31.1.05

Aku dah dapat GT3 dari Tok Rimau sendiri semalam, masa kat umah Pena. Pastu dapat VCD Gath Ke-4 dari Afxzal (Pak Bear). Dua dua bernilai 5 hengget. Terbang 10 ketul, balik umah baru layan sebelom tido. Best jugak VCD tuh, GT3 pun semakin improved. Tertanya tanya juga pada diri sendiri, kenapa tak turut serta menyumbangkan entry aku sekali? Bukan susah pun nak buat. Ish... biarlah. Belom masanya kot! Huh!

...........

Opis aku kena ambush Jumaat lepas. Lap top boss ilang, tapi baru perasan pagi tadi. Ni tentu gara gara 4 orang mamat India yg datang opis aku masa aku kuar pi site buat keje. Menyamar jadik budak courier service kononnya. Hampeh, kesian Shima kena marah ngan big boss. Tapi itu bukan salah dia. Nak buat macam mana, benda nak jadik. Itulah qada' dan qadar.

Gara gara kejadian tuh, boss besar dah bagi order baru. Kena adakan meeting setiap minggu. WAJIB! Arrgghh... bosannya meeting!

30.1.05

Selesai saja meng'upload' beberapa keping gambar yang aku 'capture frame' dari VCD Entiti Indon (nak tengok? Pi SINI), terus aku blah dari opis. Kesian Lin ngan Nida, tentu dah lama tunggu aku. Hehe. Standard, pasal aku Melayu. Ahaks! Lepas park kete depan umah Lin, kami bertiga berjalan kaki lepak sebelah LRT Bandar Tun Razak, sementara menunggu ketibaan Afxzal (Pak Bear) selaku driver kami (Takpe kan guna perkataan driver? hehehe!). Apa pun yang ditunggu rupanya bukan sorang, tetapi yang ada sekali adalah Nuar (Nesloice) ngan Diman (Superdiman) dan Salina. Ni pertama kali aku jumpa 3 jejaka kiut terhebat masa kini nih. Ya, pertama kali. Tapi aku tak rasa pun macam pertama kali. Aku rasa aku dah kenal diorang 2 tahun dah. Tak ajaib pun, kerana ini adalah perkara biasa yang berlaku dalam dunia GeJu. Percaya atau tidak, kau tryler sendiri. Bak kata Diman, selepas join GeJu terasa seperti satu anjakan paradigma dalam hidupnya. Har har har. Gila la Diman, ayat skema siottt!

Selepas acara meredah jalan, kami berjaya juga tersalah jalan untuk sampai ke Rumah PENA. Apa pun tidak terfikir pun kesalahan itu sebagai satu kesilapan. Positifnya, Pak Bear patut bersyukur kerana berpeluang mengenal beberapa jalan yang jarang dilalui oleh semua. Aku juga sama. Mana la aku tau umah PENA tuh belakang kafe Tupai-Tupai. Kafe tupai tu pun aku tak penah jejak kaki. Huhuhu~!

Nampaknya kami kelewatan. Tak pasti berapa jam lewat. Yang pasti, kami berjaya lagi. Berjaya menjadi Melayu yang unggul kerana menepati janji. Hahaha. Kelihatan majlis berjalan dengan lancar walaupun aku tau masing masing sedikit terganggu dengan alunan muzik yang berjaya di'sumbang'kan oleh mereka yang tengah jamm session di tingkat bawah. Aku tak salahkan diorang, malah aku bersyukur kerana dengan bantuan mereka tu, kepanasan yang memeritkan disejuk-bugarkan dengan kehadiran hujan renyai renyai hambat-orang-tua (jangan tanya aku apa maksudnya - aku malas nak terangkan!).

Sesi bersoal jawab menarik minat aku. Malangnya, secepat mana aku boleh belajar benda baru secepat itu juga aku mudah melupakan (idea ayat dari entry Op dalam GT3). Biarkan. Sekurang kurangnya aku masih paham apa itu Weblog. Acara yang paling dinanti nantikan oleh aku - acara minum petang. Oh tidak, ini bukan daya penarik untuk aku join sekali forum di rumah ini. Cuma kerana tidak makan pagi dan tengah hari, maka dirasakan teh o, mihun goreng, tembikai dan something kuih dari ubi kayu (apa nama kuih tu? tolong...) tu sedap hingga menjilat meja. Nyum! Nyum!

