29.5.05

Hari ni first day duduk umah sewa baru. Penat punggah barang tadi masih terasa. Dicampur ngan sakit badan dan kedua dua belah paha, mak uii... tangkap nangis wa cakap lu. Kalau umah lama kat ground floor takpe jugak. Ini tingkat lima takde lif. Azab sungguh nak pindah umah. Aku dah serik. Kali ni; umah baru ni; aku carik yang ground floor. Segalanya senang. Senang nak angkut barang, senang nak pindah lain kali dan senang juga untuk pencuri pecah masuk.

Oh ya, umah baru aku kat belakang Giant Batu Caves. Sapa sapa nak datang melawat dialu alukan. Jangan lupa singgah Giant dulu beli buah tangan sebarang dua. Tak apa, Giant dekaaattt ajer...

Last word...

Selamat tinggal Ukay Perdana!

28.5.05

Lately aku jarang dan lambat update blog. Bukan tak ada cerita tapi masa dan keadaan tak mengizinkan. Semuanya kerana tak larat punya pasal.

Penat. Letih. Sama tapi tak serupa. Bagi aku penat lebih sesuai untuk menggambarkan keadaan fizikal manakala letih pula untuk mental. Hari ni, aku alaminya dua dua.

Dah 4 hari seluruh badan aku sakit sakit. Dari hujung kulit kepala hinggalah buku lali. Aku sakit kerana jogging. Dah lama tak berlari, boleh dikatakan seluruh urat dah keras dan tegang. Kalau zaman sekolah dulu, merentas desa sejauh 7.5 km tak jadi masalah. Kini, 3 km saja aku dah rasa macam nak keluar muntah kaler pelangi. Menggigil kepala lutut wa cakap lu. Oh, aku bukan buang tebiat. Ni pun gara gara nak kena hadirkan diri untuk sesi temuduga Insp punya pasal la. Sebagai persediaan awal. Err... kumpul stamina. Salah satu ujian yang aku harus hadapi, pusing padang sejauh 2.4 km BERMASA. Kalau kata 3-4 km aku tak kesah tapi bila bermasa, aku rasa aku tak mampu nak berlari seperti yang dikehendaki. Sejauh 2.4 km tapi berapa lama? Ada jugak terdengar orang kata, masa yang diberikan lebih kurang 12-15 minit. Aku cuba maintain larian aku, terasa nak pitam. Sekali sekala aku jalan kaki. Belom sampai 2.4 km, 15 minit dah pun berlalu. Arrghhh... aku tak rasa aku boleh berjaya! Apa pun, aku baru jogging 2 hari. Masih ada 5 hari untuk sebarang persediaan fizikal dan mental. Harap aku boleh. Imie boleh. Malaysia boleh!

Selepas jogging dua hari, aku dah tak boleh bangun pagi. Masuk keje kul 10 kena sound ngan boss. Ayoyo, letih... letih...! Berjalan pun terhincut hincut. Tapi depan awek kena la cover sket sket. Hahaha. Masa nak melintas jalan dekat opis kena berlari pasal kete banyak. Aduila... masa ni la rasa macam nak menangis kat situ gak. Paha ni terasa reput semacam jer... Duh!

25.5.05

Aku baru sedar penyakit yang aku alami selama ni ada nama rupanya. Hilang selera makan, berat badan turun, selalu muntah muntah, perut terasa mual tak kira masa... rupa rupanya dipanggil ANOREXIA NERVOSA. Well, aku belom sampai peringkat BULIMIA. Alhamdulillah!

24.5.05

Hujung minggu ni jadual aktiviti sosial aku jadik pack gile. Dari Jumaat sampai ke Isnin, fully booked. Sabtu si Dol sampai. Lepas habis keje, aku lupa aku buat apa. Jumpa Najib kot?!! Ayoo! Tapi malam tu aku jumpa ramai bebudak GJ & Blogger kat Auditorium Dewan Bandaraya bersebelahan Bangunan Sultan Abdul Samad tuh. Semua datang nak layan teater Bangsawan Jula Juli Bintang 7. Thanks to Nida pasal bagitau aku seminggu lebih awal.
Tapi dekat hari pementasan aku lupa. Nasib baik dia call ingatkan. Tak menyesal layan teater nih, seronok. Kelakar dan terhibur. Standard ler, kalau dah nama bangsawan, tak sah kalau tak ada nyanyi nyanyi dan awek awek cun. Tapi semuanya tak secun Salina. Dia kata lah... Ehehehe!

