31.3.05

Pepagi masuk opis aku terus layan Metallica...

Mama, she has taught me well
Told me when I was young
"Son, your life's an open book
Don't close it 'fore its done"
"The brightest flame burns quickest"
That's what I heard her say
A son's heart sowed to mother
But I must find my way

Let my heart go
Let your son grow
Mama, let my heart go
Let this heart be still
Yeah, still

Rebel, mind your last name
Wild blood in my veins
They bring strings around my neck
The mark that still remains
Left home at an early age
Of what I heard was wrong
I never asked forgiveness
But what is said is done

Let my heart go
Let your son grow
Mama, let my heart go
Let this heart be still

Never I ask of you
But never I gave
But you gave me your emptiness that I'll take to my grave
Never I ask of you
But never I gave
But you gave me your emptiness that I'll take to my grave
So let this heart be still

Mama, now I'm coming home
I'm not all you wished of me
A mother's love for her son
Spoken, help me be
I took your love for granted
Not a thing you said to me
I needed your arms to welcome me
But, a cold stone's all I see

Let my heart go
Let your son grow
Mama, let my heart go
Let this heart be still

Let my heart go
Mama, let my heart go
You never let my heart go
So let this heart be still

Never I ask of you
But never I gave
But you gave me your emptiness that I'll take to my grave
Never I ask of you
But never I gave
But you gave me your emptiness that I'll take to my grave
Let this heart be still.


[Metallica - Mama Said]

Tu lah... lenkali dengar cakap mak. Huh!

//Hampeh. Selepas menjiwai lirik lagu ni air mata hampir hampir bergenang lak. Tetiba datang berfikir, apa aku dah laksanakan tugas aku sebagai seorang anak lelaki yang soleh?

30.3.05

Dulu... ada orang tu kata, *dia, kalau nak keluar ngan mana mana lelaki mesti ada teman yang lain. Takkan berdua. Semalam aku berjaya keluar berdua duaan ngan dia. Bonusnya, kami dating di tempat gelap lagik. Haha. Oh tidak, kami tidak buat apa apa. Di tempat gelap itu bukan kami berdua saja. Ada ramai lagik, siap 'parking' lebih awal dari kami.

Nasib baik kami lewat 5 minit saja. Best jugak cerita Lemony's Snicket A Series Of Unfortunate Events. Lawak. Aku memang minat ngan Jim Carrey. Gaya dia tak macam orang lain. I mean, not as a typical guy such in others English movie. Kadang kadang aku terpengaruh gak ngan gaya dan lawak dia. Hek! Hek! Jim Carrey ni... jadik baik boleh, jadik jahat pun boleh jugak!

In target: Robots & Hitch.

*Kau tau kau sapa. ;p

29.3.05

Penat sioottt, baru balik keje nih. Peh, rajin sunggoh aku bekerja! Puji untuk diri sendiri. Hehhee.. Minggu ni aku jadik terlalu sibuk ngan keje sampaikan nak korek idung pun tak sempat?!! Aiya!

27.3.05

Bila teringat kejadian semalam, aku tergelak sendirian. Perkara yang tak pernah dipikirkan berlaku tanpa disangka sangka. Bermula dengan jemputan sebagai tetamu sahaja, takde warning apa apa tetiba aku bertukar jadik bidan terjun. Oh, tak sangka rupa rupanya aku ada bakat jadik pengapit pengantin. Dalam satu majlis yang penuh protokol lak tuh. Har har har!

Menggigil kepala lutut wa cakap lu. Berdiri atas stage sebelah pengantin, diiringi 4 gadis cun melecun dan 5 penari... aku rasa sunggoh bersemangat. Cuma dalam hati kecut gak pasal keseluruhan tetamu yang hadir adalah dari kalangan VVIP. Dato', Datin, Dato' Seri, Puan Seri, Tan Sri, Tun dan segala pangkat mak nenek ada. Gile sehh. Bayangkan berada di awal majlis sehingga habis aturcara, aku masih steady ngan baju Melayu bersampin dan bersongkok. Sapa tau, aku sebenarnya tak mandi lagi. Ahahahaha! Err... bukannya orang perasan.

