27.10.05

Seronoknya hati. Niat di hati nak balik kampung; bercuti mula dari Sabtu 29hb tapi bos kasi lampoo hijau, soh balik cepat cepat pasal WKU nak kena tarik. 3 bulan tak bayar instalment, bank dah call kata nak kuarkan notis penarikan hari Khamis. Risau kot kot hari Khamis WKU terus lesap ada baiknya aku bawak lari dulu. Nun jauh di Timur. Harap harapnya kaki kaki tarik takde lak pasang kaki sampai ke sana. Ehehe! Rabu 29hb aku tak masuk opis langsung. Setelkan semua hal berkaitan kereta. Repair apa yang patut, servis sket... lepas hantar WGV aku kat Azie, aku terus balik umah naik LRT. Tak patut... Azie ni, semua benda nak kena orang buatkan. Nak ambik kete aku pun, aku pulak yang kena hantar ke opis dia. Dah lah tak kata apa lepas dapat kete tu. Senyum manjang jer la. Heppi dapat balik kampung drive kete bakal milik sendiri, ceh! Joe temankan aku hantar kete tu. Kalau Joe sendiri tak puas hati ngan sikap Azie, apatah lagi aku? Hehehe. Nasib baik puasa, so takdela nak marah marah sangat. Cuma ye lah... sekali tu je la kot aku berurusan ngan Azie. Serik dah. Tak nak dah. Letih!

Plan nak bertolak balik dari kul 12.00 tengah hari jadik pukul 5.00 petang. Duh! Kelam kabut semua hal. Apa pun semua setel. Aku dan Joe selamat sampai kampung tercinta tepat jam 11.30 malam. Alhamdulillah!

25.10.05

2 hari lepas GeJuis buat majlis bukak posa kat Rasa FoodCourt, Alamanda Putrajaya. Aku datang ngan Nida. Tapi kami terlewat disebabkan masalah teknikal (refer blog dialah, haha). Memandangkan lewat, seat dah diambik oleh orang ramai yang juga ingin berbuka di sana. Kalangan GeJu yang datang awal dah sediakan banyak kerusi tapi tidak menjangkakan kehadiran melebihi 20 orang. Seat tak cukup, so pertama kali dalam sejarah aku bukak posa sambil berdiri. Tak. Aku tak sedih. Aku bangga pasal bukan selalu malah bukan semua orang nak buat macam tu.

.............

Semalam aku teringin nak berbuka dengan nasik kerabu. Yelah, posa dah nak habis tak sekalipun aku pekena nasik kerabu. Tak makan nasik kerabu tak WORLD lah! Lepas balik keje aku tertido. Joe kejutkan dekat kul 6 petang. Gila lewat. Aku apa pun tak bersiap lagi. Cepat cepat mandi, solat Asar, bersiap dan terus ke Kampung Baru.

Hampir jam 7 petang kami masih berjalan mencari kedai yang menjual nasik kerabu. Aku agak tak sempat beli dan carik tempat duduk; azan berbuka tentu dah lepas dulu. Kami beli kueh dan standby jer tepi jalan. Azan kedengaran. Dan kami berbuka sambil berjalan. "Wahhh... semalam berbuka sambil berdiri, hari ni sambil berjalan lak." kata aku kat Joe. "Esok kita berbuka sambil berlari lak, ehehehehe!" balas Joe.

.............

Kami habiskan nasik kerabu kami kat kedai Western. Makan 20 minit jer. Lepak sejam pasal hujan lebat. Lepas tu ke rumah Li (peminat panggil dia abang Manggis) kejap pasal nak hantar harddisknya yang aku dah buat rete berbulan kat umah. Hehe. Layan Anime nyer pasal. Hantar harddisk lama, aku ambik lak harddisk yang baru. Balik umah terus layan Bleach sampai kul 2 pagi. Lepas sahur, tido...

[InTeam - Impian Kasih]

//Gambar bersama Yantzen dan Joe Wings dah diupload kat Fotopages aku. Sila silalah ya. :)

20.10.05

Rasa sekejap jer kan? Sedar tak sedar dah setengah bulan kita berpuasa. Masih ada 2 minggu lagi untuk sama sama meraikan kejayaan berpuasa kita nih. Tak sabar beb. Tak sabar nak main mercun! Ahaks!

Well, aku rasa posa kali ni tak sama cam posa yang dulu dulu. Ada perkara yang terlebih dan terkurang dalam hidup aku. Macam macam peristiwa berlangsung tanpa dirancang. Ikutkan hati nak jer aku listkan beberapa perkara menarik yang berlaku tu tapi bila dipikirkan ianya bersangkut paut ngan hati dan perasaan orang lain... so aku kensellah. Biar aku sorang jer la tau. Boleh macam tuh? Hehe. "Siot. Kalau nak cakap, cakap jer lah kan? Tak payah nak main teka teki." Kata hati aku kat aku sendiri.

