27.6.05

Untuk mereka yang belom pernah atau masih baru di KL, aku nak bagitau kat sini bahawa bacaan lampu isyarat di KL tak sama dengan kat tempat asal korang.

Bacaan sebenarnya macam ni...

Merah - Berhenti.
Hijau - Maintain... drive steady cam biasa.
Kuning - Tekan minyak kuat kuat. Nanti kang tak sempat.

Betul tak kawan kawan? :)

25.6.05

Lonely im so lonely,
I have nobody,
To call my owwnnn
Im so lonely, im mr. Lonely
I have nobody,
To call my owwnnn
Im so lonely,

Yo this one here goes out to all my playas out there ya kno got to have one good girl whose always been there like ya
Kno took all the bullshit then one day she cant take it no more and decides to leave

I woke up in the middle of the night and I noticed my girl wasn't by my side, coulda sworn I was dreamin, for her I was
Feenin, so I hadda take a little ride, back tracking ova these few years, tryna figure out wat I do to make it go bad, cuz
Ever since my girl left me, my whole life came crashin

Im so lonely (so lonely)
Im mr. Lonely (mr. Lonely)
I have nobody (I have nobody)
To call my own (to call my own) girl

Im so lonely (so lonely)
Im mr. Lonely (mr. Lonely)
I have nobody (I have nobody)
To call my own (to call my own) girl

Cant belive I hadda girl like you and I just let you walk right outta my life, after all I put u thru u still stuck
Around and stayed by my side, what really hurt me is I broke ur heart, baby you were a good girl and I had no right, I
Really wanna make things right, cuz without u in my life girl

Im so lonely (so lonely)
Im mr. Lonely (mr. Lonely)
I have nobody (I have nobody)
To call my own (to call my own) girl

Im so lonely (so lonely)
Im mr. Lonely (mr. Lonely)
I have nobody (I have nobody)
To call my own (to call my own) girl

Been all about the world ain't neva met a girl that can take the things that you been through
Never thought the day would come where you would get up and run and I would be out chasing u
Cuz aint nowhere in the globe id rather be, aint noone in the globe id rather see then the girl of my dreams that made me
Be so happy but now so lonely

So lonely (so lonely)
Im mr. Lonely (mr. Lonely)
I have nobody (I have nobody)
To call my own (to call my own)

Im so lonely (so lonely)
Im mr. Lonely (mr. Lonely)
I have nobody (I have nobody)
To call my own (to call my own) girrll

Never thought that id be alone, I didnt hope you'd be gone this long, I jus want u to call my phone, so stop playing girl and
Come on home (come on home), baby girl I didn't mean to shout, I want me and you to work it out, I never wished Id ever
Hurt my baby, and its drivin me crazy cuz...

Im so lonely (so lonely)
Im mr. Lonely (mr. Lonely)
I have nobody (I have nobody)
To call my own (to call my own)

Im so lonely (so lonely)
Im mr. Lonely (mr. Lonely)
I have nobody (I have nobody)
To call my own (to call my own) girll

Lonely, so lonely
So lonely, (so lonely),
Mr. Lonely, so lonely
So lonely, so lonely, (so lonely), Mr. Lonely

Artist : AKON
Song : LONELY

Download sini.

//Hmm... Aku suka lagu nih!

23.6.05

Aku baru jer sampai umah. Tak sempat nak bukak mangga tetiba enset menyanyi. Tengok kat skrin; KAMPUNG. Oh, takde orang lain laa, dah tentu mak aku yang call. Dah lama aku tak balik kampung. Call pun jarang sekali. Mungkin nak tanya khabar dari aku gamaknya. Biasalah, anak jantan kesayangan. Hek hek hek!

Baru je aku jawab salam, sekali mak aku tanya...

"Mie, kat umah dah ada Astro. Nak tengok wrestling channel berapa ye?"

Alahai... mak aku!

20.6.05

Dah launch design baru blog Elmaaniq. Jemputlah melawat sebelom dia hilangkan sekejap sehingga satu tarikh yang akan diberitahu. Hehe!
17.6 // Dapat panggilan tepon dari Nida, ajak tengok teater kat Istana Budaya. Memandangkan tak buat apa, aku on ajelah. Lupa nak tanya tajuk teater apa, sekali Marupadiyum. Aiseh, dah tengok la dulu. Dah sampai pun. Nak tak nak tengok ajerlah. Tapi tergelak jugak pasal ada sedikit perubahan dalam skrip dan para pelakonnya. Kire oklah. Sedikit sebanyak terhibur jugak.

Selesai layan teater, sesi melantit kat Bangsar pulak. Pertama kali jumpa Muring. Muring-Wien. Peh! Dalam hati, "Oooo... inilah orangnya". Banyak cerita dia nih. Cerita yang korang hanya boleh tau bila berpeluang jumpa dia saja. Heh! Masih teringat kata kata Muring masa syok bersembang...

"Yah, I psycho!"

..............

