SELAMAT PENGANTIN BARU Pak Bear dan Dr. Najah.
Maaf tak dapat datang. Nah report tunjuk sebab kenapa tak datang kenduri. Aku rasa aku ada kirim something kat kau. Dapat tak? Kirim apa? Errr... kirim salam! Ha ha ha!
.................
Sabtu :: 30 April 2005
3.00 petang :: Berkumpul kat LRT Setiawangsa. Kalau nak ikutkan arahan, kami sepatutnya berkumpul pukul 2 petang lagi. Memandangkan semua Melayu, so standardlah... Ha ha ha!
4.30 petang :: 4 buah kereta. Kete aku ditumpang-kasih oleh awek kiut dua orang. Bahie dan Nana. Hmm... Pandai betul Sani bahagi orang. Ada awek 2 orang teman aku sepanjang perjalanan, ilang rasa ngantuk. Ha ha ha. Well, kami gerak ke Lumut melalui 'jalan belakang' - Sg. Besar. Gara gara nak jimatkan kos le ni. Takde tol.
6.45 petang :: Singgah umah As area Sekinchan - awek Sani. Singgah bukan setakat nak fetch As saja. Kami sempat menggunakan masa yang terbuang dengan mengisi perut makan mihun gorengalakadar alacarte, solat Asar, jama' Maghrib dan Isya serta meregangkan urat urat yang tersimpul [Main buaian, ahaks!].
8.30 malam :: Teruskan perjalanan. Perjalanan masih jauh... Akmam tinggal kete dia kat umah As. Kami konvoi 3 kete saja pasal kete kete lain banyak seat kosong. Pertambahan sorang lagi awek dalam kete aku. Aku lupa lak sapa nama dia. Huhuhu~!
11.30 malam :: Lama gila perjalanan baru sampai Lumut. Mungkin pasal cuti Hari Pekerja, tu yang jalan jam tak hengat kott. Payah betul nak parking. Banyak tempat parking dah full. Tunggu sikit punya lama baru dapat. Itupun tepi jalan. Belah malam feri dah tak beroperasi. Kami bermalam di Hotel Putra, betul betul depan jeti. Sewa 6 bilik. 3 lelaki 3 pompuan. Aku sebilik ngan Akmam. Lepas mandi aku ajak Akmam jalan jalan carik makan. Tengah tengah malam kat Lumut ni apa sangat yang ada. 2 biji restoran nasi kandar je. Nak makan kena ada awek temankan baru seronok. Kami ajak Nana dan Bahie join sama. Lepas makan, acara melepak kat dataran mengadap laut. Oh, lama sunggoh aku tak datang Lumut. Banyak perubahan berlaku. Nampak lebih maju berbanding dulu. Keadaan lebih tersusun kot. Yang pasti, dataran tuh cantik. Amat sesuai untuk mereka yang nak memadu kasih asmara, cewahh! Dalam masa tuh Achik, Fit dan member dia, Eddi baru sampai. Ntah kul bape bertolak dari KL.
2.00 pagi :: Apa lagi, tido la. Tak ngantuk ker???
Ahad :: 1 Mei 2005
11.00 tengah hari :: Kami check out awal. Sepatutnya kul 12 tengah hari masih boleh. Kami nak cepat untuk kejar feri. Sampai lambat ke pulau kan rugi masa lak. Tak sabar nak main air beb, heh!
1.00 petang :: Baru dapat naik feri. Kambeng betol. Sikit punya lama tunggu.
2.00 petang :: Yeah. Sampai jua kami akhirnya ke Teluk Nipah. Dah lama tak datang sini. Last time sampai masa praktikal fotografi KFUTMKL hampir 3 tahun lepas. Banyak perubahan berlaku. Setibanya di sini, kami terus menuju ke chalet Sunset View. 6 bilik dah di booking awal awal sebulan awal. RM95 sebilik. Pemilik chalet ni namanya abang Din. Well aku sebilik ngan Akmam lagi sekali.
