Kete meragam lagi. RM250 aku dah habis hanya untuk bulan ni saja. Minggu lepas power window rosak. Tukar kabel dalam tu terbang RM90. Pastu tukar skirt belah kanan yang pecah, RM30. Kalau sepasang RM48 jer. Sebelah jauh lebih mahal. Cis, cekik darah nyer orang. Balik dari Pangkor, kete aku ada bunyik yang tak menyenangkan dalam bahagian angin/throttle. Minyak jadik cepat habis, dan bunyik enjin 'mengaum' pelik sket berbanding biasa. Check nyer check, ada something yang seciput je dalam tuh patah riuk. Terbang RM130 termasuk upah. Arrrghhhhhhhh... tensionnya!
Meggi... Meggi... di mana kau Meggi?
...............
Harga petrol naik lagi. Duhh... letih dah dok pikir pasal kete, tambah lagi masalah harga naik lak. Aku tak percaya harga petrol tak akan naik lagi. Sampai satu masa nanti, kerajaan akan mengeluarkan kenyataan, "Kami tidak akan menanggung subsidi lagi. Korang nak beli petrol, korang belilah sendiri."
Masa tu kita akan lihat setiap stesen pam petrol akan menjual minyak dengan harga yang berlainan walaupun stesen pam tu hanya sebelah menyebelah saja. Mungkin stesen ni jual 1 liter RM2 kedai sebelah RM3.50. It could be. Trust me!
...............
Festival Muzik 2005 kat Istana budaya. Aku pegi malam ke-2. Nasib baik Nida ingatkan aku. Kalau tak melepas satu show yang terbest di bulan nih. Walaupun festival kat IB berlangsung seminggu, aku tak rasa dapat hadir kesemuanya. Bizi minggu nih beb. 'Misi' datang dari jauh. Har har har! [Gelak gumbira sakan.]
Aku tengah sakit nih. 'Misi' datang untuk merawat. Yay!