Apa pun aku cukup puas hati. Really thankful to my fren and his beloved wife. Menjemput aku menghadiri satu majlis yang begitu grand. Salute ya all. That's what we call WEDDING OF THE YEAR!

//Af, bila nak ronda ronda kekenal jalan sekitar KL? Orang tu tengah tunggu nak jadi tour guide, tak sabar sabar... hehe!

.....................

Aisehmen... aku lupa Diablog buat kul 10.00 pagi. Mati mati aku ingat buat belah petang, tu yang best je bangun tido kul 3 petang. Sori la ye pada semua yang hadir. Aku gagal hadir sebagai penambah bilangan tetamu. Huhuhu~! Nasib baik Pak Bear bagitau diorang ada sesi membowlingkan diri kat Hotel Flamingo. Sempat gak aku muncul tunjuk muka. Terngiang ngiang kata kata Mat Jan,

"Ooo... bangun lewat. Ingatkan boikot!"

Oh tidak. Aku tak sekejam itu. Ehehehe.

//Thanks Pak Bear pasal belanja nasi ayam Linda Onn. Nanti aku belanja kau balik. Hehe.

25.3.05

Dah seminggu aku bekerja ngan bos baru. I mean, my new superior. En R*zal. Aku tulis Encik dalam ni. Hahaha. Kat luar, kami cakap selamba aku kau jer. Nak buat macam mana, dah kenal dia sebelom jadik bos lagi. Payah betul kalau bos pun dari kalangan member member, kan? Hehehe.

Aku nampak tak banyak perbezaan antara dia ngan bos lama. Sporting, ngam, kepala gila gila jugak, ada minat yang sama [Jiwa muda - kami saja yg tahu, har har har!] semua lengkap. Cuma satu jer, pasal kompeni dia open. Apa apa problem takde nak cover apa apa dari pengetahuan big bos. Semua dia cerita. Baguslah macam tuh. Ayat aku senang jer. U cover my S, I'll cover your S too. ;p

//How far your friendship was, just remember one thing. Business is business!

.....................

Ubat yang doktor pakar tu kasi kat aku power giler babas! Seminggu pakai habis gugur kulit muka. Nasib baik dengan muka muka aku sekali tak gugur. Kalau tak, teruk la aku. Macam mana aku nak jumpa 'misi' aku lepas ni? Hahaha. Err...

[Metallica - The Memory Remains]

24.3.05

Seronok siottt jadi tukang interview orang nih. Hahaha. Tengok muka bebudak tuh cuak semacam jer. Kesian ada, lawak pun ada. Tak. Aku bukan interview staf baru untuk opis aku nih. Aku hanya interview budak budak yang nak buat practical training saja. 6 orang. Semuanya dari ITTAR Pekeliling tuh. 3 lelaki dan 3 pompuan.

Proses menemuduga bebudak tu mengingatkan balik memori lama aku nak apply keje kat 2-3 tempat termasuk opis skang nih. Aku pernah rasa apa yang bebudak tu tengah rasa. Gementar, takut, kecut perut... semua ada. Err... diorang ni kecut tak bertempat ler. Baru nak mintak buat LI (Latihan Industri) je, belom mintak keje sebenar lagi. Ish... macam macam!

Kenapa nak LI pun kena ada interview? Sepatutnya tak payah. Aku dulu masa praktikal kat Bernama pun takde lalui proses tapis menapis nih. Hantar surat application kat diorang, then diorang reply kata terima. Bagi tarikh sekian sekian... masa sekian sekian... pastu setel. Senang. Kata bos aku, "Saja je Mie. Kita nak tengok personaliti orang tu dulu".