Lepas layan teater, aku follow diorang melantit kat Syed Bistro, Kelana Jaya. Yaaa... pertama kali jejak kaki ke sini. Berjaya jugak aku akhirnya. Ha ha ha. Dari berbelas umat melepak kat sana, last last tinggal 6 orang aje. Berat nak angkat bontot sampai ke 3 pagi. Duhh! Ngantuk seh.

Sampai umah lewat gak. Sebelom tido layan sembang yang Dol jap. Kul 4 lebih baru terlelap. Peh, sakan!

...............

Ahad, jadual aku dipenuhi dengan jemputan ke kenduri kawen saja. 2 tempat hari nih. Gombak dan Banting. Gombak adalah kenduri belah pihak Zaini manakala Banting tu kenduri Ejai, ex-classmate aku masa kat Teknik Terengganu dulu. Kalau ikutkan masa, keadaan tak mengizinkan aku datang ke dua dua tempat, tapi disebabkan kedua dua nya ada sentimental value untuk aku maka aku berkeras nak datang kesemuanya. Sempat atau tak, belakang kira. Ahaks!

Memandangkan Banting jauh, maka aku ambik keputusan ke sana dulu pasal perjalanan semestinya memakan masa yang lebih. Jauh satu hal, nak carik umah pengantin pun satu hal. 2 jam lebih perjalanan baru berjaya temui rumahnya. Pergh... betul betul area bandar Banting. Di majlisnya aku sempat jumpa Din Jawa dan Hanida, kedua duanya adalah ex-classmate aku serta adik angkat Ejai, Fadhilah. Datang bersama aku, si Dol & D [ikut cara dia taip kat blog dia, hek hek!], Huda, Mc G [wife Huda] serta Nana [adik Huda].

Aku tak boleh tunggu lama pasal nak pergi Gombak lak. Kalau tak, sempat ler jumpa beberapa kerat lagi member member lama. Lebih kurang kul 3 kami blah dari sana. Huda terus balik umah. Lepas turunkan D [??? Hehe.] aku dan Dol terus shoot ke rumah Zaini.

4.30 petang kami sampai, kelihatan Zaini dengan kuyup dan lencunnya tengah tolong kaum kerabat membasuh periuk kat belakang umah. Pengantin kena simbah ngan air basuhan pinggan mangkuk dan sirap. Adat orang Melaka katanya. Aduss... mana peginya gaya pengantin? Aku terlewat rupanya [Lewat lagi. Kat umah abah pun lewat jugak!]. Orang ramai dah takde. Kerusi dan meja dah bukak. Kawan kawan semua dah cabut. Photographer [Sani] pun dah balik. Hidangan dah simpan. Yang ada, pengantin lelaki membasuh periuk dan pengantin perempuan tengah tidur pasal sakit kepala. Sedikit terkilan tetap ada tapi aku tak kisah sangat. Walaupun majlis dah selesai tapi niat asal aku tetap sama, tetap hadirkan diri ke kenduri kawen Zaini sebagai seorang sahabat.

Zaini temankan kami makan bersama sama sedara maranya. Walaupun tak rasa feel kenduri tapi aku tetap suka... Itu semua tak penting. Dapat bersembang cukup lah. Lebih kurang kul 7 baru kami blah. Aku hantar Dol ke LRT Taman Melati dulu kemudian pi umah abang aku. Mandi dan rest.

Penat!

21.5.05

Hari ni rasa bersemangat pula nak tulis entry. Datang opis dah ler lewat. Kul 10 baru masuk, haha. Aku rasa bersemangat memandangkan kejadian semalam yang masih dirasakan fresh lagi dalam kepala otak aku nih. Majlis akad nikah member sekelas aku masa kat UTM, Zaini.

