20.6.05

17.6 // Dapat panggilan tepon dari Nida, ajak tengok teater kat Istana Budaya. Memandangkan tak buat apa, aku on ajelah. Lupa nak tanya tajuk teater apa, sekali Marupadiyum. Aiseh, dah tengok la dulu. Dah sampai pun. Nak tak nak tengok ajerlah. Tapi tergelak jugak pasal ada sedikit perubahan dalam skrip dan para pelakonnya. Kire oklah. Sedikit sebanyak terhibur jugak.

Selesai layan teater, sesi melantit kat Bangsar pulak. Pertama kali jumpa Muring. Muring-Wien. Peh! Dalam hati, "Oooo... inilah orangnya". Banyak cerita dia nih. Cerita yang korang hanya boleh tau bila berpeluang jumpa dia saja. Heh! Masih teringat kata kata Muring masa syok bersembang...

"Yah, I psycho!"

..............

18.6 // Bizi for a whole day. Sambil ditemani si Ayares, pi opis; keje. [Duhh.. Sabtu pun kena keje!] Lepas tu lepak kat Tasik Permaisuri sambut besday anak buah aku, Fatin. Ada mihun, pizza, etc etc. Hehe. Pukul 5 jumpa bebudak Geju kat Masjid Bandar Tun Razak, konvoi ke majlis pertunangan Petz kat area berdekatan.

Masa salam ngan Petz aku cakap, "Lama tak jumpa beb!". Petz nampak blur. Then aku tanya lagi, "Ah ye, kau kenal ke sapa nih?".

Petz: "Itulah masalahnya. Hahaha!".

Aduh, tak ingat ka? Kita pernah sembang semeja masa Gathering GEJU kat UPM tempoh hari. Aku ingat kau, kau tak ingat aku? Alahai...

Lepak kat majlis Petz sampai lewat petang. Ada mihun, ada kuih muih. Selesai majlis, aku ngan Ayares blah. Ondeway balik umah, singgah kat Danau Kota kejap jumpa beberapa kerat member lama masa kat SMTT dulu. Huyyo... consider it as a small gathering huh?! Bolehlah... Anyway, lama tak jumpa Huda, Mc G, Udin, BD dan Mat Zaki. Lama lepak, dari kedai tom yam hingga ke rumah Huda, sembang tak habis habis. Standard ler, kalau dah lama tak jumpa macam macam cerita keluar. Kan?

Blah dari umah Huda lebih kurang 10.00 malam. Balik gara gara kena soung ngan Rudy. "Woi baliklah. Besday aku malam nih. Umah buat BBQ, tak ingat ker????"

Kat umah kelihatan sanak seudara Rudy. Mak oii, ramainya. Segan aku nak masuk umah sendiri. Kat meja makan ada mihun, tembikai, kek, keropok etc etc. Arrghhh... mihun di mana mana! Aku makan sikit jer. Perut dah kenyang. Seharian makan tak berenti. Just ambik peluang buang masa kat belakang umah bakar apa apa yang patut. Ayam, udang, satey dan hotdog. Kata Rudy, "Sambut besday sekali ngan housewarming party!"

Uhh... kalau housewarming party, sepatutnya aku boleh ajak member member aku sekali. Tapi kerana sambutan besdaynya maka aku tak ajak sapa sapa. Yang datang setakat sedara mara Rudy, member member dan opismate dia saja. Takpelah, nak buat macam mana. Blom rezeki kengkawan aku. Huhuhu~!

Majlis selesai hampir 2 pagi. Sebelom tido aku layan Naruto puas puas. Haha.

Peh, penat!