3.11.05

Yay! Raya! Yay!

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI! pada semua warga Muslim yang berpuasa di seluruh dunia. Pada yang tak berpuasa tu, cover coverlah sket. Jangan sambut raya lebih sakan dari orang yang posa penuh. Hehehe!

Kebiasaannya, aku akan design kad raya then taruk kat blog atau emel kat kengkawan atau taruk kat forum atau kat gesbuk teman teman seperjuangan, seperti tahun tahun sudah. Tahun ni aku terlalu bizi dengan tugas harian termasuk kerja kerja merapu so aku tak sempat nak buat apa pun. Aku tak sempat nak design kad. Tak sempat nak ucap selamat kat kengkawan melalui gesbuk, tagbod, emel mahupun YM. Aku mintak maaf kengkawan. Ucapan kalian, e-kad kalian, offline msg kalian... tetap terpahat di ingatan aku. Tulus ikhlas. Ewah! Hehehe.

Aku tak nak merapu panjang panjang. Hari baik bulan baik nih sama samalah kita bermaaf maafan. Takyah lah dok dengki sesama sendiri. Kalo ada hubungan/perang dingin antara kita yang dulu dulu tu elok eloklah dihangat hangatkan semula. Kalo ada hutang tak terbayar tu halal halalkan sajalah (Alamak, aku pun ada hutang ngan seseorang. Awak, mintak halal boleh? ;p Hehehe!).

So, andai kata aku pernah buat salah dan silap kat korang semua secara broadcast atau tak aku mintak maaf bebanyak. Siapalah aku, hanya manusia kerdil. Tak lepas dari melakukan kesilapan. Ye tak?

Hehehe.

Sekali lagi, untuk korang semua...

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI!
MAAF ZAHIR DAN BATIN!


//Aktiviti di hari raya pertama: selepas solat sunat raya, aku tido sampai ke petang. Ah... nikmatnya donia!!!