24.5.05

Hujung minggu ni jadual aktiviti sosial aku jadik pack gile. Dari Jumaat sampai ke Isnin, fully booked. Sabtu si Dol sampai. Lepas habis keje, aku lupa aku buat apa. Jumpa Najib kot?!! Ayoo! Tapi malam tu aku jumpa ramai bebudak GJ & Blogger kat Auditorium Dewan Bandaraya bersebelahan Bangunan Sultan Abdul Samad tuh. Semua datang nak layan teater Bangsawan Jula Juli Bintang 7. Thanks to Nida pasal bagitau aku seminggu lebih awal.
Tapi dekat hari pementasan aku lupa. Nasib baik dia call ingatkan. Tak menyesal layan teater nih, seronok. Kelakar dan terhibur. Standard ler, kalau dah nama bangsawan, tak sah kalau tak ada nyanyi nyanyi dan awek awek cun. Tapi semuanya tak secun Salina. Dia kata lah... Ehehehe!

Lepas layan teater, aku follow diorang melantit kat Syed Bistro, Kelana Jaya. Yaaa... pertama kali jejak kaki ke sini. Berjaya jugak aku akhirnya. Ha ha ha. Dari berbelas umat melepak kat sana, last last tinggal 6 orang aje. Berat nak angkat bontot sampai ke 3 pagi. Duhh! Ngantuk seh.

Sampai umah lewat gak. Sebelom tido layan sembang yang Dol jap. Kul 4 lebih baru terlelap. Peh, sakan!

...............

Ahad, jadual aku dipenuhi dengan jemputan ke kenduri kawen saja. 2 tempat hari nih. Gombak dan Banting. Gombak adalah kenduri belah pihak Zaini manakala Banting tu kenduri Ejai, ex-classmate aku masa kat Teknik Terengganu dulu. Kalau ikutkan masa, keadaan tak mengizinkan aku datang ke dua dua tempat, tapi disebabkan kedua dua nya ada sentimental value untuk aku maka aku berkeras nak datang kesemuanya. Sempat atau tak, belakang kira. Ahaks!

Memandangkan Banting jauh, maka aku ambik keputusan ke sana dulu pasal perjalanan semestinya memakan masa yang lebih. Jauh satu hal, nak carik umah pengantin pun satu hal. 2 jam lebih perjalanan baru berjaya temui rumahnya. Pergh... betul betul area bandar Banting. Di majlisnya aku sempat jumpa Din Jawa dan Hanida, kedua duanya adalah ex-classmate aku serta adik angkat Ejai, Fadhilah. Datang bersama aku, si Dol & D [ikut cara dia taip kat blog dia, hek hek!], Huda, Mc G [wife Huda] serta Nana [adik Huda].

Aku tak boleh tunggu lama pasal nak pergi Gombak lak. Kalau tak, sempat ler jumpa beberapa kerat lagi member member lama. Lebih kurang kul 3 kami blah dari sana. Huda terus balik umah. Lepas turunkan D [??? Hehe.] aku dan Dol terus shoot ke rumah Zaini.

4.30 petang kami sampai, kelihatan Zaini dengan kuyup dan lencunnya tengah tolong kaum kerabat membasuh periuk kat belakang umah. Pengantin kena simbah ngan air basuhan pinggan mangkuk dan sirap. Adat orang Melaka katanya. Aduss... mana peginya gaya pengantin? Aku terlewat rupanya [Lewat lagi. Kat umah abah pun lewat jugak!]. Orang ramai dah takde. Kerusi dan meja dah bukak. Kawan kawan semua dah cabut. Photographer [Sani] pun dah balik. Hidangan dah simpan. Yang ada, pengantin lelaki membasuh periuk dan pengantin perempuan tengah tidur pasal sakit kepala. Sedikit terkilan tetap ada tapi aku tak kisah sangat. Walaupun majlis dah selesai tapi niat asal aku tetap sama, tetap hadirkan diri ke kenduri kawen Zaini sebagai seorang sahabat.

Zaini temankan kami makan bersama sama sedara maranya. Walaupun tak rasa feel kenduri tapi aku tetap suka... Itu semua tak penting. Dapat bersembang cukup lah. Lebih kurang kul 7 baru kami blah. Aku hantar Dol ke LRT Taman Melati dulu kemudian pi umah abang aku. Mandi dan rest.

Penat!