Yeah, betul. Aku memang nak tengok personaliti diorang dulu. Bukan nak pilih yang cun cun ke atau hensem hensem apa... cuma nak pilih mereka yang sanggup buat keje keje teknikal saja. Mereka yang diterima nanti akan dok bawah aku. Buku repot diorang aku yang conteng sign nanti. Peh, aku dah tak sabar nak rasa jadik bos nih. Huargh huargh huargh! Kalau tak buat interview, main terima jer... nanti kang yang masuk jenis lembik lemah longlai lembut gemalai, letih la aku. Suruh buat ini tak boleh, itu tak larat, cepat tension... bla... bla... bla...

Well, kita tengok minggu depan lak student dari U atau kolej mana lak nak datang interview. Kalau ada awek yang super cun datang aku tak banyak cakap dah. Terima jer. Err... buat penyeri opis. Boleh?

//Kesian kat bebudak tu semua. Susah nak dapat tempat LI zaman sekarang, kata diorang. Hmm... LI dah susah, keje lagi laa dik...

[Metalica - Wasting My Hate]

23.3.05

Hingga hari ni aku masih rasa terkilan kat diri sendiri pasal tak hantar mak ngan ayah aku naik train Jumaat lepas. Terkilan pasal tak sempat nak cium tangan mak ayah. Bukan aku tak nak pi KL Sentral sekali, tapi pasal aku dah tau tak sempat.

Abang aku turunkan diorang dekat pintu utama then terus pi carik parking. Lepas tu baru carik diorang semula. Sesampai kat depan escalator, semua dah turun ke platform berlepas. Sedangkan abang aku yang hantar ke sana pun tak sempat kata apa. Aku yg kat belakang belakang sah sah tak sempat.

Aku nak salahkan pihak KTMB pasal percepatkan masa perjalanan dari 7 malam ke 6 petang. Kalau maintain ngan schedule lama apa masalahnya? Perubahan masa ni menyebabkan kitorang terkejar kejar nak ke stesen. Lebih lebih pada mereka yang bekerja. Macam aku. Appa daaa...!

Apa perasaan mak ayah aku masa tu ye??? Nantilah... malam karang aku nak call diorang. Ish! Ish!

.....................

Aku biasa masuk forum Mesra.Net. Walaupun bagi aku Mesra.net tak semesra GJ, tapi aku masih masuk juga. Banyak juga topik perbincangan yang menarik perhatian aku. Lebih lebih lagi pasal cintan cintun. Gila nyer banyak topik yang tak dibincangkan dalam forum GJ. Teringat kat memember aku yang ada problem atau nak tambah ilmu dan pengalaman dalam hal macam ni, so aku taruk link kat sini. Sesapa yang rajin tu, sila sila lah jenguk. Mana tahu kalian dapat apa yang kalian carik.

http://www.mesra.net/forum/

//U know who U are!

22.3.05

My fren...

Please don't beg for love. Worst to worst, ia tetap akan muncul juga dalam hidup kalian. Masa saja menentukan [lain ler kalau kat Luh Mahfuz sudah tertulis korang takkan kawen sampai mati].

Kenapa susah sangat nak hidup tanpa berharap?

[Sheila On 7 - Berhenti Berharap]

17.3.05

Sekarang kecoh kat TV dan paper pasal sosej yang dicampur ngan usus babi dan kesalahan menggunakan tanda logo HALAL yang tidak halal. Risau jugak aku, kot kot ada beberapa makanan yang pernah aku makan termasuk dalam senarai tak halal tuh. Pasal sosej nih, aku tak bimbang sangat pasal seingat aku... seumor hidup aku nih, aku pernah makan sosej tak lebih dari lima bijik jer. Semuanya aku makan masa zaman muda muda dulu. Yang aku bimbang banyak... aku suka makan burger. Daging burger juga tak terlepas dari masalah berkaitan daging babi nih.

Teringat aku pengalaman masa travel sekitar Gold Coast, Australia awal tahun 2003 dulu. Time nak makan apa apa, jiwa jadik kacau. Takut termakan makanan yang tak halal tu ler. Takut ada daging babi laa... takut daging ayam dan lembu yang tak sembelih cara Islam laa... takut makanan digoreng pakai minyak yang tak halal laa... macam macam lah! Tapi disebabkan lapar nyer pasal boss aku senang aje cakap,

"Mie, tak payah pening pening kepala. Buat macam I nih senang. Baca Bismillah jer pastu ngap. Consider halal!"