SELAMAT PENGANTIN BARU ZAINI & SHARIFAH NOOR AMALIA. Semoga jodoh berpanjangan hingga ke nafas terakhir.

...............

Semalam aku datang ke majlis diorang yang dibuat di rumah Amalia sendiri bukan sebagai seorang sahabat sepenuhnya. Aku datang sebagai peneman pada Sani selaku photographer berbayar. Sani tu member aku yang direkomenkan pada Zaini. Photographer yang dibooked awal awal tidak dapat melaksanakan tugas kerana terlibat dalam kemalangan jalan raya di saat saat akhir. Tangan patah. Astaga!

Kami sampai awal di rumah Amalia. Majlis yang sepatutnya bermula pukul 8.30 meleret leret ke 9 lebih, sedangkan kami setengah jam berada di sana lebih awal. Kami orang yang berdedikasi, tidak mengimplemenkan janji Melayu seperti biasa. Semalam, kami guna janji Bangla. Ahaks! Majlis bermula selepas Isya' kata tuan umah. Okeylah...

Setelah semuanya dalam keadaan bersiap sedia, maka Tok Kadi memulakan bicara. Bagi sedikit sebanyak nasihat dan tanggungjawab dalam rumahtangga. Sekali sekala dia berjenaka juga. Para hadirin dan sanak saudara ketawa kecil. Aku yang berada di tidak jauh dari Zaini dah mula menguap. Bosan dengan ceramah kecil Tok Kadi. Aku pikir tak payah lah nak cakap panjang panjang. Tok Kadi ni buat aku berdebar debar pulak. Ya, aku rasa debaran aku lebih kuat berbanding Zaini sendiri. Aku tak tau kenapa. Tapi serasa timbul satu perasaan yang cukup kuat dalam hati. Seolah olah aku yang sedang duduk atas kusyen pengantin, bukan Zaini. Sani asyik dengan snap gambar. Sekali sekala Zaini pandang aku sambil senyum senyum. Aku tau apa kau rasa. Rileks... Bila sampai masa Tok Kadi nak akadkan Zaini, Sani toleh kat aku.

"Mie dengar tak?"

"Tak jelas lah."

"Dengar betul betul. Soalan bocor..."

Ha ha ha. Ya, memang aku dengar betul betul pasal aku tau insyaAllah satu hari nanti masa untuk aku akan tiba juga. Apa salahnya belajar dari pengalaman orang lain. Sekurang kurangnya aku dah tau, takdela susah sangat soalan yang Tok Kadi tu tanya. Aku rasa aku boleh. Ya, Imie boleh! Eh, emo lak. Lambat lagi la Mie. Sabar...

Sekali lafaz saja, maka mereka selamat diijabkabulkan sebagai suami isteri yang sah. Tahniah. Acara bergambar di bilik pengantin begitu menceriakan. Macam macam posing dah ambik. Sebelom balik, aku dan Sani makan bersama pengantin dulu. Lebih kurang kul 12 lebih kami beredar. Hantar Zaini balik ke umah dia dulu yang jaraknya lebih kurang 500 meter saja dari umah Amalia. Syukur pada Tuhan kerana dipertemukan jodoh. Itulah kejayan yang besar untuk mereka setelah hampir 10 tahun bercinta.

"Zaini, hari ni aku datang sekadar meneman Sani. InsyaAllah Ahad nanti masa kenduri umah kau, aku datang sebagai seorang sahabat!"

Perjalanan balik ke Ukay Perdana diiringi senyuman seribu makna...

20.5.05

R*zal keluar dari biliknya, meluru ke arah aku. Nak ajak pi solat Jumaat sama sama sebenarnya. Biasalah, hari Jumaat aku akan pakai baju Melayu. Dia senyum senyum perli...

"Wahh, macam ustaz lah kau Mie. Nampak dah hampir hampir tapi tak jadi. Ustaz tak jadi! Ustaz metal!"

