17.8.05

Yeehaa! Hari ni aku start pakai SIM Card Celcom terbaru. USIM Card namanya. Ntah apa beza ada dan takde U tuh. Kad lama, standard kad sim hanyalah 32K Java. Yang baru nih, 256K. Versi 256K sebenarnya khas untuk pakai enpon 3G. Aku isi form kat satu booth di Plaza Low Yat masa tengah jalan jalan ngan Pian sambil usha enpon baru untuk Pian. Amoi tu kata free, dalam tempoh promosi. Aku on jer la. Kalo kena bayar jangan harap aku nak buang sen macam tu jer. Bukannya kad lama rosak ke apa. Tapi setahu aku kalau nak upgrade kat Celcom sendiri kena bayar la plak. Adui... ntah ler!

Apa pun, pertukaran kad sim 3G hanya untuk mereka yang pakai postpaid sahaja. Budak budak yang pakai prepaid dok diam diam. Tengok aje ya. Sambil sambil tu cuba cuba la ambik tau pasal pendaftaran penggunaan talian prabayar. Sementara tengah nak try implemen kat Melaka dan Pulau Pinang...

Kah kah kah. Betol betol menyusahkan!