6.7.05

Satu hari pada minggu lepas...

Aku dan R*zal ada kat katil abang H*lim tapi dia lak takde. Ingatkan nak tanya nurse mana pegi orangnya, tak sempat nak bukak mulut si nurse tu lak tanya kami, "Encik H*lim mana?".

Entahler. R*zal call enponnya. Oh, tengah melepak ngan sorang kawannya kat satu restoran kat bawah. Terkejut gak kami berdua. Sakit apa kebendanya sampai leh berjalan jalan dan lepak makan minum kat kedai mamak?

Kami berjalan menuju ke kedai yang dikatakan. Restoran TAJ Kafe. Dari jauh nampak abang H*lim tengah rancak bersembang. Di tangannya sebatang Dunhill berasap berkepul kepul naik ke udara. Waahhh... orang sakit jantung tengah melepak sambil hisap rokok! Itulah H*lim. Hidup tak pernah berenggang dengan rokok. Mula merokok masa umo 9 tahun. Skang dah hampir 50 [namun masih kelihatan muda remaja ;p ] tapi masih hisap rokok sehari 2-3 kotak licin. Perokok tegar, hehe!

Ingatkan bila dah kena sakit macam tu boleh gak menginsafkan diri. Tapi kalau orangnya jenis yang tak makan saman, makan asap tetap makan asap. No life without cigar! Sambil sembang sembang aku sempat habiskan teh o ais ngan satu set roti bakar. R*zal lak habis sekeping roti canai. Dalam waktu hisap rokok tuh abang H*lim masih sedar yang penyakitnya makin kronik dan nyawa pun makin pendek. Bila ditanya macam macam senang jer dia jawab...

"Aku tau hidup aku dah tak lama. Tapi kalau nak mati biarlah masa umo 63 pun dah cukup baik. Ikut sunah Nabi kan?"

Kami gelak.

"Kalo boleh mati biarlah hari Jumaat, lepas sket seksa kubur." tambahnya.

"Habis skang tengah kronik nih. Dibuatnya esok lusa dah jalan..." R*zal membalas.

"Tu lah... aku tengah kowtim ngan Tuhan la skang nih!"

Kami gelak lagi.

//Abang H*lim - Penasihat undang undang untuk Dwitas*k Manageme*t.

...................

Dah seminggu lebih abang H*lim masuk SJMC. Ini kali kedua dia masuk hospital. Tahun lepas HUKM. Ingatkan lepas kuar dah ok. Tau tau bulan ni datang balik penyakit dia. Awal awal pagi semalam dia sms boss aku, R*zal, bagitau yang dia akan buat operation hari tu juga. Risau katanya, pasal operation yang akan dihadapi peluangnya 50/50. Jadi.. Alhamdulillah, tak jadi.. gol terus!

Kami sampai lebih kurang 3.00 petang. Tengok abang H*lim takde kat katilnya. Rupanya dah dipindahkan ke wad ICU. Baru selesai operation. Syukur, selamat. Apa pun kami tak dapat masuk jumpa dia pasal waktu melawat start jam 4.00 petang. Sementelah kami berdua belom lunch lagi, maka kami lepak makan kat TAJ Kafe.

Aku dah siap order nasi goreng ayam, R*zal lak tengah senduk kuah kari kambeng ke atas nasiknya. Slow slow aku berbisik kat R*zal...

"Zal, kau perasan tak kedai ni something wrong somewhere lah?!"

"Apa dia?"

"Aku rasa tak sedap hatilah. Kau perasan tak kebanyakan pelanggan semuanya bukan Melayu? Semuanya Ind*a. Pekerja pekerja pun tak nampak cam mamak pun! Semua ori."

"Aah ler." R*zal mengiyakan sambil mengunyah nasik.

"Dari tadi aku dok perati, satu apa tanda pun takde yang menunjukkan kedai ni kedai mamak. Assalamualaikum takde, Bismillah takde, Alhamdulillah takde, 786 ker... apa apa ayat Quran ker... Dah ler awal awal masuk sini dah terbau colok yang biasa diorang buat semayang tuh!"

R*zal dah tak senang duduk. Nasik dah hampir separuh ditelan. Masa tu nasik dan air aku sampai. Dalam tengah dok was was tu aku belasah jugak nasik tuh. Lapar beb! Tapi ayam goreng aku tak makan, tolak tepi. Tak sempat habiskan semua, kami berdua dah tak tahan. Perut rasa mual semacam.

Belom sempat kenyang kami terus blah dari sana. Paham paham jerlah.

"Patut pun dari awal aku dok perasan diorang semua asyik pandang kita jer... Sorila Mie. Kalau tau aku tak ajak makan sini. Kau pun satu, apsal tak bagitau awal awal? Aku dah ambik nasik dah..."

Hahaha. Sorila beb. Aku pun baru perasan jugak.