Aku kebosanan nih. Kat opis. Takde keje. Baru lepas main game Bola-Bola. Bos sound plak. Aku kata nak bawak game RED ALERT lak. Dia kata, "Bawaklah!". Adoi... sporting nya bos aku. Bos dah balik Penang tengah hari tadi. Isnin depan masuklah. Big boss langsung tak masuk masuk lepas bersalin 2 bulan lepas. Orang bersalin cuti 40 hari, dia cuti hari hari. Sen dah kering. Servis WGV habis dekat 300 hengget. Sabtu lepas aku langgar Kelisa dalam UIA. Dengan Waja. Bayar gantirugi kat mamat tu terbang 220 hengget. Siak jer. Rosak ciput jer. Hampeh aaaaa... Harap gaji masuk awal bulan nih. Banyak nak pakai untuk persedian raya nanti. Beli baju-seluar raya. Servis kete. Hutang bank. Hutang orang. Umah sewa. Api air. Makan. Enpon. Kad utang. Aduii.. macam macam. Oh ya ada lagi. Duit raya untuk anak anak buah. Harap tahun ni aku ada sen lebih, prepare untuk duit raya. Aku kesian kat anak anak buah aku pasal tahun lepas sorang pun aku tak hulur. Tapi lebih kesian kat aku sendiri laa... tak mampu nak hulur walau note kaler hijau sekalipun. Kalau boleh mintak duit raya ngan anak anak buah kan ke best? Hihihihi. Bertuah nyer bapak saudara.

Tadi aku apply cuti. 3 hari menjadikan total cuti raya aku 2 minggu. Wahahaha! Sakan. Harapnya big bos aku approve. Tak approve kalu, aku ponteng keje. Selamba jerk! Aiseh, tengah dok menaip ni lapar plak. Arrgghh...

Sebenarnya, apa yang aku nak cerita nih??

2 hari lepas Nida ajak aku ke majlis berbuka Rais Yatim ngan penggiat penggiat seni kat Memorial Tun Abdul Razak, Tasik Perdana. Ramai artis datang. Yang baru, lama, veteran. Tak dikenali pun ada. Aku? Aku juga penggiat seni. Seni muzik bawah tanah. Extreme. Tapi aku tak marahkan Rais pasal tak jemput aku. Cukuplah Nida yang je jemput. Aku datang pun bila diberitahu ada Rabbani, Yassin dan Brothers (Yang sebenarnya, Rabbani saja yang ada). Hehe. Nida sibuk ngan tugas so aku lepak sorang sorang kat meja yang sepatutnya dikhaskan untuk staff kementerian Rais tuh. Aku sebagai jemputan khas la ni. Ewah! Bila hampir waktu berbuka, orang makin ramai sedangkan meja tak cukup. Aku tak berganjak. Takut takde seat nanti. Meja yang sepatutnya Nida and de gang duduk diberikan kepada orang lain. Yang bestnya, semeja ngan aku bukannya orang biasa biasa tapi artis. Wahlaauuu... segan tak terkata wa cakap lu. Yantzen seat sebelah kiri aku dan Joe Wings & bininya seat belah kanan. Artis lain aku tak kenal. Nak sembang apa pun aku tak tau. Tapi aku tetap buat selamba, tegur diorang. Mula mula segan la lama lama siap melawak ngan diorang. Macam tak caya lak. Skang aku tengah tunggu gambar yang Nida snap. Dah siap cuci ke blom. Tak sabar nak taruk kat sini. Haha.

//Nida, gambar dah siap ker?

14.10.05

Semalam dia muncul lagi. Kali ni lebih besar, sihat dan kuat berbanding yang sebelom sebelomnya. Biasanya yang muncul tatkala aku mandi takdela sihat sebegitu. Cilik cilik saja. Aku penyek saja menggunakan botol botol syampu. Kadang kadang sekali muncul 4 beradik. Selama aku duduk kat sini entah berapa ramai yang dah arwah aku kerjakan. Dalam jamban bilik Rudy pun sama jugak. Bilik tidur aku toksah cakap la. Dah jadi peneman tak diundang.

