4.4.05

Ada orang tu call, aku terus angkat tepon dan jawab...

"Era dan Rejoice. Hello?!"

"Woit, gila ker? Apa Era Era? Benda tu dah lama habis lah!"

Oh yer ker? Mana la aku tau. Aku tak pernah register pun ngan Era. Ahahaha.

......................

Rata rata ramai penonton di rumah tak puas hati ngan siaran langsung Anugerah Bintang Popular tuh. Lebih lebih lagi part Reshmonu nyanyi tak kuar bunyik, iklan potong stim masa Misha Omar tengah nyanyi dan scene akhir masa Kembara tengah perform. Spoil. Lain lain kesilapan taknikal banyak tapi bagi aku kecik nyer hal jer. Apa pun, kesilapan kecik semasa siaran langsung... berjuta umat tengah menonton. Apa cerita tu bang?

Aku tak nak ulas pasal anugerah tuh. Cukupla kalau nak tau lebih, pi baca entry Mat Jan ngan Sultan Muzaffar. Lengkap. Aku cuma nak bagitau aku dapat tengok semua sekali walaupun masa pesanan penaja. Pasal... aku pi sana (Orang riak kena gelak. Bwahahahaha!). Pertama kali masuk Arena of Star Genting Highland, persepsi aku berubah. Rupa rupanya ia tidaklah gah seperti yang digembar gemburkan. Sebelom ni pertandingan akhir Malaysian Idol dan Festival Filem India beberapa tahun lepas dilangsungkan di sana. Dari kaca tv, aku nampak tempat tu teramatlah grand. Teringin jugak nak jejakkan kaki ke sana satu hari nanti, kalau ada peluang. Well, semalam tu la peluangnya. Li Selasih ada 4 tiket free. 2 untuk dia dan aweknya, 2 untuk sesapa. Sesapa tu aku ngan Najiblah. Haha.

Masuk je dalam hall tu, perkataan pertama keluar dari mulut, "Alahai...". Pandai kameraman, shoot shoot yang dibuat tak menampakkan sangat kekurangan stage dan dewan. Penonton di rumah tentu tertipu. Aku agak kalau Utusan yang buat anugerah ni tentu lebih grand. Eh, kenapa Utusan tak buat ye?

Aku tak rasa terhibur sangat ngan acara penyampaian anugerah pada pemenang. Kebanyakan pemenang dah boleh diramal. Aku hanya suka part bilamana iklan. Bagi mengisi masa terluang, Ali Mamak ngan Abon naik stage buat lawak. Gila lawak diorang nih. Gelak sakan aku. Kalau tayang sekali kat tv kan bagus. Satu lagi part best masa geng Cilok buat show. Kire oklah. Semua terhibur, kan?

Lepas habis program kami pi lepak makan minum kat Coffe Bean. Kasi ilang sejuk ngan meneguk hot choclate. Sebelom balik kitorang main kabus kat parking kete. Gila siott... kabus tebal tak hengat dan angin bertiup kencang. Nampak kabus semacam ribut salji lak. Sempat gak berposing maut dalam kabus snap gambar pakai enpon berkamera awek Li Selasih. Aku sampai umah lebih kurang 2.30 pagi. Esok keje beb! Arrrghhhhhhh!