Siyol. Sukati dia jer.

Ish! Risau aku... risau...

16.3.05

Dia doktor pakar di unit Dermatology. Apa dermatology tuh? Sakit kulit lah. Masa periksa aku pun, siap ada beberapa student tengah tumpukan perhatian. Student bakal bakal doktor jugak. Dia muda lagi, tapi nampak gayanya macam banyak pengalaman.

Aku pikir doktor pakar tentulah hebat. Dia tau apa ketereran dia. Tapi bila aku tengok dia, keyakinan aku berkurang. Boleh ker ilang jerawat aku nih? Doktor pakar sendiri pun ada jerawat!!!

Arrghhh... Tension! Tension!

15.3.05

15 hari menunggu hari dengan sabar dan 1 jam setengah mencari parking hanya semata mata nak jumpa tuan doktor selama 5 minit. Tapi tak dapat. Bukan salah aku. Memang aku sampai tepat pada waktunya, tapi pihak tuan doktor tak menyediakan perkhidmatan parking dengan baik. Pukul 11.00 dah jadi 12.30? Kau tau apa aku rasa? Aku terasa nak mengalir air mata. Bukan airmata sedih, tapi marah dan benci. Nasib baik dinding kaca dan pintu lif tebal. Kalau tak dah tentu kopak. Aku terajang sesedap hati walaupun takde sapa yang nampak. Astaghfirullah...

Aku terbakar bila dengar ayat, "Paling cepat pun seminggu lagi baru ada kosong!". Akak jaga kaunter tuh mungkin perasan perubahan air muka aku dari senyum manis kepada jegil bijik mata. Kerana itu kata katanya berubah tanpa disuruh suruh...

"Awak datang besoklah ye. Belah pagi. Kul 7.30 boleh?"

Tau pun takut. Tadi kata seminggu lagi baru ada kosong. Grrr...!!!

Karenah birokrasi. Oh HKL!

14.3.05

Cuti sekolah dah bermula. Seronokkan jadi murid sekolah. Boleh cuti sakan. Boleh mandi sungai atau parit, boleh lastik burung, boleh main polis sentri, galah panjang, lompat tali, berkubang dan sebagainya. Paling best... kurang masalah!

Aku kata kurang pasal murid skolah juga ada masalah. Takde duit nak beli aiskrim itu masalah lah!

//Aku rindu zaman skolah aku dulu.

.................

Ahad, semalam aku turun Taiping. Kamunting lebih tepat. Balik hari. Bersaing ngan Mai dan Shima, menghadiri majlis kenduri kawen opismate aku [ex-opismate bagi Mai] tapi branch Sungai Petani, Joe. 7 tahun bercinta [Jarak dekat ada, jarak jauh pun ada. Pah, how come?]. At last...

SELAMAT BERKAHWIN. SEMOGA JODOH KEKAL HINGGA KE MATI.

7.30 malam sampai Gombak.

//Kawen jugak kau ye Joe? Habislah, lepas ni banyak ler kapir kena bunuh! Har har har!

.................

Parents aku sampai KL pagi semalam. Aku tak sempat jumpa pun lagik. Lepas balik dari Taiping tuh ingat nak jumpa. Penat tak ilang lagi. Aku ingat ramai kat umah abang aku, Gombak tuh. Sekali takde orang lak. Rupa rupanya semua belom balik dari melawat anak buah aku yang baru lahir tuh. Aku tinggalkan kamera ngan nasik yang Joe tapaukan untuk aku tu kat sana. Lepas mandi kat sana terus pi ambik Najib ngan Pian then shoot ke MTC. Joommmmmmm, kita tengok teater SALINA!

