Sejak akhir akhir ni terlalu banyak plak aku berfikir. Perihal masa depan, peribadi, kewangan, kengkawan, kerja dan family. Aku tak nampak jelas bayangan masa depan aku. Unpredictable.
Semuanya kabur.
Walaupun aku tak mampu nak menilik tapak tangan mahupun tapak kaki dengan tepat, sekurang kurangnya aku perlukan sedikit 'hint'. Satu petunjuk samaada perkara yang aku lakukan sekarang atau akan datang boleh bawa aku ke satu level yang lebih tinggi atau hanya melepak kat level sama tanpa ada apa apa peningkatan.
Kerja. Sampai bila aku nak jadi Despatch Executive? [Ha ha ha!]
Gaji. Tak pernah cukup. Sampai bila aku nak terus ikat perut dan nafsu shopping aku?
Kewangan. Selalu miss soru. Yang tak pernah miss, tu bini besi tuh. WGV. Dia makan dan minum jauh lebih mahal berbanding tuan sendiri. Hampeh!
Sosial. Aku jarang meronggeng sekarang. Save bajet maa...
Peribadi. Sori, sulit!
Dalam masa mengalamun dan mengeluh, tetiba enpon berdering.
"Hello, Encik Zhoulsz ker?" [Ewwah, tipu sunggoh. Takkan ler orang call aku dengan nama zhoulsz!]
"Ya saya. Ada apa?"
"Encik ada buat permohonan Insp. dulu kan?"
"Aah, ye ye! Kenapa?"
"Sila datang ke Bukit Aman, Unit Pengambilan untuk dapatkan surat permohonan temuduga. Jumpa dengan Encik Mohd Najib."
"Oh yer ker? Baik baik. Nanti saya datang."
Syukran. Tak sampai sejam menunggu, satu 'hint' dah muncul. Semoga rezeki aku ada di depan sana. InsyaAllah!