Shima mengiyakan saja.

Siol kau Zal!

................

20.05.2005.

Lagi sekali satu hari bertarikh cantik. Aku suka. Well, tahniah untuk kawan sekelas dan sekampus aku masa kat UTM, Zaini kerana berjaya memilih tarikh ni sebagai hari perkahwinannya. Malam ni majlis akad kan? InsyaAllah aku datang...

17.5.05

Sejak akhir akhir ni terlalu banyak plak aku berfikir. Perihal masa depan, peribadi, kewangan, kengkawan, kerja dan family. Aku tak nampak jelas bayangan masa depan aku. Unpredictable.

Semuanya kabur.

Walaupun aku tak mampu nak menilik tapak tangan mahupun tapak kaki dengan tepat, sekurang kurangnya aku perlukan sedikit 'hint'. Satu petunjuk samaada perkara yang aku lakukan sekarang atau akan datang boleh bawa aku ke satu level yang lebih tinggi atau hanya melepak kat level sama tanpa ada apa apa peningkatan.

Kerja. Sampai bila aku nak jadi Despatch Executive? [Ha ha ha!]
Gaji. Tak pernah cukup. Sampai bila aku nak terus ikat perut dan nafsu shopping aku?
Kewangan. Selalu miss soru. Yang tak pernah miss, tu bini besi tuh. WGV. Dia makan dan minum jauh lebih mahal berbanding tuan sendiri. Hampeh!
Sosial. Aku jarang meronggeng sekarang. Save bajet maa...
Peribadi. Sori, sulit!

Dalam masa mengalamun dan mengeluh, tetiba enpon berdering.

"Hello, Encik Zhoulsz ker?" [Ewwah, tipu sunggoh. Takkan ler orang call aku dengan nama zhoulsz!]

"Ya saya. Ada apa?"

"Encik ada buat permohonan Insp. dulu kan?"

"Aah, ye ye! Kenapa?"

"Sila datang ke Bukit Aman, Unit Pengambilan untuk dapatkan surat permohonan temuduga. Jumpa dengan Encik Mohd Najib."

"Oh yer ker? Baik baik. Nanti saya datang."

Syukran. Tak sampai sejam menunggu, satu 'hint' dah muncul. Semoga rezeki aku ada di depan sana. InsyaAllah!

13.5.05

Ish... risau lak aku. Esok last day roadtax kete hidup. Lusa dan hari seterusnya, selagi aku tak renew macam mana aku nak bergerak? 80% masa keje aku habis atas jalan raya saja. Arrrgghhhh!!!

..............

Joke from Celcom.net: There was a power outage at a department store yesterday. 20 people were trapped on the escalators.

8.5.05

Gila seh. Aku bangun tido kul 5.30 petang. Penat travel semalam. Dah terpakai lebih tenaga so nak recover balik tuh yang makan lebih masa. Semalam aku beria ia benar nak hantar 'misi' pulang. Janji kul 5. Sekali ambik kau, lewat setengah jam. Aku nak salahkan cuaca. Ye laa... masa aku bangun tido sekejap nak ke toilet aku tengok keadaan suram so aku agak jam mungkin baru kul 12.00 tengah hari. Then aku sambung tido balik. Mana tau rupa rupanya waktu tu dah pukul 5.00 petang. Aku terlepas satu peluang yang jarang jarang muncul dalam kitaran roda hidup aku. Huhuhu~!

'Misi' sudah pulang. Sedikit sakit sudah terubat, tapi kedatangannya bisa mencambahkan penyakit baru yang lebih parah! Huhuhu~!

7.5.05

Travel jauh hari nih. Dari opis terus ke KL Sentral. 2 jam aku habiskan masa kat situ gara gara menunggu orang jauh. Setengah jam aku tertido kat bangku depan Coffee Bean, setengah jam melepak kat surau [sambil semayang Zuhur lah!], setengah jam lepak kat cafe tingkat paling atas [pekena ice lemon tea, hehe!] dan setengah jam lagi aku tido dalam kete. Kat luar hujan lebat. Damn! Penantian tu satu penyiksaan. Aku rasa nak menangis kerana menunggu terlalu lama. Tapi apa nak buat... aku berjiwa sabar. Dan aku mesti terus bersabar kerana kalau aku tak sabar, sia sia mak ayah aku taruk nama aku yang mana maksudnya YANG SABAR! [Ewah!]