Apa yang paling aku hangin bila mana aku sedang enak melupuskan sisa sisa toksik dari perut aku selepas berbuka semalam. Betol betol potong stim. Maunya tak ilang selera nak melupus bila sekali kau terpandang yang muncul sebelah kau adalah si bapak (agaknya). Selera nak melupus putus di tengah jalan. Selesai saja proses pembersihan, aku keluar panggil Wan bantu aku buat kerja kerja pembunuhan tak kejam. Wan curahkan asid pada dinding jamban dan asid tu masuk ke dalam rekahan lantai mozek. Seketika kemudian bapaknya keluar berlari tapi nasibnya malang, terpaksa berenang dalam asid. Kesian juga tengok dia menggelupur kesakitan. Agaknya macam nilah apa yang Tuan Azman Tuan Ludin rasa setelah disimbah asid oleh isterinya. Kemudian Rudy datang dengan 2 batang kayu. Cukup besar. Si bapak diinjak injak dengan kayu tu sampai lumat. Cukup kejam perlakuan Rudy! Kami sama sama ketawa selepas berhadapan dengan situasi sebegini.

Ahh... sukanya. Jamban jamban umah aku sekarang dah jadi ladang ternakan lipan yang berjaya.

//Din Beramboi pernah cakap,

"Bela lipan ni menguntungkan. Selepas lapan tahun, dia akan bertukar menjadi sport rim. Bela lagi lapan tahun, dia boleh bertukar menjadi kereta sport!".

10.10.05

Huh, Iman tergugat. Ada dua ekor makhluk kat umah aku jenis tak reti posa. Orang sahur dia pun sahur. Orang makan lepas azan Maghrib, dia pun turut makan sama. Tapi dia juga dah makan siap siap selepas orang azan Asar. Ish ish... hangin satu badan!!!

..............

Sebenarnya apa yang menyebabkan kepala hotak aku sakit sangat nih?!! Masuk bulan posa makin menjadi jadi lak. Nasib baik batuk dah ilang. Kalau tak, sekali terbatuk rasa otak bergegar. Kalau berkali kali batuk? Pecah kepala siot! Teringat aku kat satu rancangan Astro, Discovery Channel:Body Snatchers. Seorang lelaki sakit kepala. Lama dah alaminya. Then pi scan otak. Hasilnya, ada seekor cacing pita melepak di celah celah otaknya. Tak boleh buat apa. Cacing pita boleh membesar lebih 3 meter. Bayangkan, cacing pita dalam kepala hotak. Err... muat ker???

Kepala aku? Takde kot...

//Aku paling takut ngan cacing. Arrrgggghhhhh!

..............

Awal pagi tadi sebelom bangun nak pi mandi, aku terasa sesuatu dalam seluar aku. Ingatkan benang ker apa... Aku seluk. Aku pegang. Aku ambik. Aku bawak keluar. Kau tahu apa?




Seekor anak lipan tanah!

Auuuuwwwwwwwwwwwww!!! <--- satu jeritan syahdu di pagi hari. Meremang seh!

5.10.05

Hari ni... 1 Ramadhan 1426H. Anda tentu arif situasinya.

SELAMAT BERPUASA untuk kita semua, orang Islam.

//Dah seminggu perut aku sakit. Err... bukan sakit perutlah. Sakit dalam perut. Doktor kat klinik tu kata aku kena gastrik. Ah ye la... dekat dekat nak puasa pandai lak dia muncul. Tapi aku tak pasti betol ke gastrik. Aku rasa lain macam jer... tapi kalau betol ada harapan aku tak posa penuh tahun nih. Lalalala.

3.10.05

Banyak kejadian yang menarik berlaku selama aku tak updet blog. Dalam masa yang sama, juga banyak perkara yang menyiksakan jiwa raga aku muncul. Tapi aku anggap itu satu cabaran dalam hidup. Tahun lepas aku rasa aku berada di bahagian atas roda. Awal hingga pertengah tahun ini aku juga rasa aku masih di atas. Sekarang, aku dapat rasakan kedudukan aku atas roda tu dah makin terkebawah. Kalau aku berupaya mencipta break untuk roda yang khas ini, dah lama aku gunakannya. Aku harap aku selalu berada di atas. Tak akan berputar ke bawah selama lamanya. Tapi roda hidup, bisakah dihentikan? Adakah break dicipta untuknya? Jika ada, macam mana bentuknya? Macam mana cara menggunakannya?

Untuk perkara yang menarik dan menduga jiwa yang sudah lepas, aku biarkan ia berlalu tanpa catatan untuk dikenang. Aku rasa satu episod tu terpaksa dibuang. Biarla kisah hidup roda aku berhenti kejap gara gara tiubnya pancit tak berganti baru. Mungkin ada baiknya satu perkara tak perlu dikenang?