31.8.05

Pegi gig kat Paul's Place. Siot ah Paul, tak bagitau dah tukar tempat. Dah bisnes kat Jalan Klang Lama plak. Buang masa sejam aku pegi Uptown. Hampeh!

Anyway, ini detailnya...

IN LOVE WITH SYSTEM (PART2)
Lokasi : Paul's Place
Tarikh : 31 august 2005
Tiketing : RM 10
Masanya bermula nyer temasya : 3 pm sampai muntah
Band Terlibat : Belacak, Cattarh, The Blade, In Torment, Kizzme, Demonical Crisis Assembly(DCA), Cekodok.

Well, inilah aktiviti aku di cuti merdeka.

MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA!

30.8.05

Tengah planning... malam ni apa nak buat ye? Tengok bunga api? Tengok konsert? Lepak umah? Tido?



Ish... sangap! :(

25.8.05

Thanks pada semua yang terlibat dalam menjayakan Projek T-Shirt GeJu. Aku dah dapat sehelai semalam. Cantik. Murah. So, what's next?

22.8.05

Ahad 21 // Kuala Kangsar. Aku, Rudy dan Mc Ha. Majlis perkahwinan sahabat baik aku sejak dari zaman belom bersunat lagi. Amran (nama dia ol'school lah, hahaha!). Alahai... jadi laki orang jugak kau akhirnya ya? Aku jugak yang tercabar. Ish ish ish... tak boleh jadi nih. Aku pun nak kawen jugak lah. Balik kampung nanti aku usulkan cadangan murni aku ni kat mak. Tengok apa reaksi dia. Keh keh keh! Anyway,

SELAMAT BERKAHWIN! Moga jodohmu kekal hingga ke akhir hayat.

Apa yang buat aku rasa teramatlah tension sekali bila kami sampai, majlis dah habis. Orang ramai dah takde. Kerusi meja dan susun. Nasik dan lauk dah kemas. Pengantin dah macam penanggah. Ini kali ke 3 berlaku dalam hidup aku. Peh, pilu sunggoh. Rasa nak nangis masa sampai sana. Nasib baik jiwa aku kental. Apa apa tangkap leleh, taruk belakang belakang. Majlis orang, hari gembira orang, aku kenala tumpang gembira. Dapat layanan istimewa dari pasangan pengantin, tak ler rasa sebak sangat. Eh, emo lak aku. Poorahhh!

Minggu lepas Muar. Minggu ni Kuala Kangsar. Minggu depan Kuala Terengganu? Oh tak mungkin. Kenduri di KT terpaksa aku abaikan. Poket aku abuk pun tarak dah. Huhuhu~!

//Duit pun tarak, ada hati mau kawen? Cis! :D

...........

Sabtu 20 // Jalan jalan ngan Dol carik idea sekitar pusatbandar. Idea nak snap gambar untuk LUMBA FOTO OGOS - NIGHT LIFE. Last last melepak kat Dataran Merdeka, tengok pengunjung melepak depan skrin besau tuh. Ada sekeping yang aku snap dan berkenan. Nanti aku taruk kat lumbafoto. Banyak bergosip gosippan ngan Dol sampai jam 4 pagi. Steadyyy....!

...........

Jumaat 19 // KLPAC. Romi & Joo Lee. Rashid Salleh & Nell NG (Cun. Aku suka), dibantu oleh beberapa actor dan actress dari Actor's Studio Bangsar.



Lawak. Kelakar. Menghiburkan. Puas hati. Best.

Thanks to Nida. A lot.

//Nd, gambar yang aku snap bebanyak tu jadi ke tak?

17.8.05

Yeehaa! Hari ni aku start pakai SIM Card Celcom terbaru. USIM Card namanya. Ntah apa beza ada dan takde U tuh. Kad lama, standard kad sim hanyalah 32K Java. Yang baru nih, 256K. Versi 256K sebenarnya khas untuk pakai enpon 3G. Aku isi form kat satu booth di Plaza Low Yat masa tengah jalan jalan ngan Pian sambil usha enpon baru untuk Pian. Amoi tu kata free, dalam tempoh promosi. Aku on jer la. Kalo kena bayar jangan harap aku nak buang sen macam tu jer. Bukannya kad lama rosak ke apa. Tapi setahu aku kalau nak upgrade kat Celcom sendiri kena bayar la plak. Adui... ntah ler!

Apa pun, pertukaran kad sim 3G hanya untuk mereka yang pakai postpaid sahaja. Budak budak yang pakai prepaid dok diam diam. Tengok aje ya. Sambil sambil tu cuba cuba la ambik tau pasal pendaftaran penggunaan talian prabayar. Sementara tengah nak try implemen kat Melaka dan Pulau Pinang...

Kah kah kah. Betol betol menyusahkan!

16.8.05

Fantastic 4 ngan Amityville Horror dah berjaya ditonton. Masih ada beberapa movie lagi dalam perhatian. Kalo sempat, aku akan habiskan movie yang aku suka dalam bulan ni juga. Haha!

