Tengah best bertenet, aku dapat sms dari kawan baik aku, Mere.
"NOTIS AKUAN: Harap maklum, baki PAHALA anda tidak mencukupi untuk menampung akaun AKHIRAT anda. Sila tambah AMALAN untuk menaikkan had kredit ke SYURGA. Harap maklum!"
Hampeh. Lawak kasar nih! Aku tergelak. Tapi dalam dok gelak tu hati sejenak berfikir...
Ya Allah, sejauh mana tebalnya imanku padaMu?
..................
Aku berjanji ngan Tasya nak tengok wayang hari nih. Janji dibuat minggu lepas lagi. Kemudian aku teringat ada teater kat Actor's Studio Bangsar, juga pada hari ni. Mengenangkan teater jarang jarang ada maka aku ambik keputusan untuk tengok teater. Aku pernah tanya Nida tentang teater tuh tapi dia sendiri belom kompemkan lagik. Janji ngan Tasya dikenselkan. Bila call Nida, dia kata takde can. Hok alloh laa... Petang tadi berYM ngan Tasya. Katanya dia akan pi OU petang karang layan Sepet ngan member member dia. Aiseh, tak sempat nak buat janji baru. Aku baru plan nak tengok Sepet ngan dia. Huhuhu~!
Aku pujuk pujuk Najib. Akhirnya...
Seperti biasa kami akan tonton 2 movie sekaligus. Aku teringin nak tengok Sepet ngan Constantine tapi tayangan dua dua citer tu serentak. Memandangkan Sepet masih baru, ada baiknya aku tengok Constantine pasal aku takut tayangannya dah nak habis. Tak sempat tengok kalu, nangislah aku. Ini pun patut dikira sedih bagi aku pasal dekat dekat last tayangan baru berpeluang tengok. Orang lain kebanyakan dah tak ambik tau pasal Constantine lagi. Orang sekarang bercerita pasal Sepet. Ah, mungkin aku akan tengok Sabtu nih! Hehe.
Constantine kul 9. Kami ada kat sana kul 7. Bagi mencukupkan syarat, kami kena beli tiket citer lain lagi satu. Kata nak tengok 2 movie.
Usha nyer usha, takde lagi dah citer yang menarik. Tajuk Seoul Raiders macam menarik. Tentu jalan cerita macam Tokyo Raider, kan? Tentu filem action Kantonis. Ada racing. Ada kejar mengejar, letup letupan dan gado gado. Aku mula membayangkan jalan cerita Seoul Raiders. Najib kata OK jer. Tak pikir lama, then tiket terus dibayar...
..................
Seoul Raiders. Permulaan cerita aku rasa menarik. Ada kejar mengejar dan gado gado seperti yang diharapkan. Malangnya tiada aksi letup letupan. Melihat adengan semasa mencuri plat wang palsu sungguh professional. Heronya nampak bergaya dan berlagak cool. Aku suka. Namun bila tiba 1/4 jalan cerita, aku dah boleh agak sesuatu dah. Melihat hero kalah ditipu crook, dia cari pembantu pembantu yang mana semuanya adalah awek yang cun banget. Ada 3 orang. Sah, ini cerita Charlie Angel versi Kantonis. Tapi kerana letup letupan takde sangat, maka aku klasifikasikan Seoul Raider best sedikit berbanding Mendam Berahi. Arrrgghhhh!!! [Korang pernah tengok Mendam Berahi?]
Aku dah mula tak senang duduk. Aku rasa menyesal tengok citer tuh. Rasa rugi giler 7 hengget. Baik buat makan malam lagi best. Najib dah siap sound aku, kalau citer dah habis tolong kejutkan dia. Uiks... mana boleh. Habis nanti sapa nak kejutkan aku?
Aku memang plan nak tido dah, tapi sabar sket lagi. Cuba cuba layan setakat termampu. Tapi makin lama aku jadi makin berminat plak. Satu faktor kenapa aku suka Chow Sing Chi adalah kerana lawaknya. Tak. Aku tak kata Chow Sing Chi hero dalam Seoul Raiders. Maksud aku, jalan cerita ni banyak pakai teknik melawak ala ala Chow Sing Chi. Lawak serius dan selamba. Menjadi. Aku paling suka part makan kuih ngan wasabi. Dan satu lagi masa aksi gado gado masa kat satu kelab malam. Aku rasa suara aku paling kuat dan paling banyak gelak dalam panggung. Punyala kuat gelak sampai kejang kejang perut aku. Sakit bagai nak pecah. Rahang pun dah rasa lenguh semacam. Gila punya gelak nih!
Sekali Najib sendiri pun tak jadi tido. Dan kami layan Seoul Raiders sampai habis. Hahaha!
//Aku tak sarankan kau pi tengok. Tapi kalau nak tengok, pastikan kau expert dalam menilai antara melawak dan tidak. Nanti kau kata aku tipu jer... Huh!
..................
Constantine. Well, apa nak kata ye? Rata rata semua dah ulas kat blog masing masing. Aku rasa aku yang paling lambat tengok citer nih. Bila aku baca ulasan kawan kawan, rasa macam dah takde bahagian untuk aku nak tulis. Apa pun aku suka citer tuh. Best banget. Jalan cerita berat, grafik cantik. Efek khas masih ala ala Matrix, cuma ada sedikit pembaharuan.
Aku tak paham 100% jalan cerita tu sebenarnya. Ada beberapa part menimbulkan tanda tanya. Contohnya, kenapa Malaikat [Gabriel] nak tolong bebaskan Mammon [anak Lucifer ker?] ke alam dunia? Bukan ke dalam cerita ni, Malaikat ngan Syaitan berperang antara satu sama lain. Syaitan dan Malaikat yang wujud di dunia nyata dikatakan one half breed iaitu kacukan. Aku tak pasti ada ker diterangkan macam mana kejadian diorang [wujud secara kacukan]? Kenapa setiap kali cerita yang berkaitan ngan setan mesti dikaitkan ngan Nazi? Ingat Hellboy? Dan beberapa persoalan lagi aku tak ingat dah... Ahaks!
Moral cerita: Nak masuk syurga kena isap rokok banyak banyak. Tapi masih perlukan sedikit pertolongan bapak setan. Hek hek!
//Jangan bawak kanak kanak tengok cerita nih. Nanti mempengaruhi pikiran diorang, melainkan kau yakin anak kau otaknya sejibik cam kau. Aku tak kesah!