Aku suka cerita nih. Banyak pengajaran untuk difikirkan. Masalah kesempitan hidup warga kampung Kambeng banyak mengheret mereka ke lembah kemaksiatan. Duh... kenapa nama kampungnya Kambeng?!! Aku perhatikan setiap orang yang terlibat dalam pementasan tuh. Pastu aku pandang Najib. "Hmm... permandangan indah indah!" kata Najib. Aku setuju. Aku sendiri rambang mata. Har har har! Kalau dapat join jadik krew belakang tabir pun cukuplah. Paling kurang pun dapat berkenalan ngan 'permandangan yang indah' tuh. Kan Nuar kan?

Well, pementasan SALINA ni mengingatkan aku pada LORONG NERAKA dan MALAM JAHANAM. Banyak babak asyik pompuan cun jer kena belasah. Kesian kan? Setiap kali yang kena belasah mesti yang cun cun je. Tak adil betol. Seperti pendapat yang lain, aku juga nampak watak Nahidah lebih menonjol. Kalau kurangkan sedikit babak watak Nahidah mungkin lebih menepati tajuk sebenar. Aku suka tengok lakonan mamat mamat yang selalu main daun ngan mahjong tu. Dialog diorang cam suka sukati jer. Lebih lebih mamat yang kurus kering tu. Sekali tengok macam Aziz Satar zaman muda. Heh!

Tengok pada reaksi penonton, cerita SALINA agak berjaya. Tapi memandangkan diorang buat pementasan tu untuk course study diorang dan untuk pemarkahan... kalau aku lecturer mungkin aku bagi A- jer. Tak boleh 4.0. Biasala... sedikit kecacatan tetap ada. A- ok apa. A jugak kan?

//Sehari dua ni famous la plak perkataan SALINA. Sal, kau toksah kembang la. Bukan cerita pasal kau pun. Hek! Hek!

11.3.05

Ada orang bercinta bagai nak rak. Kononnya cinta itu cinta yang tulus ikhlas, saling mempercayai. Ungkapan rindu, sayang dan taat setia tak pernah lekang dari kata kata. Tapi bila ditanya mengenai jodoh, si perempuan berkata,

"Saya tak kisah siapa yang masuk mintak dulu. Selagi mak ngan ayah suka dan setuju, saya ikut saja!"

Damn! I really really hate this fu*king statement!

Kalau macam tu keputusannya, baik tak yah bercinta. Buang karan saja.

................

Perasaan cinta yang paling tulus hadir dari hati yang sedang menyesali kesilapan nan lalu.

10.3.05

Semalam jumpa beberapa kerat budak ex-KFUTMKL. Kami adakan sesi discussion pasal jalan jalan carik pasal ke Pulau Pangkor. InsyaAllah, kalau tiada aral... 1 Mei 2005 kami akan mandi pantai. Yay!

Aktiviti utama hanya satu. Santai! Lain lain, sendiri plan bila dah sampai sana. Sapa nak ikut? Jommmmmm pizza!!!

..................

Hati aku tak tenteram bermula semalam. Hanya kerana satu perkara kecik yang aku sendiri cuba perbesarkan. Perbesarkan dalam hati aku jer. Orang berkenaan tak tau pun. Arrrghhhh... I hate this feeling!

9.3.05

Tahniah untuk abang aku yang no 2 kerana dapat baby boy siang tadi. Semoga rezeki bertambah. Rezeki anak.

Hmm... bertambah lagi bilangan anak buah aku nampaknya. Menjadikan 10 orang semuanya. Paling teruk part aku... menjelang Raya Puasa. Ahahahaha!

7.3.05

Gila. Aku sakit kepala dari tengah hari sampai ke malam. Aku tak tahu kenapa. Mungkin kerana cuaca terlalu panas. Travel dari Cheras ke Rawang sambung ke Subang Jaya dan balik Gombak, aku rasa kepala sikit lagi mau retak. Ye lah, panas sejuk panas sejuk... lama lama retak ler. Kerana sakit yang amat sampai aku dah tak larat nak buat keje, aku tolak perasaan malu ke tepi. Aku mintak air suam ngan 2 bijik panadol kat customer aku masa kat site tuh. Hehehehe. Nasib baik ada. Lepas telan ubat aku terus balik. Tak tahan dok lama lama. Kang tertido kat tempat customer sapa mau jawab? Ahaks!

