15.3.05

15 hari menunggu hari dengan sabar dan 1 jam setengah mencari parking hanya semata mata nak jumpa tuan doktor selama 5 minit. Tapi tak dapat. Bukan salah aku. Memang aku sampai tepat pada waktunya, tapi pihak tuan doktor tak menyediakan perkhidmatan parking dengan baik. Pukul 11.00 dah jadi 12.30? Kau tau apa aku rasa? Aku terasa nak mengalir air mata. Bukan airmata sedih, tapi marah dan benci. Nasib baik dinding kaca dan pintu lif tebal. Kalau tak dah tentu kopak. Aku terajang sesedap hati walaupun takde sapa yang nampak. Astaghfirullah...

Aku terbakar bila dengar ayat, "Paling cepat pun seminggu lagi baru ada kosong!". Akak jaga kaunter tuh mungkin perasan perubahan air muka aku dari senyum manis kepada jegil bijik mata. Kerana itu kata katanya berubah tanpa disuruh suruh...

"Awak datang besoklah ye. Belah pagi. Kul 7.30 boleh?"

Tau pun takut. Tadi kata seminggu lagi baru ada kosong. Grrr...!!!

Karenah birokrasi. Oh HKL!