Kau rasa kau dijerkah? Aku tak pikir itu satu jerkahan, tapi hanya gurauan. Orang kampung aku panggil gurau biawak. Kerana gurau itu kasar bunyiknya. Tapi aku tak tau pulak kenapa harus disamakan ngan biawak. Aku jarang sekali nampak biawak bergurau. Kau pernah? Bagitau aku ye.

Selesai satu diskusi. What's next? Jommm... konvoi ke rumah kak Pnut. Aku rasa aku ngan Pak Bear patut dapat anugerah kerana banyak meraih kejayaan. Selepas kejayaan jalan jalan carik jalan nak ke Rumah PENA dan kejayaan menepati janji Melayu, sekali lagi kami berjaya memblurkan diri. Aku tau umah kak Pnut kat Precint 9. Tapi kenapa aku arahkan Pak Bear masuk Precint 1? Pak Bear tau kami nak ke Precint 9, tapi dia ngikut jer arahan aku. Bila dia tanya aku, aku hanya jawab, "Ntah, aku pun tak tau!". Ahahahaha. Sori Pak Bear. Ini topik utama dalam kete masa kami berempat (aku, Pak Bear, Diman & Nesloice) ondeway nak ke umah Basrie.

Gambar sekitar Rumah PENA, lihat SINI.

Perjalan ke rumah Basrie mengambil masa kurang lebih 40 minit. Ditambah tolak ngan sesi jalan jalan carik jalan untuk kesekian kalinya, aku bleh katakan 1 jam. Cukup? Tak cukup, tambah sendiri. Heh! Banyak jalan dilalui, banyak lorong diredahi. Last last, tuan rumah jugak yang jadik penunjuk arah. Ok le tu. Asalkan sampai, dan sempat makan. Haha. Peh, diorang ni memang kaki LANTIT (sesuai ker penggunaan perkataan untuk ayat nih?) betol la. Ramai giler yang datang. Aku tak bilang berapa kerat yang ada, tapi dalam gelap... campur ngan bayang bayang dan lembaga sekali... cukup memeriahkan. Aku tak rasa lapar, so aku layan sembang ngan mereka yang ada. Sekali sekala petik gitar... walhal sound nyer nasib baik belom mampu menurunkan hujan. Aku malas nak taruk senarai nama kehadiran, kau tahu kau sapa. Aku cukup seronok sepanjang majlis BBQ GMI berlangsung, cuma sedikit kekesalan kerana masa dirasakan terlalu singkat. Walaupun aku antara yang lambat mengundurkan diri (bukan kerana masih ada saki baki ayam yang tinggal tak habis), tapi aku tak sempat nak menegur semua yang hadir. Aku tau aku tak borak langsung ngan beberapa kerat mereka yang berada jauh sket dari aku. Mintak maaf banyak banyak. Jangan marah marah, raya dah dekat nih (Raya Cina). Err... mintak maaf juga pada kak Elaira. Aku tak kenal dia, padahal satu geng dalam KRONI. Apalah aku nih... Cis!

Well, cukup ler aku tulis. Orang lain pun tulis jugak. Kot kot nanti sama jer isinya, haha. Ribuan terima kasih pada semua yang terlibat lebih lebih lagi Nazmi (Forum kat Rumah PENA), Basrie (GMI Sidepool BBQ), Afxzal dan Salina (bagi can menumpang kasih pergi dan balik) serta Kak Pnut & Abang Meor (menyediakan tempat persinggahan untuk solat, minum, rest dan lepak - haha!).

Trimassss!

Gambar sekitar BBQ GMI, lihat SINI.

28.1.05

Lepas habis bercakap kat telepon, aku terpandang satu kalendar kat depan aku. Hari ni 29 haribulan. Terus aku panggil Shima.