Jam 4.30 petang, dari KL Sentral terus ke Desa Aman 2 Pantai Dalam. Menghadirkan diri ke majlis kawen anak sulung abah, abang Zul. Niat dihati nak jumpa beberapa kerat ex-classmate DDC tapi apa kan daya, masa tak mengizinkan. Masa kami sampai, catering dah balik. Dah takde nasik untuk kami. Khemah tengah cabut. Takde tempat melepak untuk kami. Dan paling buat aku terkilan, semua kengkawan dah balik. Aku tak sempat jumpa Tasya, Fatihah, Zam & Syana, Hadi, Poad dan lain lain. Aku tak sempat nak perkenalkan orang jauh kat Tasya. Sya, minta maaf banyak banyak pasal buat korang semua tertunggu tunggu. Kesilapan teknikal yang tidak disengajakan. U knew it! Lama tak jumpa abah. Maintain gitu... Anak abah yang pompuan dah kawen, dah ada anak pun. 3 bulan. Umo 21 beb. Cayalah!

Dari Pantai Dalam, shoot ke Danau Kota lak pasal nak fetch someone. Itupun hampir sejam menunggu. Then kami sama sama gerak ke Rawang menghadiri satu majlis hari jadi kawan orang jauh. Tak banyak perkara yang dibincangkan, pasal aku tak kenal semua. Sekali sekala mencelah cakap orang tua, buat lawak cerdik... ahahaha. Biasala, that's me huh!

Pukul 9.30 malam dari Rawang, hantar mana yang ada ke KL Sentral semula. Kemudian datang Gombak, tunggu sehingga 11.30 malam untuk ambik kakak ipar aku kat bus stop bawak balik umah dia. Padahal jalan raya ngan umah tak jauh pun, tapi memandangkan abang aku dah minta tolong soh ambikkan... ambik jer la. 11.45 malam, sesi melepak dengan para blogger di restoran Sri Niara area kampung Klang Gate. Hulamak, besar gelas dia. Edisi 'jumbo' kata diorang. Sembang sampai ke pagi. Sampai umah tak terus tido. Layan MS Freecell dulu. Lebih kurang 3 pagi, tau tau dah terbongkang...

Peh, letih seluruh fizikal dan mental.

//Siapa itu abah? Ah, malas ah nak cerita. Panjang lak nanti. Lenkali cerita.

6.5.05

Kete meragam lagi. RM250 aku dah habis hanya untuk bulan ni saja. Minggu lepas power window rosak. Tukar kabel dalam tu terbang RM90. Pastu tukar skirt belah kanan yang pecah, RM30. Kalau sepasang RM48 jer. Sebelah jauh lebih mahal. Cis, cekik darah nyer orang. Balik dari Pangkor, kete aku ada bunyik yang tak menyenangkan dalam bahagian angin/throttle. Minyak jadik cepat habis, dan bunyik enjin 'mengaum' pelik sket berbanding biasa. Check nyer check, ada something yang seciput je dalam tuh patah riuk. Terbang RM130 termasuk upah. Arrrghhhhhhhh... tensionnya!

Meggi... Meggi... di mana kau Meggi?

...............

Harga petrol naik lagi. Duhh... letih dah dok pikir pasal kete, tambah lagi masalah harga naik lak. Aku tak percaya harga petrol tak akan naik lagi. Sampai satu masa nanti, kerajaan akan mengeluarkan kenyataan, "Kami tidak akan menanggung subsidi lagi. Korang nak beli petrol, korang belilah sendiri."

Masa tu kita akan lihat setiap stesen pam petrol akan menjual minyak dengan harga yang berlainan walaupun stesen pam tu hanya sebelah menyebelah saja. Mungkin stesen ni jual 1 liter RM2 kedai sebelah RM3.50. It could be. Trust me!

