4.12.05

Wahhh... gig semalam dah jadi isu besar la plak. Masuk TV, masuk paper... lebih lebih lagi Harian Metro dan Mastika (sudah semestinya). Aduihhh... apa la nak jadi ngan media masa sekarang. Tak habis habis nak tabur fitnah.

Sedikit keratan dari hmetro.com.my

Perhimpunan itu mendapat permit polis dan Majlis Perbandaran Seremban (MPS), kerana penganjur pesta itu memohon mengadakan persembahan menggunakan nama Persatuan Silat Cekak.

- Pelik. Macam mana daa diorang boleh kaitkan gig ni ngan Silat Cekak. Tak paham aku.

Ketika serbuan, kebanyakan pengikut Black Metal itu asyik menari dan menyanyikan lagu Black Metal yang dipasang di dewan berkenaan.

- Menari? Dipasang? Hahaha. Semua orang berdiri baik nyer sopan. Pasang apa lagi? Sah sah atas stage orang tengah perform show.

“Kami membuat serbuan kira-kira jam 8.20 malam apabila kami mendapat tahu tindakan mereka ada cubaan unsur ganas dan menyimpang daripada ajaran Islam termasuk dikatakan berhasrat untuk memijak al-Quran."

- Unsur ganas? Pijak Quran? Ni paling lawak. Huargh huargh huargh! Ada ke pihak polis jumpa Quran merata? Ntah hapa hapa. Unsur ganas di sini mungkin bererti melepak di kerusi sambil bersembang sesama sendiri. Takpun mendengar lagu sambil berdiri tanpa menghiraukan orang lain yang sama sama menonton. Atau pun, break time setengah jam semata mata nak bagi laluan azan Maghrib dan peluang sesapa nak pi solat Maghrib dulu. Hmm...

Pengikut budaya songsang itu pernah mencuri tumpuan kerana dikatakan bertindak di luar batasan, termasuk membakar, memijak surah al-Quran dan berzina di depan kitab suci itu.

- sampai ke hari tak pernah ada yang kena tangkap. tak pernah ada yang buat pengakuan eksklusif.

Blabbermouth.net - http://www.roadrunnerrecords.com/blabbermouth.net/news.aspx?mode=Article&newsitemID=45137
Malaysian Police Bust Black Metal Concert - Dec. 4, 2005

It was learnt that the police had information that the organisers were carrying out activities that were against Islam and had planned to end their performance with a satanic worship session and sex.

- nak sembah apanya. Diorang dok main muzik dikatanya nak buat acara ritual plak. Ni tentu pasal polis ada jumpa setanggi dalam tuh. Memang ler... dewan kaum Ind*a. Dah tentu ada tempat penyembahan diorang. So adalah alat alat yang diorang guna nak buat semayang. Sex? Hahaha. Aku lagi marah kalau betol acara ni ada. Pasai apa aku tak tau? Hah? Hah? Hahahaha.

Adoii... letih la main orang surat khabar nih. Tulis ikut suka hati jer. Ini baru laporan dalam Harian Metro. Belom lagi Mastika. Kalau refer balik artikel Mastika sebulan dua yang lepas, pergh... lagi besar fitnahnya. Orang guna sirap cap Double Lion dikatanya pakai darah. Darah kambeng ker aper... Alahai...

Susahnya jadi Mat Metal. Orang nampak jahat dari luaran. Lepas ni aku nak jadi Mat Hip Hop atau Mat Rempit lah. Banyak benda jahat yang aku leh buat tapi orang tak hirau/nampak. Hehe.