28.5.05

Lately aku jarang dan lambat update blog. Bukan tak ada cerita tapi masa dan keadaan tak mengizinkan. Semuanya kerana tak larat punya pasal.

Penat. Letih. Sama tapi tak serupa. Bagi aku penat lebih sesuai untuk menggambarkan keadaan fizikal manakala letih pula untuk mental. Hari ni, aku alaminya dua dua.

Dah 4 hari seluruh badan aku sakit sakit. Dari hujung kulit kepala hinggalah buku lali. Aku sakit kerana jogging. Dah lama tak berlari, boleh dikatakan seluruh urat dah keras dan tegang. Kalau zaman sekolah dulu, merentas desa sejauh 7.5 km tak jadi masalah. Kini, 3 km saja aku dah rasa macam nak keluar muntah kaler pelangi. Menggigil kepala lutut wa cakap lu. Oh, aku bukan buang tebiat. Ni pun gara gara nak kena hadirkan diri untuk sesi temuduga Insp punya pasal la. Sebagai persediaan awal. Err... kumpul stamina. Salah satu ujian yang aku harus hadapi, pusing padang sejauh 2.4 km BERMASA. Kalau kata 3-4 km aku tak kesah tapi bila bermasa, aku rasa aku tak mampu nak berlari seperti yang dikehendaki. Sejauh 2.4 km tapi berapa lama? Ada jugak terdengar orang kata, masa yang diberikan lebih kurang 12-15 minit. Aku cuba maintain larian aku, terasa nak pitam. Sekali sekala aku jalan kaki. Belom sampai 2.4 km, 15 minit dah pun berlalu. Arrghhh... aku tak rasa aku boleh berjaya! Apa pun, aku baru jogging 2 hari. Masih ada 5 hari untuk sebarang persediaan fizikal dan mental. Harap aku boleh. Imie boleh. Malaysia boleh!

Selepas jogging dua hari, aku dah tak boleh bangun pagi. Masuk keje kul 10 kena sound ngan boss. Ayoyo, letih... letih...! Berjalan pun terhincut hincut. Tapi depan awek kena la cover sket sket. Hahaha. Masa nak melintas jalan dekat opis kena berlari pasal kete banyak. Aduila... masa ni la rasa macam nak menangis kat situ gak. Paha ni terasa reput semacam jer... Duh!