4.3.05

Result trial examnya, semua lulus. Alhamdulillah! Aku nasihatkan supaya tumpukan pada real exam nanti. 2 minggu je lagi. Kalau berjaya, aku juga tumpang gembira.

Thanks tuju lagu tu kat saya.

Memang itu harapan saya, JANGAN ADA DUSTA DI ANTARA KITA.

Aiseh, jiwangnya! Ahahahaha!

2.3.05

Tengah best bertenet, aku dapat sms dari kawan baik aku, Mere.

"NOTIS AKUAN: Harap maklum, baki PAHALA anda tidak mencukupi untuk menampung akaun AKHIRAT anda. Sila tambah AMALAN untuk menaikkan had kredit ke SYURGA. Harap maklum!"

Hampeh. Lawak kasar nih! Aku tergelak. Tapi dalam dok gelak tu hati sejenak berfikir...

Ya Allah, sejauh mana tebalnya imanku padaMu?

..................

Aku berjanji ngan Tasya nak tengok wayang hari nih. Janji dibuat minggu lepas lagi. Kemudian aku teringat ada teater kat Actor's Studio Bangsar, juga pada hari ni. Mengenangkan teater jarang jarang ada maka aku ambik keputusan untuk tengok teater. Aku pernah tanya Nida tentang teater tuh tapi dia sendiri belom kompemkan lagik. Janji ngan Tasya dikenselkan. Bila call Nida, dia kata takde can. Hok alloh laa... Petang tadi berYM ngan Tasya. Katanya dia akan pi OU petang karang layan Sepet ngan member member dia. Aiseh, tak sempat nak buat janji baru. Aku baru plan nak tengok Sepet ngan dia. Huhuhu~!

Aku pujuk pujuk Najib. Akhirnya...

Seperti biasa kami akan tonton 2 movie sekaligus. Aku teringin nak tengok Sepet ngan Constantine tapi tayangan dua dua citer tu serentak. Memandangkan Sepet masih baru, ada baiknya aku tengok Constantine pasal aku takut tayangannya dah nak habis. Tak sempat tengok kalu, nangislah aku. Ini pun patut dikira sedih bagi aku pasal dekat dekat last tayangan baru berpeluang tengok. Orang lain kebanyakan dah tak ambik tau pasal Constantine lagi. Orang sekarang bercerita pasal Sepet. Ah, mungkin aku akan tengok Sabtu nih! Hehe.

Constantine kul 9. Kami ada kat sana kul 7. Bagi mencukupkan syarat, kami kena beli tiket citer lain lagi satu. Kata nak tengok 2 movie.

Usha nyer usha, takde lagi dah citer yang menarik. Tajuk Seoul Raiders macam menarik. Tentu jalan cerita macam Tokyo Raider, kan? Tentu filem action Kantonis. Ada racing. Ada kejar mengejar, letup letupan dan gado gado. Aku mula membayangkan jalan cerita Seoul Raiders. Najib kata OK jer. Tak pikir lama, then tiket terus dibayar...

..................

Seoul Raiders. Permulaan cerita aku rasa menarik. Ada kejar mengejar dan gado gado seperti yang diharapkan. Malangnya tiada aksi letup letupan. Melihat adengan semasa mencuri plat wang palsu sungguh professional. Heronya nampak bergaya dan berlagak cool. Aku suka. Namun bila tiba 1/4 jalan cerita, aku dah boleh agak sesuatu dah. Melihat hero kalah ditipu crook, dia cari pembantu pembantu yang mana semuanya adalah awek yang cun banget. Ada 3 orang. Sah, ini cerita Charlie Angel versi Kantonis. Tapi kerana letup letupan takde sangat, maka aku klasifikasikan Seoul Raider best sedikit berbanding Mendam Berahi. Arrrgghhhh!!! [Korang pernah tengok Mendam Berahi?]

