3.12.05

Gig: Wrath Of The Eastern Steel
Venue: NSCA Hall, Seremban
Date: 3rd December 2005
Time: 1.00 pm till end

Bands:

NEBIRAS
VOCIFERATION ETERNITY
SILENCE ENSHROUD
CATARRH
TORCH

SAMARTARY - tarik diri di saat akhir
VIOLATOR
FARASU
VANTRICAL


Review: (Takde mood nak review...)

Damn! Gig kena raid.

Aku sampai sana lebih kurang 4 petang. Terlepas band Vantrical. Violator tengah perform aku tak masuk. Farasu main baru aku 'check in'. Hehe. Biasala... sesampai je dah tentu sembang sembang ngan memember yang dah sampai awal kat luar dewan. Lagipun dok kat luar still leh dengar dengan jelas. Tak perlu gopoh gopoh.

Ramai bebudak MetalTerus kat sana. Tapi sayang, aku tak sempat berkenalan ngan semua. Rata rata aku tegur sesapa yang dah kenal, cam muka jer. Aku tak nak cakap banyak. Tulis banyak banyak kang jadik isu plak. Anyhow, hati masih terbakar pasal tak sempat tengok Nebiras perform. Peluang kedua rasanya dah payah. Tengokla keadaan 'cuaca' macam mana. Langit mendung tak bererti akan hujan. Panas terik pun tak bererti nak kemarau. Samaada cuaca maintain atau esok lusa dah berubah angin. Kita tak tau!

Agak agak apa lah nasib mereka yang kena tangkap. Sabarlah geng. Dugaan tuh. Kita tak buat salah, apa nak takut. Ye tak?!

Potong stim betoi la diorang nih! Hampeh!

................

DOPE WARS 2.2

Mari main game. Downloadlah dari link yang aku bagi tuh. Game ni cukup simple. Tapi sapa dah biasa, leh ketagih. Nak kaya punya pasal aku tak kira, meniaga dadah pun dadah lah. Janji cepat kaya. Haha!

Seronok main game nih. Korang try la main. Ada Ah Long, ada polis, leh guna senjata api lawan polis, kalo sakit leh masuk spital, leh travel oversea, duit banyak leh deposit dalam bank, ada banyak jenis dadah leh jual, leh kaya cepat. Err... mati cepat pun leh jugak. Kalo tak lepas ngan polis. Setakat nih highest score aku (duit yg aku dah kumpul) sebanyak 134,172,810.00. Banyak tak?

Lepas main game ni baru aku tau jenis jenis dadah di pasaran antarabangsa. Moralnya, game ni bagi info jugak untuk orang naif macam aku nih. Hehe!

//Me - Rokok pun tak isap.