27.3.05

Bila teringat kejadian semalam, aku tergelak sendirian. Perkara yang tak pernah dipikirkan berlaku tanpa disangka sangka. Bermula dengan jemputan sebagai tetamu sahaja, takde warning apa apa tetiba aku bertukar jadik bidan terjun. Oh, tak sangka rupa rupanya aku ada bakat jadik pengapit pengantin. Dalam satu majlis yang penuh protokol lak tuh. Har har har!

Menggigil kepala lutut wa cakap lu. Berdiri atas stage sebelah pengantin, diiringi 4 gadis cun melecun dan 5 penari... aku rasa sunggoh bersemangat. Cuma dalam hati kecut gak pasal keseluruhan tetamu yang hadir adalah dari kalangan VVIP. Dato', Datin, Dato' Seri, Puan Seri, Tan Sri, Tun dan segala pangkat mak nenek ada. Gile sehh. Bayangkan berada di awal majlis sehingga habis aturcara, aku masih steady ngan baju Melayu bersampin dan bersongkok. Sapa tau, aku sebenarnya tak mandi lagi. Ahahahaha! Err... bukannya orang perasan.

Apa pun aku cukup puas hati. Really thankful to my fren and his beloved wife. Menjemput aku menghadiri satu majlis yang begitu grand. Salute ya all. That's what we call WEDDING OF THE YEAR!

//Af, bila nak ronda ronda kekenal jalan sekitar KL? Orang tu tengah tunggu nak jadi tour guide, tak sabar sabar... hehe!

.....................

Aisehmen... aku lupa Diablog buat kul 10.00 pagi. Mati mati aku ingat buat belah petang, tu yang best je bangun tido kul 3 petang. Sori la ye pada semua yang hadir. Aku gagal hadir sebagai penambah bilangan tetamu. Huhuhu~! Nasib baik Pak Bear bagitau diorang ada sesi membowlingkan diri kat Hotel Flamingo. Sempat gak aku muncul tunjuk muka. Terngiang ngiang kata kata Mat Jan,

"Ooo... bangun lewat. Ingatkan boikot!"

Oh tidak. Aku tak sekejam itu. Ehehehe.

//Thanks Pak Bear pasal belanja nasi ayam Linda Onn. Nanti aku belanja kau balik. Hehe.