Aku: "Shima, hari ni betul ker 29 hb?"

Shima: "Aah, betul la. Kenapa?"

Aku: "Sapa la yang tarikh lahirnya hari ni yer?"

Shima: "Kenapa lak ngan tarikh hari nih?"

Aku: "Laa... kan 29 hb tu. Tahun lompat laa. Kesian sesapa sambut besday tarikh hari nih!"

Shima: "Apa plak. Tu bulan depan la. 29 bulan 2. Ni baru bulan 1. Hah, malu! Malu!"

Aku gelak tergolek golek. Siyol, apa hampeh benar aku di tengah hari nih?!!

Tapi yang lebih memalukan, kami dua dua silap. Hari ni 28 hb laa. Appa daaa....!

Teringat aku pasal semalam, masa aku kat Gombak umah abang aku. Aku sempat chat ngan Afxzal kat YM. Sakan gak kitorang borak. Dekat dekat nak blah, si Afxzal mesej aku.

Afxzal: "...so aku nak ngundurkan diri..."

Aku: :Ish... awainya."

Afxzal: "Sebelum aku difire dgn lebih teruk oleh ko. Huahuahua..."

Aku: Lek la... baru azan Maghrib. Blom azan subuh lagik." masa ni aku dengar orang tengah azan.

Afxzal: "Banyak laa ko nyer azan Maghrib. Dah isyak dah woi! Ko nie mimpi ke?"

Aku: "Hah, dah Isyak ker???"

Arrgghhhh!

27.1.05

Gila nyer best tengok wayang semalam. Aku pi TGV KLCC ngan Najib. Kitorang buat marathon, haha. Kul 6.15 petang kitorang tengok Kungfu Hustle. Pastu 8.45 malam lak sambung ngan National Treasure. Peh, naik beku kepala otak aku. Nasib baik dah prepare jaket siap siap. Apapun, rimas tak ingat ler body aku pasal balik keje terus pi sana. Busuk, tak mandi. Alahai...

Tapi bukan orang tau pun, ye tak? Anyway, dua dua citer best. Cuma Chow Sing Chi kurang buat lawak jer. Aku peminat fanatik, aku tau banyak kurangnya lawak dia. Tak seperti filem filemnya yang terdahulu. Tapi apa nak buat... orang makin tua. Mungkin tu cara dia nak melawak ngan umor yang makin meningkat. Ah ye, macam tu ke orang tua melawak? Hmm...

Ben Gates (Nicholas Cage)? Yah... mengingatkan aku pada Indiana Jones dan Allan Quatermain. Siri pengembaraan mencari harta karun versi moden. Lepas tengok citer tu... aku speechless!

...........

Aku dah lama lost contact ngan Liza. Bukan aku tak nak contact, tapi perasaan aku jadik lain bila teringat kat dia. Aku penah suka dia. Aku penah sayang dia. Tapi bila harapan jadi debu, aku akur jer la. Sebab tu second time dia tukar no, aku dah malas nak hafal. Kot kot nanti tangan jadik gatal asyik nak sms tanya kabar jer. Aku tak nak buat macam tu, pasal aku tak bleh nak anggap dia sebagai kawan biasa. Aku kenal dia pun, bercinta. Tak sempat nak berkawan. Huh! Minggu lepas aku dapat sms dari Liza, tapi dengan nombor baru lagi. Nombor lama dah tak pakai katanya. Aku tak kesah jer. Janji aku tak ingat nombor dia sudah. Kot kot aku bengang ngan dia, leh ler aku delete terus nombor tuh. Kalau terasa nak call dia lepas tuh pun dah tak boleh pasal aku tak tau nombor baru tuh. Then, siapa yang rugi? Akuuuuu jugak! Tapi takpe, asalkan aku dapat lupakan terus. So aku rasa itu saja cara macam mana aku nak lost-contactkan antara kami.

