9.8.05

Seminggu dua yang lepas aku dapat sms dari nombor yang tak diketahui pemiliknya. Mungkin jugak nombor tu pernah disimpan dalam enset aku sebelom nih. Tapi memandangkan setakat simpan ajer tapi tak pernah call atau dicall, maka aku delete. Aku tak hafal nombor tuh maka aku dah lupa sapa pemiliknya. Sms tu berbunyi lebih kurang cenggini la...

"Bagi alamat umah awak. Alamat surat menyurat."

Aku terkejut. Sapa pulak yang hantar nih. Mengikut pengalaman aku, waktu tu adalah bulan mengawan [bulan pasangan bahagia berebut rebut nak kawen lah!]. Sebelom ni beberapa ex-classmate aku pun pernah sms macam tu gara gara nak hantar kad jemputan kawen. So aku expect pengirim sms ni pun nak kawen jugak dan nak hantar kad jemputan kat aku kot. Tapi aku tak kenal sapa so aku cakap,

"Maaf. Saya tak kenal awak siapa so saya tak boleh simply bagi. Kecuali awak nak perkenalkan dulu siapa diri awak!"

Dia reply, "Alaa.. bagi ajelah. Nanti awak akan tau juga!"

Okeh. Dia tak nak mengalah. Tapi aku rasa aku kenal orang ini. Demi kepentingan keselamatan aku, aku bagi alamat umah abang aku kat Gombak tuh. Hehe. Sesambil sms alamat, aku kepilkan sekali ayat penambah perisa.

"Nak hantar kad jemputan tu hantar la yang cantik cantik dan wangi sket ya!"

Aku agak je dia nak hantar kad jemputan. Tapi kalau betol tentu dia pun terkejut pasal dia ingatkan aku dah tau dia nak bagi kad. Ahahaha... bijak, bijak.

Semalam aku pi umah abang aku. Jeng jeng jeng! Memang betol ada satu kad jemputan [tengok sampul pun dah tau...] atas meja khas untuk aku. Aku bukak slow slow then terpampanglah nama seorang awek. W*an Nur*hidayah Binti W*an Has*san [Nah, ambik kau! Aku bagi nama penuh terus!]. Oh, dia ni... pak cik kenal nih! Dulu pernah menjalinkan hubungan sulit cinta dengan pak cik masa di bangku sekolah menengah. Kalau pak cik dan dia sabar 3 hari je lagi tentu hubungan tu mencatat rekod genap 3 tahun bercinta. Tapi apa kan daya, dia ego tinggi sangat. Pak cik tak tahan dengan sikapnya, maka pak cik ambik keputusan babai!

Oh, dah nak kawen dia rupanya ya! Baguslah, ada jugak jodohnya. Harap berkekalan sampai ke akhir hayat. Minta maaf pasal tak berdaya nak terima tawaran menyambung semula kontrak lama yang tersadai. Apa pun, kau dah ada kontraktor baru sekarang. Semoga bangunan dan jalan raya terbina kukuh tanpa sebarang keretakan di sana sini. Amin!

Majlis kau, tak janji dapat hadirkan diri ke tak. Tapi, insyaAllah sajalah.

//Dol, Ida [ingat lagi tak?] dah nak kawen! Kita bila lagi?

...............

Aku dah bosan giler dok kat opis tanpa buat apa apa. Bertenet pun dah rasa nak muntah. Tetiba aku teringatkan pasal permohonan aku untuk jadi Tuan Insp. Kawan kawan se'platun' aku kebanyakan dah dapat surat panggilan untuk second interview. Aku belom dapat lagi. Aku call tanya Bukit Aman. Jawapannya, mungkin nama aku tak tersenarai untuk surat panggilan temuduga. Diorang masih buat beberapa tapisan lagi hanya untuk hantar surat pada kami.

Peh, itu baru nak hantar surat untuk panggil interview tapi dah main tapis tapis dulu. Maknanya orang yang dapat surat untuk panggilan temuduga tu pun belom tentu lagi berjaya diterima. Keputusannya, aku konpem TIDAK DITERIMAlah!

Musnah satu harapan murni aku. Takpela, nak buat macam mana. Dah bukan rezeki aku. Aku rasa rezeki aku kat KLCC saja. InsyaAllah... tunggu dan lihat.

Hmm... tetiba rasa nak jadik penyanyi nasyid. Tak boleh tangkap orang jahat, jadik pendakwah pun jadiklah. Dakwah orang jahat supaya jadi baik. Macam aku! Hak hak hak!