah Pena Sabtu lepas. Dah ler Diablog 2 pun tak pegi. Harap kalau ada Diablog 4 nanti, aku pegi ler. Diablog tu tak penting, makan tu yang penting. Har har har!

19.7.05

Aku tengah best bertenet, abang aku kat sebelah tengah bersembang ngan kakak aku kat tepon, kakak aku yang kat kampung... Kemudian abang aku pass gagang tu kat aku.

Kakak: "Imie, bila nak balik?"

Aku: "Kalau cuti aku approved, esok petang jugak aku balik."

Tiba tiba bunyi suara suara sayup kat belakang kakak aku...

Aku: "Apa tuh?"

Kakak: "Mak tu haa... Dia soh bagitau kau yang dia tengah layan gusti kat Astro!"

Yay! Mak aku dah jumpa channel wrestling. Tahniah mak!

16.7.05

Hmm... seharian kat Balai Seni Lukis Negara. Aku rasa aku dah terlewat sampai pasal silap timing. Sekali bila dah ada kat sana, program start lebih kurang 10.30 pagi. Ceh... penat aku tekan minyak kuat kuat. Lambat lagi nak mula...

Bengkel Fotografi. Yang hadir tak sampai separuh dewan. Aku rasa kedatangan peserta hanya diramaikan oleh kami; aku, Sal, ND, Lin, Diman dan Yadziz. Lain lain peserta datangnya dari kaun Cau Ya Nun Alif. Melayu hanya sekerat dua jer. Sedih sunggoh! Tapi yang lagi menyedihkan, aku rasa aku dah silap paham. Diorang kata bengkel, bukan kursus. Aku harapkan kami semua diajar cara cara mengambil gambar. Teknik teknik dan teori teori yang sepatutnya. Tetapi bengkel yang sebenarnya hanyalah satu pertunjukan slide show sambil bercerita tentang gambar yang dipertontonkan. Takde sesi ajar ajaran. Banyak sesi cakap cakapan. Huhuhu~!

Ada 3 sesi. Pagi, tengah hari dan petang. Namun selepas sesi ke dua kami semua dah blah. Bosan dok kat dalam tuh. Lepak kat ruang legar sambil berlagak jadi model fotografi ND laaaagi baek!

Last last sesi ajar ajaran sendiri berakhir di atas tangga!
Yeehaa! Seronoknya.. Seronoknya.. Imie sekarang tak berkerja macam dulu lagi. Imie sekarang dah cuti setiap Sabtu!

Huargh huargh huargh!!! [Mak aih, gelak besar nampak?!!]

14.7.05

Dalam masa satu minggu 4 movie aku layan. Peh... sakan! Ahad lepas aku layan Mr & Mrs Smith ngan Batman Begins kat GSC Midvalley. Semalam lak aku layan Initial D ngan War of The Worlds kat TGV KLCC. Seperti biasa, partner berwajib aku sapa lagi kalau bukan si Najib. Hehe!

Cukuplah tu untuk bulan nih. Ada dua lagi terget movie nak tengok. Fantastic Four ngan Stealth. Tapi kena tunggu bulan depan ler pasal budget dah habis. Melainkan ada orang nak support. Err... ada ker? Hehe. Lagipun Stealth belom kuar lagi. Hujung bulan kot!

Alahai... aku tak sempat nak tengok Star Wars. Sapa sapa ada CD/DVD bagi aku pinjam la woit. Tengah mengidam nih... huhuhu~!

10.7.05

Piknik dan melantit atau piknik sambil melantit? Ah mana mana tak kisah. Yang pasti, aktiviti buang masa dengan cara yang berfaedah. Makan makan, sembang sembang kosong, belah durian, main bola atas pasir, bergambar dari siang sampai ke malam dan berkenalan kenalan dengan mereka yang belom kenal. Seronok? Maunya tak... kalau dah jumpa bebudak Blogger/Gejuis ni satu hari 27 jam pun cukup. Ada saja perkara yang nak dienjoykan. Ahaks!

Yeah, aku seronok. Seronok join piknik dengan mereka di Pantai Bagan Lalang semalam. Pada mulanya hati berbelah bahagi juga. Tapi setelah ditolak campur darab bahagi, last last aku join. Resultnya? Cukup puas hati, lebih daripada tuh. Sesiapa yang tak join, sesungguhnya mereka dari kalangan orang orang yang rugi. Ewwah! Sekali macam statement hadis lak!