Tapi semalam aku dapat sms lagi dari dia. Tanya pendapat aku tentang permasalahan seorang kawan pompuannya. Aku bleh bagi pendapat yang cukup bernas tapi lebih bagus kalau dia sendiri tanya aku soalan yang lengkap. Jangan expect tanya A saja tapi dapat jawapan BtoZ. Macam mana nak jawab? Bila aku jawab A jugak dia melenting.

"Liza ingatkan tanya pendapat orang lelaki ni ada kebaikan. Tapi Mie?!! Takpe la. Thanks." sms Liza.

Aku nampak cara dia reply mesej aku macam dia pandang aku nih serong. Aku dapat rasa tuh. Aku tak marah dia buat macam tu kat aku, tapi terasa sedikit terkilan bila pandangan aku tak dihargai langsung.

Tanya aku, aku jawab. Tak suka jawapan, marah. Ini ker sifat perempuan? Harap dia sorang jer ler. Pompuan lain tak kot!

Ntah lah. Aku baru plan nak lupakan dia, sekali dia sms aku lak. Membangkitkan rasa rindu aku saja. Apa pun aku takdelah rasa berat sangat. Aku ni jenis cepat lupa. Ada terlupa dan ada juga sengaja lupa. Selagi orang yang aku nak lupakan tak contact aku, maka aku takkan contact dia sampai bila bila. Tapi kalau dia contact aku sekadar nak mintak tolong, silakan. Aku tak pernah keberatan nak tolong orang biar pun orang tuh pernah lukakan hati aku.

Aku tau Liza mungkin takkan sms aku lagi. Nampak cam marah. Biarlah. Yang pasti, dia salah paham ngan pendapat yang aku berikan. Aku tak nak perjelaskan kat dia. Harap kalau otak dia bijak, dia tau macam mana nak tafsir apa maksud yang aku berikan. Noktah.

26.1.05

Korang penah rasa macam mana rasanya bila sampai satu tahap kau buka IE, taip google.com then garu garu kepala tak tau apa nak buat???

Aku buntu!

25.1.05

Tak habis habis ngan entiti. Sikit sikit entiti. Sikit sikit entiti. Skang aku dah terpengaruh ngan cd Entiti Indon. Ni semua gara gara sepupu aku, Mc Je [nama manja kot?] bawak balik masa cuti raya haji tuh. Kalau sembang sembang kat memember aku, pantang nampak tempat gelap, pokok besau, umah usang, kubur dan sewaktu dengannya, mulalah perkataan entiti tak lepas mulut. Haha!

Apa benda Entiti Indon tuh?

Aku tak pasti apa kisah sebetulnya. Tapi dalam jangkaan aku, ia merupakan beberapa episod rancangan tv (realiti tv?) yang direkodkan ke dalam CD. Rancangan TV dari Indon tu sendiri. Konpem dari sana. Aku masih tau nak membezakan Bahasa Melayu Malaysia ngan Bahasa Melayu Sumatera. Ahaks. Cerita cerita yang ada semuanya berkisarkan kewujudan segala mak nenek hantu yang dipercayai ada kat mana mana. Ini betul betul nyer hantu, bukan rekaan semata mata... kata beberapa kerat ayat yang scrolling kat screen masa aku tengah layan kul 2 pagi. Huh, seram giler wa cakap lu...

Banyak aksi rakaman yang best. Shoot yang tak disengajakan... real rasukan... umpan diri untuk lihat kehadiran makhluk dengan mata kepala sendiri... melukis wajah hantu dengan menutup mata... menyeru dan diseru... dan macam macam lagi. Yang aku paling suka dan gelak sampai berguling guling, bilamana melihat gelagat para sukarelawan menyerah kalah sebelom waktunya. Bila benda tu datang, masing masing mengelabah. Pandang kiri, pandang kanan... pastu tak senang duduk. Muka masing masing kelihatan takut ya amat. Tapi bagi aku yang melihat cerita tu... muka diorang nampak kelakar ler. Ahahahaha! Skang aku dah tahu beberapa gelagat yang mungkin terjadi bila seseorang ternampak hantu. Lawak siot! Ahahaha. Err... seram... seram...!