+ Stealth
+ Charlie and the Chocolate Factory
+ Seven Swords

Aduii... yang banyak sen dok terbang pasal ni ler. Ish ish!

15.8.05

Syukur jerebu dah takde kat KL. Tapi kesian mereka di Utara. Takpela... cuba cuba la rasa nikmat jerebu sepertimana kami di KL dah rasa. Amacam?

............

Kita dah masuk pertengahan bulan Ogos. Lebih kurang 2 minggu je lagi kita akan menyambut hari Kemerdekaan yang ke-48. Aku nampak tak banyak umah umah, kedai kedai atau kereta kereta mengibarkan Jalur Gemilang. Apa nak jadi nih? Takde semangat patriotik sunggoh!

Kereta aku, umah sewa aku dan blog aku... mana Jalur Gemilangnya?

Jalur Gemilang takde. Jalur Lebar ada. Mau?

............

Semalam menghadiri majlis kenduri kawen adik lelaki Tipah di Parit Jamil, Muar. Aku, Nida dan Salina nompang kete Mael. Thanks to all pasal jemput aku sekali.

Minggu ni Muar, minggu depan Kuala Kangsar lak. Yeah, kawan baik aku dari kecik lagi pun nak kawen jugak. Aduhai... dugaan... dugaan... (Bila tengok kawan baik kawen, hati melonjak lonjak nak ikut serta. Apakan daya, calon dan sen entah ke mana...)

Huhuhu~!

12.8.05

Aku: "Bestkan area umah kita. Malam malam ada kabus. Tebal lak tuh. Sejukkkk!"

Rudy: "Kabus kepala hotak kau!"

Hahaha.

Jerebu oh jerebu!

Bila nak habis jerebu nih...

9.8.05

Seminggu dua yang lepas aku dapat sms dari nombor yang tak diketahui pemiliknya. Mungkin jugak nombor tu pernah disimpan dalam enset aku sebelom nih. Tapi memandangkan setakat simpan ajer tapi tak pernah call atau dicall, maka aku delete. Aku tak hafal nombor tuh maka aku dah lupa sapa pemiliknya. Sms tu berbunyi lebih kurang cenggini la...

"Bagi alamat umah awak. Alamat surat menyurat."

Aku terkejut. Sapa pulak yang hantar nih. Mengikut pengalaman aku, waktu tu adalah bulan mengawan [bulan pasangan bahagia berebut rebut nak kawen lah!]. Sebelom ni beberapa ex-classmate aku pun pernah sms macam tu gara gara nak hantar kad jemputan kawen. So aku expect pengirim sms ni pun nak kawen jugak dan nak hantar kad jemputan kat aku kot. Tapi aku tak kenal sapa so aku cakap,

"Maaf. Saya tak kenal awak siapa so saya tak boleh simply bagi. Kecuali awak nak perkenalkan dulu siapa diri awak!"

Dia reply, "Alaa.. bagi ajelah. Nanti awak akan tau juga!"

Okeh. Dia tak nak mengalah. Tapi aku rasa aku kenal orang ini. Demi kepentingan keselamatan aku, aku bagi alamat umah abang aku kat Gombak tuh. Hehe. Sesambil sms alamat, aku kepilkan sekali ayat penambah perisa.

"Nak hantar kad jemputan tu hantar la yang cantik cantik dan wangi sket ya!"

Aku agak je dia nak hantar kad jemputan. Tapi kalau betol tentu dia pun terkejut pasal dia ingatkan aku dah tau dia nak bagi kad. Ahahaha... bijak, bijak.

Semalam aku pi umah abang aku. Jeng jeng jeng! Memang betol ada satu kad jemputan [tengok sampul pun dah tau...] atas meja khas untuk aku. Aku bukak slow slow then terpampanglah nama seorang awek. W*an Nur*hidayah Binti W*an Has*san [Nah, ambik kau! Aku bagi nama penuh terus!]. Oh, dia ni... pak cik kenal nih! Dulu pernah menjalinkan hubungan sulit cinta dengan pak cik masa di bangku sekolah menengah. Kalau pak cik dan dia sabar 3 hari je lagi tentu hubungan tu mencatat rekod genap 3 tahun bercinta. Tapi apa kan daya, dia ego tinggi sangat. Pak cik tak tahan dengan sikapnya, maka pak cik ambik keputusan babai!

Oh, dah nak kawen dia rupanya ya! Baguslah, ada jugak jodohnya. Harap berkekalan sampai ke akhir hayat. Minta maaf pasal tak berdaya nak terima tawaran menyambung semula kontrak lama yang tersadai. Apa pun, kau dah ada kontraktor baru sekarang. Semoga bangunan dan jalan raya terbina kukuh tanpa sebarang keretakan di sana sini. Amin!

Majlis kau, tak janji dapat hadirkan diri ke tak. Tapi, insyaAllah sajalah.

//Dol, Ida [ingat lagi tak?] dah nak kawen! Kita bila lagi?

...............