Seperti yang dipahamkan, tujuan asal berpiknik di Bagan Lalang adalah untuk melantak kat restoran ikar bakar. Tapi memandangkan kebanyakan yang datang bawak potluck masing masing, maka makanan jadik banyak dah tak habis dimakan. Perut semua dah kekenyangan maka aktiviti membelasah ikan bakar dikenselkan. Ada yang bawak jajan, ada bawak brownies, durian, laksa Penang, muffin, popiah, spaghetti, baulu dan macam macam lagi. Aku rasa aku bernasib baik juga pasal potluck yang aku bawak tak banyak. Ni jer...

aku bersama potluck ku...
Foto ehsan Op


Apa? Sikit sangat? Ini pun tak habis kau tau tak!!!

Dah! Dah! Malas nak cerita panjang. Nak baca lagi masuk SINI. Chow!

8.7.05

Best jugak konsert preview Ramli Sarip semalam. Bertempat di Istana Budaya, peminat berzaman tak mengira umur dan jantina menghadirkan diri. Dengan muzik rock kapaknya dicampur alunan muzik orkestra, pehh... tangkap leleh wa cakap lu!

Dengan tiket berharga RM10 kira berbaloilah sesapa yang datang menyaksikan konsert tuh. 10 lagu didendangkan termasuk nyanyian duet bersama Jamal Abdillah, Kopratasa dan Spider. Konsert preview, so tak semua lagu yang best dinyanyikan. Kalau nak tengok full show kenalah datang malam ni atau malam esok. Lagi puas hati. Tapi... rege tiket pun puas hati gak. Cukup untuk minyak kete selama 3 hari. Oh oh!

//Thanks to Nida kerana belanja tiket dan chicken chop.

7.7.05

Tahniah untuk Nida kerana pasukan mereka berjaya merangkul tempat kedua dalam pertandingan pantun peringkat KeKKWa yang berlangsung di auditorium Memorial Tunku Abdul Rahman semalam. Aku bukannya minat sangat pantun pantun nih. Diri sendiri pun tak berbakat sangat dalam bab bab pantun. Tapi aku datang juga semalam selepas diajak oleh Sal. Bagi sokongan moral kat Nida katakan. Ahaks!

Ingat aku dan Sal ajer ada. Rupa rupanya Attokz dan Am [Sayangmama] juga menghadirkan diri. Dari mula sampai habis aku tak paham apa pun soalan dan jawapan pantun tuh. Para peserta pakat guna istilah istilah sastera peringkat tinggi. Aku dengar ajer la. Orang gelak aku pun turut gelak. Diorang gelak pasal apa aku pun tak tau. Duhhh!

Well, pantun tema Jenaka tuh aku paham ler. Ayat straight forward.

6.7.05

Satu hari pada minggu lepas...

Aku dan R*zal ada kat katil abang H*lim tapi dia lak takde. Ingatkan nak tanya nurse mana pegi orangnya, tak sempat nak bukak mulut si nurse tu lak tanya kami, "Encik H*lim mana?".

Entahler. R*zal call enponnya. Oh, tengah melepak ngan sorang kawannya kat satu restoran kat bawah. Terkejut gak kami berdua. Sakit apa kebendanya sampai leh berjalan jalan dan lepak makan minum kat kedai mamak?

Kami berjalan menuju ke kedai yang dikatakan. Restoran TAJ Kafe. Dari jauh nampak abang H*lim tengah rancak bersembang. Di tangannya sebatang Dunhill berasap berkepul kepul naik ke udara. Waahhh... orang sakit jantung tengah melepak sambil hisap rokok! Itulah H*lim. Hidup tak pernah berenggang dengan rokok. Mula merokok masa umo 9 tahun. Skang dah hampir 50 [namun masih kelihatan muda remaja ;p ] tapi masih hisap rokok sehari 2-3 kotak licin. Perokok tegar, hehe!

