Hari ni rasa bersemangat pula nak tulis entry. Datang opis dah ler lewat. Kul 10 baru masuk, haha. Aku rasa bersemangat memandangkan kejadian semalam yang masih dirasakan fresh lagi dalam kepala otak aku nih. Majlis akad nikah member sekelas aku masa kat UTM, Zaini.
SELAMAT PENGANTIN BARU ZAINI & SHARIFAH NOOR AMALIA. Semoga jodoh berpanjangan hingga ke nafas terakhir.
...............
Semalam aku datang ke majlis diorang yang dibuat di rumah Amalia sendiri bukan sebagai seorang sahabat sepenuhnya. Aku datang sebagai peneman pada Sani selaku photographer berbayar. Sani tu member aku yang direkomenkan pada Zaini. Photographer yang dibooked awal awal tidak dapat melaksanakan tugas kerana terlibat dalam kemalangan jalan raya di saat saat akhir. Tangan patah. Astaga!
Kami sampai awal di rumah Amalia. Majlis yang sepatutnya bermula pukul 8.30 meleret leret ke 9 lebih, sedangkan kami setengah jam berada di sana lebih awal. Kami orang yang berdedikasi, tidak mengimplemenkan janji Melayu seperti biasa. Semalam, kami guna janji Bangla. Ahaks! Majlis bermula selepas Isya' kata tuan umah. Okeylah...
Setelah semuanya dalam keadaan bersiap sedia, maka Tok Kadi memulakan bicara. Bagi sedikit sebanyak nasihat dan tanggungjawab dalam rumahtangga. Sekali sekala dia berjenaka juga. Para hadirin dan sanak saudara ketawa kecil. Aku yang berada di tidak jauh dari Zaini dah mula menguap. Bosan dengan ceramah kecil Tok Kadi. Aku pikir tak payah lah nak cakap panjang panjang. Tok Kadi ni buat aku berdebar debar pulak. Ya, aku rasa debaran aku lebih kuat berbanding Zaini sendiri. Aku tak tau kenapa. Tapi serasa timbul satu perasaan yang cukup kuat dalam hati. Seolah olah aku yang sedang duduk atas kusyen pengantin, bukan Zaini. Sani asyik dengan snap gambar. Sekali sekala Zaini pandang aku sambil senyum senyum. Aku tau apa kau rasa. Rileks... Bila sampai masa Tok Kadi nak akadkan Zaini, Sani toleh kat aku.
"Mie dengar tak?"
"Tak jelas lah."
"Dengar betul betul. Soalan bocor..."
Ha ha ha. Ya, memang aku dengar betul betul pasal aku tau insyaAllah satu hari nanti masa untuk aku akan tiba juga. Apa salahnya belajar dari pengalaman orang lain. Sekurang kurangnya aku dah tau, takdela susah sangat soalan yang Tok Kadi tu tanya. Aku rasa aku boleh. Ya, Imie boleh! Eh, emo lak. Lambat lagi la Mie. Sabar...
Sekali lafaz saja, maka mereka selamat diijabkabulkan sebagai suami isteri yang sah. Tahniah. Acara bergambar di bilik pengantin begitu menceriakan. Macam macam posing dah ambik. Sebelom balik, aku dan Sani makan bersama pengantin dulu. Lebih kurang kul 12 lebih kami beredar. Hantar Zaini balik ke umah dia dulu yang jaraknya lebih kurang 500 meter saja dari umah Amalia. Syukur pada Tuhan kerana dipertemukan jodoh. Itulah kejayan yang besar untuk mereka setelah hampir 10 tahun bercinta.
"Zaini, hari ni aku datang sekadar meneman Sani. InsyaAllah Ahad nanti masa kenduri umah kau, aku datang sebagai seorang sahabat!"
Perjalanan balik ke Ukay Perdana diiringi senyuman seribu makna...