3.30 petang :: Selepas selesai mengisi perut, kami ambik peluang berjalan jalan sekitar kedai kedai barangan cenderamata dan pakaian. Sementara menunggu bebudak yang lain bersiap sempat juga aku bersembang ngan abang Din tentang pengalaman dia sebagai pemilik chalet dan water sport. Seronok dan penuh cabaran kisah hidupnya. Dari seorang bekerja kilang selama 15 tahun, kemudian menjadi pemilik untuk bisnes perhotelan sendiri. Peh. Kagum... kagum... Dalam masa yang sama aku malu kat abang Din. Bila bebudak buat 'taik' melibatkan masa sendiri dan orang lain... Sejam lebih abang Din menunggu yang lain lain untuk aktiviti snorkling dan masa terbuang begitu saja. Malu... malu...
4.45 petang :: Snorklingggggggg yay! Dengan 2 kali trip mengangkut kumpulan kami seramai 16 orang [sorang dah balik awal semalam lagik], maka sampaila kami di satu pulau kecik tidak jauh dari Teluk Nipah. Pulau apa nama aku pun lupa nak tanya. Yang pasti pulau kecik tuh dikelilingi oleh banyak jenis ikan dan batu karang hidup. Cantik. Kalau kami datang ke sini pada bulan 7 atau 8 kemungkinan kami dapat ke pulau kecik tu hanya dengan berjalan kaki saja. Waktu tu waktu air surut.
Well, best gile snorkling nih. Sebelom kami turun dalam air, abang Din memberikan sedikit tunjuk ajar dengan memilih Akmam dan Nana sebagai model. Hehehe. Sebenarnya snorkling tak de ler susah pun. Simple jer. Cuma nak kena biasakan diri jer. Kali selama ni kita bernafas melalui hidung, untuk snorkling kita bernafas pakai mulut. Make sure air laut tak masuk dalam hidung dan mulut. Tobat aku serik. Aku muntah siotttt gara gara air masuk dalam mulut. Yuck, payau!
Selesai sedikit tunjuk ajar abang Din, aku terus terjun dalam air. Malas nak buang masa. Bagi mereka yang tak reti berenang memang slow sket la. Nak turun dalam air pun terhegeh hegeh. Padahal dah dipakaikan life jacket. Aku pada mulanya pakai jugak. Asyik snorkling saja, setakat nampak keadaan dalam air dari sudut atas saja. Tak puas hati. Aku nak menyelam. Tapi susah pasal life jacket. Last last aku bukak life jacket dan ikat kat tangan pastu menyelam sesedap rasa. Peerrghhhhhhhh... lawa siotttt. Ikan kalerful, batu karang meliuk liuk. Lintah Laut a.k.a Timun Laut bersepah. Geli aku. Paling best bila aku hulurkan sedikit roti kat ikan ikan tuh, terus diorang makan kat tangan aku. Kadang kadang terasa gak ikan gigit jari aku. Sakit jugak. Hehe.
Seingat aku yang menyelam sampai dasar hanya aku, abang Din dan anaknya yang baru tingkatan 2. Bebudak lain, takut. Hmm... memang nak kena hantar diorang pi KLD nih. Belajar water confident ngan Kak G dan Pak Let. Pastu baru boleh pi pulau semula. Seperti kata abang Din, selama pengalaman dia jadi tukang tunjuk ajar nih boleh dikatakan dalam 30 orang, hanya 8 orang saja yang berkemungkinan pandai berenang. Duhh... sikit banget. Harap aku tak tergolong dalam kalangan tuh. Bila dengan selamba aku snorkling tanpa life jacket, diorang tanya aku, "Pandai berenang ke?" Aku tak kata aku pandai tapi kalau campak aku dalam air sedalam 30 meter pun insyaAllah aku tak lemas. Orang lemas ni bukan masalah tak pandai berenang, tapi tak pandai nak apungkan badan dalam air. Itu saja. Melainkan terlalu penat atau kaki tangan dah cramp.
7.00 petang :: Balik chalet semula. Penat siot main air nih. Banyak pakai tenaga. Tapi aku tak kesah pasal aku jarang bersenam. Kata abang Din juga, berenang lebih baik daripada jogging. Kerana dengan berenang boleh dikatakan our whole body bergerak waima kulit kepala sekalipun. Berenang is the best exercise activity katanya. Ye la kot... Apa pun, untuk snorkling terbang RM10 hengget. Ahaks!
