10.7.05

Piknik dan melantit atau piknik sambil melantit? Ah mana mana tak kisah. Yang pasti, aktiviti buang masa dengan cara yang berfaedah. Makan makan, sembang sembang kosong, belah durian, main bola atas pasir, bergambar dari siang sampai ke malam dan berkenalan kenalan dengan mereka yang belom kenal. Seronok? Maunya tak... kalau dah jumpa bebudak Blogger/Gejuis ni satu hari 27 jam pun cukup. Ada saja perkara yang nak dienjoykan. Ahaks!

Yeah, aku seronok. Seronok join piknik dengan mereka di Pantai Bagan Lalang semalam. Pada mulanya hati berbelah bahagi juga. Tapi setelah ditolak campur darab bahagi, last last aku join. Resultnya? Cukup puas hati, lebih daripada tuh. Sesiapa yang tak join, sesungguhnya mereka dari kalangan orang orang yang rugi. Ewwah! Sekali macam statement hadis lak!

Seperti yang dipahamkan, tujuan asal berpiknik di Bagan Lalang adalah untuk melantak kat restoran ikar bakar. Tapi memandangkan kebanyakan yang datang bawak potluck masing masing, maka makanan jadik banyak dah tak habis dimakan. Perut semua dah kekenyangan maka aktiviti membelasah ikan bakar dikenselkan. Ada yang bawak jajan, ada bawak brownies, durian, laksa Penang, muffin, popiah, spaghetti, baulu dan macam macam lagi. Aku rasa aku bernasib baik juga pasal potluck yang aku bawak tak banyak. Ni jer...

aku bersama potluck ku...
Foto ehsan Op


Apa? Sikit sangat? Ini pun tak habis kau tau tak!!!

Dah! Dah! Malas nak cerita panjang. Nak baca lagi masuk SINI. Chow!