Aku tak sempat burn cd tu. Kalau tak aku dah taruk gambar gambar keratan benda benda tu kat sinih. Takpelah... nanti aku balik cuti raya Cina, aku burn cd tuh. Kena simpan tu beb. Bukan selalu dapat tengok makhluk halus muncul di alam realiti. Hehe!

23.1.05

Arrrgghhh... tensionnya. Memang aku betul betul tak raya. Tak pi masjid solat sunat hari raya, tak pi beraya umah sedara dan kengkawan, tak dapat tengok orang sembelih lembu dan tak dapat berjalan macam orang normal. Hampeh! Terhincut hincut macam orang cacat. Aku ingat lagi, semalam... masa pi stesen bas kat KB nak hantar Mere balik Terengganu, banyak mata memandang aku. Aku agak semua bebudak yang memandang tu pikir aku ni cacat. Tapi takpe, cacat dan brutal. Mana ada bebudak dressing ala ala Black Death sekitar bandar KB nih. Kalau ada pun, bukannya merayau tengah tengah hari panas terik macam kitorang nih. Hua hua hua! Kitorang memang gila!

Well, aktiviti utama sepanjang cuti ni rasanya takde. Cuma aktiviti membuang masa tu banyak ler. Salah satunya, aku ikut bebudak pi jamm. Best betul... permainan diorang dah makin ok aku nampak. Cuma ada beberapa part masih nak kena tune. Hahaha. Ok la tu. Lama lama nanti boleh lah jadi artis bawah tanah. Aku pun, leh ler tumpang glamour sekali kan? kan? Ahaks!

Adududuii... bisulku!

19.1.05

Dah 4 hari bawah paha aku ada bisul nih. Peritnya. Bila nak sembuh gamaknya?

Malam ni aku bertolak pulang ke kampung. Cuti beraya haji selama 5 hari bermula esok. Kalian, doakan aku selamat pergi dan pulang. Kalau panjang umur, kita jumpa lagi minggu depan (Selasa aku dah ada kat KL sepatutnya).

SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA.

Ish... raya apa bisul bisul nih?!! Lepak umah layan tido lagi baik!

17.1.05

Aku tekan tekan keyboard, aku pulas pulas butang volume speaker... aku pilih lagu dalam senarai Winamp yang aku ada. Sambil layan lagu sambil minum teh uncang Lipton. Arhh... sedapnya!

Mug ditangan aku menarik perhatian rasanya. Ada something tertulis di tepinya. Something yang aku rasa mitos; tak pernah berbaloi selama aku kecapi.

Mug aku kata,

"I love you"
means that I accept you for the person that you are, and that I don't wish to change you into someone else.

"I love you"
means that I will love you and stand by you even through the worst of times.

"I love you"
means that I am thinking of you, dreaming of you, wanting and needing you constantly, and hoping you feel the same way for me.

"I love you"
means forever...

~Deanne Laura Gilbert


Ah ye lah tu. Itu mug aku kata. Aku kata?

Cinta = Mengarut

............

"Seribu kali sayang
Sangkaku kan ke mati
Cerita kasih kita
Rupanya seketika..."


[Iklim - Aduhai! Seribu Kali Sayang]

13.1.05

Ish... 12.30 tengah hari tadi seluruh Klang Valley blackout beb. Masa jenjalan kat bawah tadi aku dengar orang ramai dok bercerita yang JB, Melaka dan Seremban pun sama gak. Entahlah. Tunggu baca paper esok. Yang pasti, kul 3.04 petang opis aku dah cerah balik. Syukur Alhamdulillah...

12.1.05

Alhamdulillah, cek yang ilang minggu lepas dah jumpa balik. Ada hamba Allah yang jumpa dan hantar kat satu company secretary kat Plaza Dwitasik nih. Nasib baik la tu... Aku cukup lega bila tengok cek tu tak ilang. So dapatlah aku proceed dengan langkah seterusnya. Beli notebook Naswan hujung minggu nih.

Yang bestnya, ada perkara berlaku dengan cara yang sama. Envelop yang ada cek tu ilang pasal aku taruk atas bumbung kete then terus blah. Ahad lepas, kunci rumah aku juga ilang dengan cara yang sama. Dan kedua dua barang tu jumpa pada hari yang sama, hari Isnin.