18.6 // Bizi for a whole day. Sambil ditemani si Ayares, pi opis; keje. [Duhh.. Sabtu pun kena keje!] Lepas tu lepak kat Tasik Permaisuri sambut besday anak buah aku, Fatin. Ada mihun, pizza, etc etc. Hehe. Pukul 5 jumpa bebudak Geju kat Masjid Bandar Tun Razak, konvoi ke majlis pertunangan Petz kat area berdekatan.

Masa salam ngan Petz aku cakap, "Lama tak jumpa beb!". Petz nampak blur. Then aku tanya lagi, "Ah ye, kau kenal ke sapa nih?".

Petz: "Itulah masalahnya. Hahaha!".

Aduh, tak ingat ka? Kita pernah sembang semeja masa Gathering GEJU kat UPM tempoh hari. Aku ingat kau, kau tak ingat aku? Alahai...

Lepak kat majlis Petz sampai lewat petang. Ada mihun, ada kuih muih. Selesai majlis, aku ngan Ayares blah. Ondeway balik umah, singgah kat Danau Kota kejap jumpa beberapa kerat member lama masa kat SMTT dulu. Huyyo... consider it as a small gathering huh?! Bolehlah... Anyway, lama tak jumpa Huda, Mc G, Udin, BD dan Mat Zaki. Lama lepak, dari kedai tom yam hingga ke rumah Huda, sembang tak habis habis. Standard ler, kalau dah lama tak jumpa macam macam cerita keluar. Kan?

Blah dari umah Huda lebih kurang 10.00 malam. Balik gara gara kena soung ngan Rudy. "Woi baliklah. Besday aku malam nih. Umah buat BBQ, tak ingat ker????"

Kat umah kelihatan sanak seudara Rudy. Mak oii, ramainya. Segan aku nak masuk umah sendiri. Kat meja makan ada mihun, tembikai, kek, keropok etc etc. Arrghhh... mihun di mana mana! Aku makan sikit jer. Perut dah kenyang. Seharian makan tak berenti. Just ambik peluang buang masa kat belakang umah bakar apa apa yang patut. Ayam, udang, satey dan hotdog. Kata Rudy, "Sambut besday sekali ngan housewarming party!"

Uhh... kalau housewarming party, sepatutnya aku boleh ajak member member aku sekali. Tapi kerana sambutan besdaynya maka aku tak ajak sapa sapa. Yang datang setakat sedara mara Rudy, member member dan opismate dia saja. Takpelah, nak buat macam mana. Blom rezeki kengkawan aku. Huhuhu~!

Majlis selesai hampir 2 pagi. Sebelom tido aku layan Naruto puas puas. Haha.

Peh, penat!

17.6.05

Semalam lepas layan Naruto kejap kat umah, aku kuar pi umah Najib. Nak jumpa Pian sat. Hantar beg baju yang aku pinjam untuk kursus induksi itu hari. Sekali Pian takde, Najib lak kat kedai makan. Sementara tunggu Pian balik aku join Najib sekali. Oh, Syazili ada sekali makan ngan Najib.

Lama tak jumpa Syazili. Banyak lak perkara yang disembangkan. Aku malas nak cerita panjang. Yang pasti, bercerita pasal awek dah tentu tak pernah miss. Masa nak blah aku sempat tanya Syazili...

"Li, selama pengalaman kau bercinta, pernah tak kau rasa betul betul tak dihargai?"

"Pernah. Dihargai dan tak dihargai. Dua dua aku pernah rasa."

"Apa rasa?"

"Hahaha."

Takde jawapan. Kami sama sama gelak.

"Kau lak macam mana?" Dia tanya aku lak.

"Selalu!"

//Takde apa... saja nak ungkit kisah lama. Hehe!

15.6.05

Takde mood. Sakit hati. Jiwa meracau.

Satu kisah tengah berlangsung. Cerita Hindustan, always happy ending. Cerita aku... always sad starting, so many intermission, could be sad ending.

Ah!

14.6.05

11.6 Sambutan HARI PENULIS WEBLOG SEDUNIA 2005 kat Putrajaya sungguh meriah. Dari aktiviti Treasure Hunt di Taman Warisan Pertanian hingga Sukaneka di Taman Putra Perdana, tiada yang tak best melainkan best best belaka.

Tak menyesal aku ponteng kerja Sabtu tuh. Nasib baik sabtu halfday dan boss jarang masuk. Lagipun Sabtu bukan hari untuk buat keje, tapi hari untuk kosentret pada chatting, dengar mp3, bertenet dan donlod fail. Ahaks!

Untuk laporan lebih, masuk forum nih.

//Huh, aku selalu lambat apdet. Cerita dah basi... T_T

.................

14.6 Anime Crazy! Kat umah berlambak CD kartun Anime. Macam macam cerita. Tak habis layan lagik. Tapi buat masa skang, tiap tiap malam aku tido kul 3.00 pagi gara gara nak khatamkan kartun Naruto 139 episod! Itupun belom tamat lagik. Huarrghh... ngantuknya!

//Antara Byakugan dan Sharingan, mana lagi hebat?