...............

Festival Muzik 2005 kat Istana budaya. Aku pegi malam ke-2. Nasib baik Nida ingatkan aku. Kalau tak melepas satu show yang terbest di bulan nih. Walaupun festival kat IB berlangsung seminggu, aku tak rasa dapat hadir kesemuanya. Bizi minggu nih beb. 'Misi' datang dari jauh. Har har har! [Gelak gumbira sakan.]

Aku tengah sakit nih. 'Misi' datang untuk merawat. Yay!

5.5.05

05.05.05

Aku suka tarikh hari ni. Unik!

Awaiting for 06.06.06 [666???]. There're should be my historical day hopefully.

..................

Oh ya, aku baru upload gambar gambar masa kat Pangkor itu hari. Klik fotopages aku.

3.5.05

SELAMAT PENGANTIN BARU Pak Bear dan Dr. Najah.

Maaf tak dapat datang. Nah report tunjuk sebab kenapa tak datang kenduri. Aku rasa aku ada kirim something kat kau. Dapat tak? Kirim apa? Errr... kirim salam! Ha ha ha!

.................

Sabtu :: 30 April 2005

3.00 petang :: Berkumpul kat LRT Setiawangsa. Kalau nak ikutkan arahan, kami sepatutnya berkumpul pukul 2 petang lagi. Memandangkan semua Melayu, so standardlah... Ha ha ha!
4.30 petang :: 4 buah kereta. Kete aku ditumpang-kasih oleh awek kiut dua orang. Bahie dan Nana. Hmm... Pandai betul Sani bahagi orang. Ada awek 2 orang teman aku sepanjang perjalanan, ilang rasa ngantuk. Ha ha ha. Well, kami gerak ke Lumut melalui 'jalan belakang' - Sg. Besar. Gara gara nak jimatkan kos le ni. Takde tol.
6.45 petang :: Singgah umah As area Sekinchan - awek Sani. Singgah bukan setakat nak fetch As saja. Kami sempat menggunakan masa yang terbuang dengan mengisi perut makan mihun goreng alakadar alacarte, solat Asar, jama' Maghrib dan Isya serta meregangkan urat urat yang tersimpul [Main buaian, ahaks!].
8.30 malam :: Teruskan perjalanan. Perjalanan masih jauh... Akmam tinggal kete dia kat umah As. Kami konvoi 3 kete saja pasal kete kete lain banyak seat kosong. Pertambahan sorang lagi awek dalam kete aku. Aku lupa lak sapa nama dia. Huhuhu~!
11.30 malam :: Lama gila perjalanan baru sampai Lumut. Mungkin pasal cuti Hari Pekerja, tu yang jalan jam tak hengat kott. Payah betul nak parking. Banyak tempat parking dah full. Tunggu sikit punya lama baru dapat. Itupun tepi jalan. Belah malam feri dah tak beroperasi. Kami bermalam di Hotel Putra, betul betul depan jeti. Sewa 6 bilik. 3 lelaki 3 pompuan. Aku sebilik ngan Akmam. Lepas mandi aku ajak Akmam jalan jalan carik makan. Tengah tengah malam kat Lumut ni apa sangat yang ada. 2 biji restoran nasi kandar je. Nak makan kena ada awek temankan baru seronok. Kami ajak Nana dan Bahie join sama. Lepas makan, acara melepak kat dataran mengadap laut. Oh, lama sunggoh aku tak datang Lumut. Banyak perubahan berlaku. Nampak lebih maju berbanding dulu. Keadaan lebih tersusun kot. Yang pasti, dataran tuh cantik. Amat sesuai untuk mereka yang nak memadu kasih asmara, cewahh! Dalam masa tuh Achik, Fit dan member dia, Eddi baru sampai. Ntah kul bape bertolak dari KL.
2.00 pagi :: Apa lagi, tido la. Tak ngantuk ker???