Aku dah mula tak senang duduk. Aku rasa menyesal tengok citer tuh. Rasa rugi giler 7 hengget. Baik buat makan malam lagi best. Najib dah siap sound aku, kalau citer dah habis tolong kejutkan dia. Uiks... mana boleh. Habis nanti sapa nak kejutkan aku?

Aku memang plan nak tido dah, tapi sabar sket lagi. Cuba cuba layan setakat termampu. Tapi makin lama aku jadi makin berminat plak. Satu faktor kenapa aku suka Chow Sing Chi adalah kerana lawaknya. Tak. Aku tak kata Chow Sing Chi hero dalam Seoul Raiders. Maksud aku, jalan cerita ni banyak pakai teknik melawak ala ala Chow Sing Chi. Lawak serius dan selamba. Menjadi. Aku paling suka part makan kuih ngan wasabi. Dan satu lagi masa aksi gado gado masa kat satu kelab malam. Aku rasa suara aku paling kuat dan paling banyak gelak dalam panggung. Punyala kuat gelak sampai kejang kejang perut aku. Sakit bagai nak pecah. Rahang pun dah rasa lenguh semacam. Gila punya gelak nih!

Sekali Najib sendiri pun tak jadi tido. Dan kami layan Seoul Raiders sampai habis. Hahaha!

//Aku tak sarankan kau pi tengok. Tapi kalau nak tengok, pastikan kau expert dalam menilai antara melawak dan tidak. Nanti kau kata aku tipu jer... Huh!

..................

Constantine. Well, apa nak kata ye? Rata rata semua dah ulas kat blog masing masing. Aku rasa aku yang paling lambat tengok citer nih. Bila aku baca ulasan kawan kawan, rasa macam dah takde bahagian untuk aku nak tulis. Apa pun aku suka citer tuh. Best banget. Jalan cerita berat, grafik cantik. Efek khas masih ala ala Matrix, cuma ada sedikit pembaharuan.

Aku tak paham 100% jalan cerita tu sebenarnya. Ada beberapa part menimbulkan tanda tanya. Contohnya, kenapa Malaikat [Gabriel] nak tolong bebaskan Mammon [anak Lucifer ker?] ke alam dunia? Bukan ke dalam cerita ni, Malaikat ngan Syaitan berperang antara satu sama lain. Syaitan dan Malaikat yang wujud di dunia nyata dikatakan one half breed iaitu kacukan. Aku tak pasti ada ker diterangkan macam mana kejadian diorang [wujud secara kacukan]? Kenapa setiap kali cerita yang berkaitan ngan setan mesti dikaitkan ngan Nazi? Ingat Hellboy? Dan beberapa persoalan lagi aku tak ingat dah... Ahaks!

Moral cerita: Nak masuk syurga kena isap rokok banyak banyak. Tapi masih perlukan sedikit pertolongan bapak setan. Hek hek!

//Jangan bawak kanak kanak tengok cerita nih. Nanti mempengaruhi pikiran diorang, melainkan kau yakin anak kau otaknya sejibik cam kau. Aku tak kesah!

1.3.05

1 March. Setelah genap 2 bulan menyembunyikan diri dari bayang bayang sendiri. Hari ni aku publishkan blog aku untuk public. Kengkawan sekalian, jemputlah melawat.

Terlebih tercantik, datangnya dari Tuhan. Terkurang terburuk datang dari diri aku sendiri.

Pegi! Pegi bayangku! Pegi jauh jauh! Aku tak mahu kau berdamping lagi...

...................

HYPNOSIS dah R.I.P. Skang dalam proses nak idupkan balik tapi dengan nama panggilan yang baru. Aku dah sms Joe, bagi nama ikut idea aku. Aku sarankan taruk nama SACRED. Hmm... ada bunyik ala ala Black Metal tak?

Amacam Joe? Ok tak nama tuh? Itu je yang sempat gua pikirkan buat masa skang. Heh!

//Hypnosis adalah nama band member member aku kat kampung. Bila dapat tau kat Perancis dah ada band pakai nama nih, so kitorang terpaksa tukar nama lain ler... Duh, pecah kepala lagi nak pikir pasal nama. Arrghhhh!!!