Isnin :: 2 Mei 2005
9.30 pagi :: Biasanya hari minggu aku jarang bangun tido awal. Disebabkan aku sekarang bukan di rumah, aku di pulau so aku kena guna masa yang ada sebaik mungkin. Jangan membazir masa (Oh, tau lak terlebih tido itu membazir masa, hehe!). Akmam dah kejutkan aku ajak join Zaili ngan Raihan pi breakfast. Teringin nak tengok suasana pagi di kawasan situ. Aku tak keberatan berkorban waktu tido. Dengan tak mandi pagi dan tak gosok gigi, kami melantak nasik lemak dan teh tarik. Hmm... Rasa sama je nasik lemak pulau ngan nasik lemak tanah besar. Apa bezanya?
11.00 pagi :: Main air untuk kali terakhir sebelom blah balik KL. Mandi dan menyelam tepi pantai, sambil usha sekawan ikan bilis berenang renang sebalik betis kami. Pehh... seronokkkk. Nak menyelam sambil bukak mata tak boleh, mata jadik pedih pasal air tu kan masin. Nasib baik aku sempat beli google murah murah. RM4 je satu. Bolehlah... setakat nak main tepi pantai. Bukan nak scuba pun. Well, istana pasir yang kami dirikan hampeh. Tak nampak rupa istana pun. Rupa penjara tinggal ada ler.
12.00 tengahari :: Check out. Lepak depan ruang tamu chalet sambil bergambar kenang kenangan bersama pemilik chalet, abang Din. Sporting orangnya, tapi tegas dalam lawak.
2.30 petang :: Naik feri balik ke Lumut. Sebelom tu sementara menunggu feri sampai, sempat jenjalan follow bebudak tu shopping. Beli ikan kering, ikan bilis, sotong kering, sotong masin, makanan ringan hasil laut, itu ini itu ini... aku apa pun tak beli. Tumpang makan orang punya jer. Hahaha. Sorilah, aku tak minat shopping benda benda macam tuh. Aku nak beli something gak, tapi tunggu sampai jeti kat Lumut dulu.
4.30 petang :: Bertolak pulang ke KL. Masih guna jalan yang sama, melalui 'jalan belakang'. Kena hantar As, kena ambik kete Akmam, kena jimat duit tak payah bayar tol...
11.30 malam :: Sampai KL lewat jugak. Macam ni lah kalau berkonvoi. Masa yang sepatutnya 3 jam boleh jadi double atau triple. Jalan jem, banyak kali berenti, berenti lama lama, sesat, tersilap jalan dan macam macam karenah lagi. Biasalah tuu...
1.00 pagi :: Selamat sampai ke Ukay Perdana. Fuhh... penat. Rilek dulu. Tengah mengah lagi nih, heh.
Seronok bercuti. Apa aku dapat? Macam macam tapi yang paling tak best, kete rosak bila sampai umah! Hampeh!
Maaf tak dapat datang. Nah report tunjuk sebab kenapa tak datang kenduri. Aku rasa aku ada kirim something kat kau. Dapat tak? Kirim apa? Errr... kirim salam! Ha ha ha!
.................
Sabtu :: 30 April 2005
3.00 petang :: Berkumpul kat LRT Setiawangsa. Kalau nak ikutkan arahan, kami sepatutnya berkumpul pukul 2 petang lagi. Memandangkan semua Melayu, so standardlah... Ha ha ha!
4.30 petang :: 4 buah kereta. Kete aku ditumpang-kasih oleh awek kiut dua orang. Bahie dan Nana. Hmm... Pandai betul Sani bahagi orang. Ada awek 2 orang teman aku sepanjang perjalanan, ilang rasa ngantuk. Ha ha ha. Well, kami gerak ke Lumut melalui 'jalan belakang' - Sg. Besar. Gara gara nak jimatkan kos le ni. Takde tol.
6.45 petang :: Singgah umah As area Sekinchan - awek Sani. Singgah bukan setakat nak fetch As saja. Kami sempat menggunakan masa yang terbuang dengan mengisi perut makan mihun goreng