Aku dah bosan giler dok kat opis tanpa buat apa apa. Bertenet pun dah rasa nak muntah. Tetiba aku teringatkan pasal permohonan aku untuk jadi Tuan Insp. Kawan kawan se'platun' aku kebanyakan dah dapat surat panggilan untuk second interview. Aku belom dapat lagi. Aku call tanya Bukit Aman. Jawapannya, mungkin nama aku tak tersenarai untuk surat panggilan temuduga. Diorang masih buat beberapa tapisan lagi hanya untuk hantar surat pada kami.

Peh, itu baru nak hantar surat untuk panggil interview tapi dah main tapis tapis dulu. Maknanya orang yang dapat surat untuk panggilan temuduga tu pun belom tentu lagi berjaya diterima. Keputusannya, aku konpem TIDAK DITERIMAlah!

Musnah satu harapan murni aku. Takpela, nak buat macam mana. Dah bukan rezeki aku. Aku rasa rezeki aku kat KLCC saja. InsyaAllah... tunggu dan lihat.

Hmm... tetiba rasa nak jadik penyanyi nasyid. Tak boleh tangkap orang jahat, jadik pendakwah pun jadiklah. Dakwah orang jahat supaya jadi baik. Macam aku! Hak hak hak!

8.8.05

Penat! Aku tak larat nak online kerana banyak berjalan kat Tasik Perdana semalam. Ikut bebudak GeJu buat praktikal fotografi kat sana seronok jugak. Walaupun aku takde kamera, tapi aku guna kamera Ajid. Dia bawak dua kamera. Tapi kiciwa jugak pasal baru separuh jalan pakai, bateri lak hidup segan mati tak mahu. Nak tak nak tengok ajelah diorang snap sana sini. Gigit jari aku...

Well, selama hampir 7 tahun aku lepak kat KL, ni lah pertama kali aku jejakkan kaki ke Taman Orkid dan Taman Bunga Raya kat dalam kawasan taman tasik tuh. Aku bagitau kat Amyz ngan Nett, ingatkan rasa dah hebat. Sekali Amyz cakap, "Aku pun pertama kali jugak, setelah 25 tahun dok KL!". Cis, ada lagi orang yang lagi hebat!

Takpe. Taman Rama Rama, Planetarium Negara, Pusat Sains Negara, Taman Burung dan beberapa tempat lagi kat KL ni aku belom pernah jejakkan kaki lagi. Aku nak tunggu selepas ada cuculah baru nak pergi. Tentu Amyz kalah ngan aku nanti. Hau hau hau!

Oh ya satu lagi, Restoran Tupai Tupai pun pertama kali jugak. Hehhee!

Untuk gambar, lawat fotopages ND, Salina, Amyz, Nett, Ayares, Kak Ungku dan Ajid.

6.8.05

Mawi menang? Yeah... W.O.R.L.D!

Err... aku tak tengok pun Final AF3. Ahaks!

..........

2.30 petang join bebudak Fotopages Malaysia layan sembang ngan Saiful Nang kat Starbuck KL Sentral. Sesi sembang kutip ilmu. 6.00 petang pi KLCC (Convention Centre) ngan Dol & Risya. 9.00 malam layan konsert N.A.S.Y.I.D di Stadium Kajang. Persembahan oleh Hijjaz, UNIC, In-Team dan Mestica.

Aku dah tulis besar besar perkataan tuh. Kalau korang tak paham lagi maksudnya tak tau lah aku... Har har har!

Sms Najib kat aku:

"Lu tengah layan nasyid tu tak rasa panas ker?"

Hahaha. Dulu dulu panas jugak. Sekarang tak. Sekarang rasa tenang! Hehhee.

Kerana konsert, sekarang aku dah start dengar Radio IKIM. 91.5 Klang Valley (kalau Sal tak bagitau, jangan harap aku nak tau nih! ;p ).

3.8.05

naruto
Which Naruto Character Are You?
Test by naruto - kun.com


Hahaha. Aku dah agak, aku memang sama cam Naruto!

......................

Hari ni edit sikit lagi template Jiwakacau. Semalam nyer bila pandang lama lama aku tak rasa kacau pun jiwa nih. Hari ni lain. Cuba korang tenung lebih sket, perasaan kacau di jiwa akan terasa sedikit demi sedikit sehingga menular ke medula oblongata korang. Hah, amacam? Rasa tak? Rasa tak?

Apa? Tak?!! Ish... korang ni, bikin jiwa aku kacau saja...

2.8.05

Hmm... lewat aku updet blog. Nak buat macam mana, rasa malas dicampur ngan takde benda nak cerita memang mujarab sunggoh sebagai ubat tak mau updet blog.

Walaupun tak siap sepenuhnya, aku tetap nak bagitau kat sini... aku dah edit design blog JiwaKacau. Ambik masa lama jugak nak start buat benda tu. Kemudahan internet terhad so buat slow slow jer la. Masih dalam mood nak edit lagi tuh. Aku rasa cam tak ceria je design tuh. Terlebih putih.

Lawat sini, http://jiwakacau.blogdrive.com.

Kengkawan, any idea?