23.3.05

Hingga hari ni aku masih rasa terkilan kat diri sendiri pasal tak hantar mak ngan ayah aku naik train Jumaat lepas. Terkilan pasal tak sempat nak cium tangan mak ayah. Bukan aku tak nak pi KL Sentral sekali, tapi pasal aku dah tau tak sempat.

Abang aku turunkan diorang dekat pintu utama then terus pi carik parking. Lepas tu baru carik diorang semula. Sesampai kat depan escalator, semua dah turun ke platform berlepas. Sedangkan abang aku yang hantar ke sana pun tak sempat kata apa. Aku yg kat belakang belakang sah sah tak sempat.

Aku nak salahkan pihak KTMB pasal percepatkan masa perjalanan dari 7 malam ke 6 petang. Kalau maintain ngan schedule lama apa masalahnya? Perubahan masa ni menyebabkan kitorang terkejar kejar nak ke stesen. Lebih lebih pada mereka yang bekerja. Macam aku. Appa daaa...!

Apa perasaan mak ayah aku masa tu ye??? Nantilah... malam karang aku nak call diorang. Ish! Ish!

.....................

Aku biasa masuk forum Mesra.Net. Walaupun bagi aku Mesra.net tak semesra GJ, tapi aku masih masuk juga. Banyak juga topik perbincangan yang menarik perhatian aku. Lebih lebih lagi pasal cintan cintun. Gila nyer banyak topik yang tak dibincangkan dalam forum GJ. Teringat kat memember aku yang ada problem atau nak tambah ilmu dan pengalaman dalam hal macam ni, so aku taruk link kat sini. Sesapa yang rajin tu, sila sila lah jenguk. Mana tahu kalian dapat apa yang kalian carik.

http://www.mesra.net/forum/

//U know who U are!