16.7.05

Hmm... seharian kat Balai Seni Lukis Negara. Aku rasa aku dah terlewat sampai pasal silap timing. Sekali bila dah ada kat sana, program start lebih kurang 10.30 pagi. Ceh... penat aku tekan minyak kuat kuat. Lambat lagi nak mula...

Bengkel Fotografi. Yang hadir tak sampai separuh dewan. Aku rasa kedatangan peserta hanya diramaikan oleh kami; aku, Sal, ND, Lin, Diman dan Yadziz. Lain lain peserta datangnya dari kaun Cau Ya Nun Alif. Melayu hanya sekerat dua jer. Sedih sunggoh! Tapi yang lagi menyedihkan, aku rasa aku dah silap paham. Diorang kata bengkel, bukan kursus. Aku harapkan kami semua diajar cara cara mengambil gambar. Teknik teknik dan teori teori yang sepatutnya. Tetapi bengkel yang sebenarnya hanyalah satu pertunjukan slide show sambil bercerita tentang gambar yang dipertontonkan. Takde sesi ajar ajaran. Banyak sesi cakap cakapan. Huhuhu~!

Ada 3 sesi. Pagi, tengah hari dan petang. Namun selepas sesi ke dua kami semua dah blah. Bosan dok kat dalam tuh. Lepak kat ruang legar sambil berlagak jadi model fotografi ND laaaagi baek!

Last last sesi ajar ajaran sendiri berakhir di atas tangga!