Ahad :: 1 Mei 2005

11.00 tengah hari :: Kami check out awal. Sepatutnya kul 12 tengah hari masih boleh. Kami nak cepat untuk kejar feri. Sampai lambat ke pulau kan rugi masa lak. Tak sabar nak main air beb, heh!
1.00 petang :: Baru dapat naik feri. Kambeng betol. Sikit punya lama tunggu.
2.00 petang :: Yeah. Sampai jua kami akhirnya ke Teluk Nipah. Dah lama tak datang sini. Last time sampai masa praktikal fotografi KFUTMKL hampir 3 tahun lepas. Banyak perubahan berlaku. Setibanya di sini, kami terus menuju ke chalet Sunset View. 6 bilik dah di booking awal awal sebulan awal. RM95 sebilik. Pemilik chalet ni namanya abang Din. Well aku sebilik ngan Akmam lagi sekali.
3.30 petang :: Selepas selesai mengisi perut, kami ambik peluang berjalan jalan sekitar kedai kedai barangan cenderamata dan pakaian. Sementara menunggu bebudak yang lain bersiap sempat juga aku bersembang ngan abang Din tentang pengalaman dia sebagai pemilik chalet dan water sport. Seronok dan penuh cabaran kisah hidupnya. Dari seorang bekerja kilang selama 15 tahun, kemudian menjadi pemilik untuk bisnes perhotelan sendiri. Peh. Kagum... kagum... Dalam masa yang sama aku malu kat abang Din. Bila bebudak buat 'taik' melibatkan masa sendiri dan orang lain... Sejam lebih abang Din menunggu yang lain lain untuk aktiviti snorkling dan masa terbuang begitu saja. Malu... malu...
4.45 petang :: Snorklingggggggg yay! Dengan 2 kali trip mengangkut kumpulan kami seramai 16 orang [sorang dah balik awal semalam lagik], maka sampaila kami di satu pulau kecik tidak jauh dari Teluk Nipah. Pulau apa nama aku pun lupa nak tanya. Yang pasti pulau kecik tuh dikelilingi oleh banyak jenis ikan dan batu karang hidup. Cantik. Kalau kami datang ke sini pada bulan 7 atau 8 kemungkinan kami dapat ke pulau kecik tu hanya dengan berjalan kaki saja. Waktu tu waktu air surut.

Well, best gile snorkling nih. Sebelom kami turun dalam air, abang Din memberikan sedikit tunjuk ajar dengan memilih Akmam dan Nana sebagai model. Hehehe. Sebenarnya snorkling tak de ler susah pun. Simple jer. Cuma nak kena biasakan diri jer. Kali selama ni kita bernafas melalui hidung, untuk snorkling kita bernafas pakai mulut. Make sure air laut tak masuk dalam hidung dan mulut. Tobat aku serik. Aku muntah siotttt gara gara air masuk dalam mulut. Yuck, payau!

Selesai sedikit tunjuk ajar abang Din, aku terus terjun dalam air. Malas nak buang masa. Bagi mereka yang tak reti berenang memang slow sket la. Nak turun dalam air pun terhegeh hegeh. Padahal dah dipakaikan life jacket. Aku pada mulanya pakai jugak. Asyik snorkling saja, setakat nampak keadaan dalam air dari sudut atas saja. Tak puas hati. Aku nak menyelam. Tapi susah pasal life jacket. Last last aku bukak life jacket dan ikat kat tangan pastu menyelam sesedap rasa. Peerrghhhhhhhh... lawa siotttt. Ikan kalerful, batu karang meliuk liuk. Lintah Laut a.k.a Timun Laut bersepah. Geli aku. Paling best bila aku hulurkan sedikit roti kat ikan ikan tuh, terus diorang makan kat tangan aku. Kadang kadang terasa gak ikan gigit jari aku. Sakit jugak. Hehe.

