22.8.05

Ahad 21 // Kuala Kangsar. Aku, Rudy dan Mc Ha. Majlis perkahwinan sahabat baik aku sejak dari zaman belom bersunat lagi. Amran (nama dia ol'school lah, hahaha!). Alahai... jadi laki orang jugak kau akhirnya ya? Aku jugak yang tercabar. Ish ish ish... tak boleh jadi nih. Aku pun nak kawen jugak lah. Balik kampung nanti aku usulkan cadangan murni aku ni kat mak. Tengok apa reaksi dia. Keh keh keh! Anyway,

SELAMAT BERKAHWIN! Moga jodohmu kekal hingga ke akhir hayat.

Apa yang buat aku rasa teramatlah tension sekali bila kami sampai, majlis dah habis. Orang ramai dah takde. Kerusi meja dan susun. Nasik dan lauk dah kemas. Pengantin dah macam penanggah. Ini kali ke 3 berlaku dalam hidup aku. Peh, pilu sunggoh. Rasa nak nangis masa sampai sana. Nasib baik jiwa aku kental. Apa apa tangkap leleh, taruk belakang belakang. Majlis orang, hari gembira orang, aku kenala tumpang gembira. Dapat layanan istimewa dari pasangan pengantin, tak ler rasa sebak sangat. Eh, emo lak aku. Poorahhh!

Minggu lepas Muar. Minggu ni Kuala Kangsar. Minggu depan Kuala Terengganu? Oh tak mungkin. Kenduri di KT terpaksa aku abaikan. Poket aku abuk pun tarak dah. Huhuhu~!

//Duit pun tarak, ada hati mau kawen? Cis! :D

...........

Sabtu 20 // Jalan jalan ngan Dol carik idea sekitar pusatbandar. Idea nak snap gambar untuk LUMBA FOTO OGOS - NIGHT LIFE. Last last melepak kat Dataran Merdeka, tengok pengunjung melepak depan skrin besau tuh. Ada sekeping yang aku snap dan berkenan. Nanti aku taruk kat lumbafoto. Banyak bergosip gosippan ngan Dol sampai jam 4 pagi. Steadyyy....!

...........

Jumaat 19 // KLPAC. Romi & Joo Lee. Rashid Salleh & Nell NG (Cun. Aku suka), dibantu oleh beberapa actor dan actress dari Actor's Studio Bangsar.



Lawak. Kelakar. Menghiburkan. Puas hati. Best.

Thanks to Nida. A lot.

//Nd, gambar yang aku snap bebanyak tu jadi ke tak?