Mungkin berkat kesabaran dan keyakinan aku. Wallahualam...

10.1.05

Berita kat TV pasal Tsunami tak habis habis. Setiap kali aku tengok, hati jadi sebak lagi. Semenjak dua menjak kejadian bencana tuh, hati aku mudah tersentuh la plak. Asyik nak menangis jer. [Aku kata nak jer, blom menangis lagi...]

Well, airmata mengalir boleh ditahan. Hati menangis siapa tahu?

.....................


Music Garage | 3 - 9 pm | My Friend Station, Bulatan Kampung Pandan.

Best gig semalam. 5 dari 6 band yang beraksi adalah band otai yang mana telah terbukti hebat apabila membuat persembahan. Mereka adalah War666, Hayagriva, Mistik, Sil Khannaz dan Impiety manakala sebuah band lagi adalah masih baru [tapi orang lama beb!] di arena gig iaitu The Hidden. Apa pun salute The Hidden kerana makin dikenali ramai walaupun di level mainstream.

Aku malas nak guna kamera so takde la gambar diorang. Lagi pun aku cukup tak berpuas hati kerana faktor tempat tidak begitu memuaskan. Music Garage kononnya, tapi takkan la nak main dalam ruang yang mana dindingnya adalah dari zink [kontena?]? Di bawah terik matahari, tiada penyaman udara... riang legar yang sempit dan crowd yang begitu ramai umpama berada dalam ketuhar lagaknya. Panas sana, panas sini. Rasa nak bukak baju. Apakan daya, body aku tak macho. Aku tak nak body aku yang tak berlapik jadi salah satu photo tercantik dalam majalah Konsert. :P

Apa pun, aku harap untuk gig di lain kali, penganjur patut ada idea yang lebih bagus dalam aspek pemilihan tempat. Aku mungkin hadir seandainya dibuat di tempat sama, tapi aku tak masuk. Memadailah melepak sebelah luar sambil ambik angin bertiup sepoi sepoi bahasa Perancis. Sekurang kurangnya, kedai makan dan minum banyak. Sambil makan sambil layan lagu. Jimat duit tiket, huh!

9.1.05

Sabtu 11.30 malam News KTV, Plaza Yow Chuan, Ampang Park


Dari kiri: Leman, Ap, Mun, Ardah, Nuar, Apai, Zhoulsz [aku ler].
Jurugambar:ND


Aku suka karaoke. Bukan nak kata suara aku sedap, tapi aku rasa jiwa aku sesuai berhibur dengan cara berkaraoke. Nyanyi sedap atau tak belakang kire. Janji seronok. Kengkawan yang nyanyi tak sedap aku tak kutuk, tapi aku menghayati alunan suara sumbang tu dengan penuh minat. Itu menjadikan suasana bertambah meriah. Aku gelakkan kau, kau gelakkan aku. Ya, aku suka tuh. Aku juga seronok melibat kawan kawan sporting. Tapi sampai satu tahap, sporting tu terlebih had. Menyebabkan aku tak berapa suka pada satu satu masa. Bukan marah, sekadar meluahkan sedikit tak berpuas hati. Berdasarkan pengalaman banyak kali masuk karaoke, perangai yang sama saja walaupun orang yang berlainan. Aku lebih suka lihat sesapa yang menyanyi solo, tak diganggu dek nyanyian kawan sebelah. Kita yang pegang mic, biarlah kita nyanyi sendiri. Puas puas. Sesiapa yang nak nyanyi tunggulah turn sendiri nanti. Kalau orang lain buat macam tu kat korang, tentu korang pun tak berapa setuju kan? Itu pasal masa sesi karaoke nih, aku tak banyak mengganggu orang lain menyanyi kerana aku tahu aku sendiri pun tak suka orang buat macam tu kat aku.

Apa pun aku cukup puas hati kerana aku terhibur dengan telatah kalian. Lots of thankful untuk Apai kerana belanja kami nyanyi. Lagi sekali, trimasss...