Ingatkan bila dah kena sakit macam tu boleh gak menginsafkan diri. Tapi kalau orangnya jenis yang tak makan saman, makan asap tetap makan asap. No life without cigar! Sambil sembang sembang aku sempat habiskan teh o ais ngan satu set roti bakar. R*zal lak habis sekeping roti canai. Dalam waktu hisap rokok tuh abang H*lim masih sedar yang penyakitnya makin kronik dan nyawa pun makin pendek. Bila ditanya macam macam senang jer dia jawab...

"Aku tau hidup aku dah tak lama. Tapi kalau nak mati biarlah masa umo 63 pun dah cukup baik. Ikut sunah Nabi kan?"

Kami gelak.

"Kalo boleh mati biarlah hari Jumaat, lepas sket seksa kubur." tambahnya.

"Habis skang tengah kronik nih. Dibuatnya esok lusa dah jalan..." R*zal membalas.

"Tu lah... aku tengah kowtim ngan Tuhan la skang nih!"

Kami gelak lagi.

//Abang H*lim - Penasihat undang undang untuk Dwitas*k Manageme*t.

...................

Dah seminggu lebih abang H*lim masuk SJMC. Ini kali kedua dia masuk hospital. Tahun lepas HUKM. Ingatkan lepas kuar dah ok. Tau tau bulan ni datang balik penyakit dia. Awal awal pagi semalam dia sms boss aku, R*zal, bagitau yang dia akan buat operation hari tu juga. Risau katanya, pasal operation yang akan dihadapi peluangnya 50/50. Jadi.. Alhamdulillah, tak jadi.. gol terus!

Kami sampai lebih kurang 3.00 petang. Tengok abang H*lim takde kat katilnya. Rupanya dah dipindahkan ke wad ICU. Baru selesai operation. Syukur, selamat. Apa pun kami tak dapat masuk jumpa dia pasal waktu melawat start jam 4.00 petang. Sementelah kami berdua belom lunch lagi, maka kami lepak makan kat TAJ Kafe.

Aku dah siap order nasi goreng ayam, R*zal lak tengah senduk kuah kari kambeng ke atas nasiknya. Slow slow aku berbisik kat R*zal...

"Zal, kau perasan tak kedai ni something wrong somewhere lah?!"

"Apa dia?"

"Aku rasa tak sedap hatilah. Kau perasan tak kebanyakan pelanggan semuanya bukan Melayu? Semuanya Ind*a. Pekerja pekerja pun tak nampak cam mamak pun! Semua ori."

"Aah ler." R*zal mengiyakan sambil mengunyah nasik.

"Dari tadi aku dok perati, satu apa tanda pun takde yang menunjukkan kedai ni kedai mamak. Assalamualaikum takde, Bismillah takde, Alhamdulillah takde, 786 ker... apa apa ayat Quran ker... Dah ler awal awal masuk sini dah terbau colok yang biasa diorang buat semayang tuh!"

R*zal dah tak senang duduk. Nasik dah hampir separuh ditelan. Masa tu nasik dan air aku sampai. Dalam tengah dok was was tu aku belasah jugak nasik tuh. Lapar beb! Tapi ayam goreng aku tak makan, tolak tepi. Tak sempat habiskan semua, kami berdua dah tak tahan. Perut rasa mual semacam.

Belom sempat kenyang kami terus blah dari sana. Paham paham jerlah.

"Patut pun dari awal aku dok perasan diorang semua asyik pandang kita jer... Sorila Mie. Kalau tau aku tak ajak makan sini. Kau pun satu, apsal tak bagitau awal awal? Aku dah ambik nasik dah..."

Hahaha. Sorila beb. Aku pun baru perasan jugak.

2.7.05

Kat mana aku sekarang?

Apa??? Opis?!!

Oh tidakkk!! Tidakkk!!!

Apa aku buat kat opis nih? Orang lain semua best dok layan tido, aku pagi pagi tercongok kat opis. Buat apa?

...

Yelah yelah... aku tau lah aku keje setiap hari Sabtu. Apa gelak gelak? Grr...

1.7.05

Sakit perut! Dari semalam [lepas blah dari sesi lantit kat F1 Serdang] sampai ler sekarang. Lecehnya...

Silap makan kot?

Perut kosong dari pagi tak makan + black pepper steak + coklat + milo beng kaw-kaw + jus kiwi kasut. Hmm... something wrong somewhere.