Seingat aku yang menyelam sampai dasar hanya aku, abang Din dan anaknya yang baru tingkatan 2. Bebudak lain, takut. Hmm... memang nak kena hantar diorang pi KLD nih. Belajar water confident ngan Kak G dan Pak Let. Pastu baru boleh pi pulau semula. Seperti kata abang Din, selama pengalaman dia jadi tukang tunjuk ajar nih boleh dikatakan dalam 30 orang, hanya 8 orang saja yang berkemungkinan pandai berenang. Duhh... sikit banget. Harap aku tak tergolong dalam kalangan tuh. Bila dengan selamba aku snorkling tanpa life jacket, diorang tanya aku, "Pandai berenang ke?" Aku tak kata aku pandai tapi kalau campak aku dalam air sedalam 30 meter pun insyaAllah aku tak lemas. Orang lemas ni bukan masalah tak pandai berenang, tapi tak pandai nak apungkan badan dalam air. Itu saja. Melainkan terlalu penat atau kaki tangan dah cramp.
7.00 petang :: Balik chalet semula. Penat siot main air nih. Banyak pakai tenaga. Tapi aku tak kesah pasal aku jarang bersenam. Kata abang Din juga, berenang lebih baik daripada jogging. Kerana dengan berenang boleh dikatakan our whole body bergerak waima kulit kepala sekalipun. Berenang is the best exercise activity katanya. Ye la kot... Apa pun, untuk snorkling terbang RM10 hengget. Ahaks!

Isnin :: 2 Mei 2005

9.30 pagi :: Biasanya hari minggu aku jarang bangun tido awal. Disebabkan aku sekarang bukan di rumah, aku di pulau so aku kena guna masa yang ada sebaik mungkin. Jangan membazir masa (Oh, tau lak terlebih tido itu membazir masa, hehe!). Akmam dah kejutkan aku ajak join Zaili ngan Raihan pi breakfast. Teringin nak tengok suasana pagi di kawasan situ. Aku tak keberatan berkorban waktu tido. Dengan tak mandi pagi dan tak gosok gigi, kami melantak nasik lemak dan teh tarik. Hmm... Rasa sama je nasik lemak pulau ngan nasik lemak tanah besar. Apa bezanya?
11.00 pagi :: Main air untuk kali terakhir sebelom blah balik KL. Mandi dan menyelam tepi pantai, sambil usha sekawan ikan bilis berenang renang sebalik betis kami. Pehh... seronokkkk. Nak menyelam sambil bukak mata tak boleh, mata jadik pedih pasal air tu kan masin. Nasib baik aku sempat beli google murah murah. RM4 je satu. Bolehlah... setakat nak main tepi pantai. Bukan nak scuba pun. Well, istana pasir yang kami dirikan hampeh. Tak nampak rupa istana pun. Rupa penjara tinggal ada ler.
12.00 tengahari :: Check out. Lepak depan ruang tamu chalet sambil bergambar kenang kenangan bersama pemilik chalet, abang Din. Sporting orangnya, tapi tegas dalam lawak.
2.30 petang :: Naik feri balik ke Lumut. Sebelom tu sementara menunggu feri sampai, sempat jenjalan follow bebudak tu shopping. Beli ikan kering, ikan bilis, sotong kering, sotong masin, makanan ringan hasil laut, itu ini itu ini... aku apa pun tak beli. Tumpang makan orang punya jer. Hahaha. Sorilah, aku tak minat shopping benda benda macam tuh. Aku nak beli something gak, tapi tunggu sampai jeti kat Lumut dulu.
4.30 petang :: Bertolak pulang ke KL. Masih guna jalan yang sama, melalui 'jalan belakang'. Kena hantar As, kena ambik kete Akmam, kena jimat duit tak payah bayar tol...
11.30 malam :: Sampai KL lewat jugak. Macam ni lah kalau berkonvoi. Masa yang sepatutnya 3 jam boleh jadi double atau triple. Jalan jem, banyak kali berenti, berenti lama lama, sesat, tersilap jalan dan macam macam karenah lagi. Biasalah tuu...
1.00 pagi :: Selamat sampai ke Ukay Perdana. Fuhh... penat. Rilek dulu. Tengah mengah lagi nih, heh.

Seronok bercuti. Apa aku dapat? Macam macam tapi yang paling tak best, kete rosak bila sampai umah! Hampeh!