Lagi gambar di SINI.

8.1.05

2-3 hari ni aku asyik terbayang bayang muka awek yang sorang tu. Tapi aku buat buat tak pikir sangat. Takut perasaan aku jadik makin keliru. Suka saja suka-suka atau suka untuk serius...

Lagipun, awek tu suka ker kat aku? Nampak cam suka, tapi main main. Kalau aku kata aku serius, kang tak pasal pasal hidung tak mancung, pipi tersorong sorong. Buat sorong papan tarik papan. Ahaks. Tapi kalau aku tak bertepuk sebelah tangan, aku pasti lakukan yang terbaik. Aku tak nak pisang berbuah dua kali. Eh, patutnya aku kena bersyukur kalau pisang berbuah dua kali. Dapatlah makan pisang lebih, kan? Ah ye, banyak la kau nyer peribahasa Imie wei...

Takpe, buat sementara ni biarlah aku maintain hidup cam sekarang. Single. Suka kat dia biar aku pendamkan dulu. Kalau dah jodoh tak kemana, ye tak? Bukan aku tak suka ada couple, tapi keadaan belom mengizinkan. Ada banyak perkara aku kena pikir semasak masaknya sebelom buat penjelasan kat awek tuh. Salah satu... takut ada hati lain yang terluka. Fullstop.

Ok topik lain lak.

Sakan aku chat ngan sorang awek nih kat YM. Sekali, laaa... member adik aku rupanya. Hampeh. Tipu tertipah betol la.

Nasib baik dia mengaku sendiri. Kalau tak, sampai sudah aku tak tau dia sapa. Patut pun masa chat selalu jer tanya bila nak datang Putrajaya. Rupa rupanya serumah ngan adik aku. Yang lagi best, sekatil sebantal wa cakap luu... Warrgghhhkk!

Adik aku pun selalu cakap ada member dia selalu baca blog aku. Pastu kata ada member dia teringin sangat nak kenal ngan aku. Hmm... reropanya awak la yer, Cik Kila? Hahaha. Gelak dalam terkejut tuh.

Well, ada masa nanti kita chat lagi.

/me Senyum sendirian...
Aku terlalu cuai, lalai. Kalau aku betul betul fokus pada apa yang utama aku rasa kesusahan tak melanda hati aku. Sekarang aku tak tau apa langkah seterusnya yang patut aku ambil. Aku ingat hanya nak duduk dan tunggu saja, kot kot masalah tu boleh diselesaikan dengan sendirinya. Tapi boleh ker selesai kalau sekadar melahu tanpa berbuat apa apa?

Sebenarnya aku dah hilangkan satu envelop masa nak balik keje semalam. Dalam envelop tu ada beberapa dokumen penting berkaitan syarikat milik Li Selasih. Juga terdapat envelop kecil yang mana mengandungi sekeping cek bernilai RM3700. Cek tu dikirim oleh Naswan dari Lipis dan sampai kat aku petang semalam bertujuan untuk membeli sebuah notebook untuk kegunaan persendiriannya. Aku bingung. Aku blank. Macam mana boleh hilang? Kat mana hilangnya? Kalau terjatuh, siapa yang ambil? Aku harap kalau sesiapa yang jumpa envelop tu, dia akan hantar semula kat aku atau pun contact mana mana nombor yang ada kat dalam tu.

Walaupun buat masa skang tiada sebarang kerugian pada semua pihak, namun aku susah hati juga. Dokumen syarikat tu boleh diprint semula. Tak jadi masalah. Cek juga boleh dibatalkan. Cuma masalahnya, cek ini bukan cek persendirian. Cek ni datangnya dari MARA yang mana untuk dapatkan semula cek baru, aku pasti terpaksa melalui banyak karenah birokrasinya. Lagipun, ia melibatkan sejumlah wang berempat angka sudah tentunya ia bukan perkara main main. Aku harap aku dapat selesaikan masalah ni secepat mungkin.