10.6.05

Kursus induksi selama 4 hari 3 malam di PULAPOL betul betul tough. Sampai ke hari ni aku masih sakit dan sengal sengal badan. Walaupun training schedule tak ler pack sangat tapi ketepatan masa teramat dipentingkan. Bila dipikir pikirkan, life dalam tu jauh tak sesuai dengan gaya hidup aku sekarang. Agak agak kalau aku berjaya diterima masuk nanti, mampu ke aku laksanakan tatatertib yang telah ditetapkan? Ye laa... kalau biasa bangun tidur lewat, kat sana 6.00 pagi dah kena siap segala mak nenek. Lewat; denda. Standard! Aku yang jenis suka simpan rambut panjang nih, sanggup ker nak korbankan hasil usaha simpan berkurun lama tuh? Aku yang suka pakai jeans, sanggup ke tinggalkan terus seluar lasak yang tak perlu dibasuh berbulan lamanya tu? Aku yang selalu berjalan dengan machonya [uweekkk! nak muntah! :P] sanggup ke nak berkawad setiap masa? Dan bermacam macam lagi tatatertib yang diwajibkan. Peh... mati aku.

Lupakan dulu yang tu. Walaupun dah berjaya lulus training [yay!] kat kursus induksi tu tak bermakna aku dah konpem dapat, berjaya atau tidak sekarang bergantung pada satu peluang lagi. Interview akan datang di Bukit Aman, face to face dengan pegawai kanan. Lepas yang tu, then baru korang kena start belajar panggil aku TUAN! Ha ha ha!

Well, insyaAllah. Apa yang aku rasa sekarang, aku dah cukup bersedia. Terpulang pada rezeki Tuhan. Andai ada, dapat. Tak ada, usaha lagi. Rezeki Allah, ada di mana mana. Tak begitu kawan?

//NO DAY WITHOUT TRAINING. Ish... gerun aku teringat kat motto diorang nih!

................



Hmm... semalam layan Madagascar ngan Kung Fu Mahjong kat TGV ngan Najib. Dua dua cerita gila nak mamposs nyer lawak! Keluar dari panggung pun masih tak boleh nak tahan gelak. Sapa yang belom tengok, baik pi tengok cepat. Gerenti tak menyesal.

5.6.05

Sebelom kul lima hari ni aku kena laporkan diri ke Pulapol untuk sesi training. So 4 hari aku takkan sentuh internet. My dear friends... wish me good luck. Ok!

2.6.05

MACINTOSH = Most Applications Crash; If Not, The OS Hangs!

............

Baru 2-3 hari aku melepak kat umah baru, aku dah boleh tengok macam macam drama kat depan umah. Tengok pada keadaan persekitaran, aku dah boleh agak kejadian jenayah boleh berlaku bila bila masa saja. Pada siapa siapa saja. Kalau dulu, kes seorang wanita ditembak mati depan Giant Batu Caves. 2-3 minggu lepas pula pasal penemuan 2 mayat Ind*a dalam bonet kereta yang ditinggalkan betul betul depan blok aku. Dekat public phone bawah pokok.

Terbaru, semalam. Aku balik umah lewat pasal melepak kat umah abang aku layan CSI dulu. Kelihatan ramai bebudak Mel*yu berlegar legar di depan laman blok. Mungkin budak budak nak bergaduh kata Rudy. Aku buat derk jer pada mulanya. Tapi memandangkan keinginan nak tahu tu kuat, aku keluar dari umah melepak sebelah kete sambil melayan drama kejar mengejar. Kelihatan bebudak tadi tengah kejar seseorang nun jauh di kawasan umah flat bersebelahan. Yang dikejar, mamat Ind*a rasanya.

Aku suka tengok aksi flying kick. Tapi budak yang buat aksi tu semalam tak cukup terer. Tak padu. Hampeh, kete sapa la menganggu view yang menarik tuh. Nak masuk dekat tak berani. Kang tak pasal pasal muka aku lak kena marked. Rudy pun layan tengok sama. Hehe. Dari jauh kedengaran suara jerit pekik mangsa dan pemangsa. Ditambah dengan pekikan jiran jiran pompuan yang menyaksikan secara live dan dekat menimbulkan lagi rasa thriller. Kami senyum jer...

Drama tamat selepas 15 minit. Bebudak Mel*yu yang ramai ramai tadi bersurai. Ramai jugak lalu depan umah aku. Sorang mamat tu bersuara tanpa ditanya tanya...

"Kasi ajar siket. Ini orang ada raba pompuan!"

Oh yer ker? Gila. Nak belasah orang macam tu sampai bawak senjata. Kayu besbol? Besi? Kayu panjang? Aku terdengar bunyik besi terjatuh sebelah diorang. Aku agak parang. Rudy pun sama. Tak dapat aku nak bayangkan keadaan mamat yang kena lanyak tuh. Dengar dengar dah dihantar ke hospital. Tak sedar diri. Ah lantak ler. Janji tak kacau kami.

Lepas penjahat kalah; hero dah blah; baru ler geng polis sampai. Standard ler. Citer Hindustan. Kat Malaysia pun ada juga. Hehhe!