Ah, teruklah aku bulan nih! Bajet lari siottt! Ni semua gara gara servis kete nyer pasal. Baru tukar timing belt ngan servis cam biasa kos dekat dekat 300 hengget? Peh... aku ingatkan lebih kurang seratus setengah jer. Kambeng betol laa. Mana tau upah saja dah dekat 70 hengget, campur bearing itu ini... terus kos berganda dua kali. Arrgghhh! Poketku kosong. Abuk pun tarak. Nasib baik kete dah 'in very good condition' sekarang. Bolehlah bertahan sedikit masa. Berapa lama? Hmm... sebulan setengah barangkali. Hehe!
....................
Balik dari keje aku aku tak buat apa apa melainkan pi servis kete. Sementara kete siap dibikin kasik power, aku melepak kat umah abang aku kat Gombak. Pian yang hantar aku ke umah abang aku nih. Kesian dia, gara gara hantar aku dia terlewat masuk keje. Hehehe. Takpe, mana boleh pekerja marah supervisor. Tak nak kerja lama buat le kalau berani. Pian senyum jer... Well, bila aku sampai Gombak, takde orang lak. Mana pegi ntah semua. Ah, malas nak ambik tau. Aku dalam dilema, samaada nak main internet atau nak layan Astro. Aku kan baru balik keje, dah berpinar mata mengadap monitor. Aku ambik keputusan layan Astro. 2 jenis channel je aku layan kat Astro nih. Movie ngan rencana. Maknanya, channel 40, 41, 42, 50, 51 dan 52 je la. Hehehe.
Apa yang aku nak ceritakan sebenarnya pasal satu rancangan kat Discovery Channel yang sempat aku layan sampai habis. BODY SNATCHERS Pt1. Apa kau ingat snatcher ni besi angkat berat ker? Bukanlah. Body Snatchers ni kurang lebih kita panggil parasit dalam badan. Tak kira la dalam binatang atau badan manusia. Pergh... ngeri aku bila teringat balik pasal rancangan tuh!
Bila dah tengok rancangan ni (walaupun baru pt.1) baru aku sedar terlalu banyak benda hidup yang menumpang dalam badan kita. Dan benda ni boleh membiak samaada melalui pemindahan antara satu medium ke satu medium atau melalui penetasan telur dalam badan itu sendiri. Selama ni aku tau dalam perut kita ada cacing. Itu saja. Sekali bukan setakat cacing malah kutu, lintah (yucks!), ulat, bakteria (standard le nih), ikan parasit (macam tak caya jer...), dinasor, raksasa gorgon, setan, bla... bla... bla... Okeh, itu dah merapu namanya. Hehe. Oh ya, cacing pun bukan satu jenis jer. Beratus ratus wa cakap lu.
Kebanyakan makhluk parasit ni boleh menyelit kat mana mana di badan kita suka sukati diorang jer. Untuk pt.1 ni aku sempat tengok ulat dalam kepala, lintah dalam hidung, cacing pita dalam usus, cacing kerawit juga dalam perut, ulat di permukaan kulit, bakteria kat celah gigi, kutu atas kepala, telur telur dicelah daging dan yang paling mengejutkan, cacing pita terselit dicelah celah otak manusia. Arrrghhhh... gilanyaaaaaaa!!! Tak dapat bayangkan untuk pt.2 kat mana lak diorang nak tunjukkan. Aku tak sabar nak tengok tapi aku tak tau plak bila tarikh dan masa tayangannya. Hampeh.
Aku menonton dengan penuh minat. Tapi dalam hati Tuhan saja tahu aku rasa tak senang duduk. Aku ada rasa geli, cuak, takut dan ada juga rasa seram. Habis je tayangan aku terus pi mandi. Mintak mintak apa yang ada kat permukaan kulit aku jatuh kena simbah air macam dilanda tsunami. Kasi clear semua. Hek hek!
//Urrhhh... berdiri semacam je bulu roma aku. Ada ulat ke???