Apa nak kata... mungkin ini dugaan Tuhan yang pertama untuk aku bagi tahun 2005. Wallahualam.

6.1.05

Sabtu lepas aku pi bandar jap ngan Najib. Carik barang. Mula mula park kat Basement Maju Junction. Senang. Banyak parking dan murah. Ondeway nak ke Ground Floor, aku singgah kat satu kedai cermin mata England Optical. Bila dipikirkan mata aku yang tak berapa betoi ni, aku try buat checking kat situ jap. Free jer. Tak sampai 2 minit dah dapat result.

Mata kanan:
SPH : -2.75 [tahap rabun jauh / dekat]
CYL : -1.25 [tahap rabun/sensitiviti cahaya]
AX : 172

Mata kiri:
SPH : -1.00 / -1.50
CYL : -0.75 / -0.50
AX : 174 / 170

Aku terkejut bila tahap kerosakan mata kanan aku begitu teruk. Nanti kena pakai spek berpower 275. Suatu kejutan untuk teman teman yang pakai spek bila aku cakap power dia. Yelah.. kebanyakan teman teman yang bergaya ala 'nerd' ni power spek diorang kurang dari 250. Kerosakan mata aku meningkat secara mendadak.

Aku tunggu duit jer skang. Dapat jer terus buat. Aku tak sanggup nak tunggu lagi lama. Mata aku dah jadi sensitif ngan cahaya. Mudah keluar air mata. Orang mudah salah sangka kat aku nanti. Kot kot pasni ada lak orang tegur, "Dik, kenapa menangis?". Ayoyo... mintak jauh laa.

Harap spek dapat dibuat sebelom balik cuti Raya Haji nanti. Nanti nak tunjuk kat orang kampung Imie sekarang bukan Imie yang dulu lagi. Imie sekarang dah jadi 'nerd'.

Nerd brutal. Huargh.. huargh.. huargh..!

4.1.05

Aku rasa aku dah suka kat seseorang. Tapi aku tak berani nak menyatakan hasrat hati. Bukan aku takut tak diterima tapi aku sendiri tak pasti sama ada aku suka hanya sekadar suka, atau aku betul betul dah bersedia untuk lebih serius dalam hal hal berkaitan hati dan perasaan nih. Dah lama aku tak layan jiwang nih [karat sioootttt..!]. Sejak Liza [last awek yg aku ada tuh, huhuhu~!] blah... aku dah takde mood nak jadik cam dulu dulu. Aku rasa aku dah banyak berubah. Banyak perkara aku tak ambik port. Lantak lah apa orang nak buat/kata. Selagi takde orang kacau idup aku... cukuplah. Lagipun dah masuk tahun baru nih ingat nak ubah diri sket lah. Aku nak create jalan hidup aku sendiri. Tak nak macam dulu dulu... asyik berserah pada takdir jer. Kali ni nak tegas sket. Apa aku buat atas keputusan aku sendiri. Tak mudah menyerah kalah. Umo pun makin meningkat, patut cara pemikiran aku dah matang. Eh, selama ni aku rasa aku dah matang. Tapi kalau dari pandangan orang lain, aku ni macam mana ye...

Well Mie, nak serius ker tak nak nih? Pikir... pikir...

3.1.05

Hari ni first working day on 2005. Takde mood nak menulis.

Why?

1.1.05

SELAMAT TAHUN BARU!

Semalam tak ada bunga api di mana mana. Pak Lah tak bagi permit. Gud! Alahh... kalau ada pun bukannya aku nak layan pun. Dah plan nak lepak ngan member minum minum kat mana mana. Malas lah aku nak melepak berhimpit himpit kat tengah tengah orang ramai. Tak pasal pasal kang cium bau ketiak masam jerk. Ahaks!

Aku lepak ngan Najib malam tuh. Rutin harian sebenarnya. Takde orang lain yang aku carik kalau takde apa nak buat. Najib lah pendengar setia luahan aku, pendebat utama sesi perbincangan utama kitorang kat meja mamak, tukang gelak sakan sesama dan assistant di masa nak buat something kalau tak cukup tangan.

THANKS JIB!