Petang tadi aku ular ke Kajang. Nak hantar borang keje kosong kat MPKj. Gara gara nak ambik masa untuk isi form dan pi hantar, aku dah tuang solat Jumaat. Huhuhu~! Takpelah, nak buat camne. Terpaksa...
.................
Teater Hungry kat UIA aku tak dapat pi walaupun 2 tiket aku dah bayar kat Emma. Bukan tak nak pi, tapi kesihatan tak mengizinkan. Lagipun Najib tak boleh balik awal, so kalau aku pi pun sorang sorang. Tak berteman tak seronok. Aku tak nak rasa cam manusia di perkampungan alien kali kedua. Nak tak nak aku msg Nuar kat YM, soh belanja sesapa layan teater tu pakai tiket aku. Setel.
Apa pun kalau rezeki tetap rezeki gak kan? Tak ke mana. Tak dapat pi UIA, aku dapat jemputan ke Actor's Studio Bangsar lak oleh Nida. First time aku masuk situ. Kire OK lah. Antara yang ada ialah Nazmi, Lin, Din, Yadziz dan Sal.
Teater Hamlet versi Bahasa Melayu... tak pernah terpikir untuk aku tonton teater sedemikian. Jalan ceritanya simple tapi dilakonkan dengan begitu berkesan. Lakonan yang mantap dan bertenaga diselang seli dengan beberapa lawak standard buat penonton tak sempat nak rasa mengantuk. Aku malas nak hurai jalan cerita tu. Cukuplah sekadar meluahkan rasa cukup puas hati. Cuma sedikit 'slack' untuk dialog cerita nih kerana menggunakan bahasa Melayu yang ditranslatekan sebijik sebijik dari dialog asal - BANGSAWAN INGGERIS. Kau boleh bayangkan macam mana? Umpama dialog teater TUN TEJA yang aku ceritakan semalam. Dari dialog bangsawan Melayu ditukar kepada bahasa orang putih, maka cacatlah bunyiknya. Aku kire kalau menggunakan bahasa sastera Melayu klasik lagi menghiburkan.
All in all, lakonan setiap pelakon cukup berkesan walaupun beberapa daripada mereka melakonkan banyak watak. Respek kat Syarifah Amani keranadia canteekk siottt! berjaya menjiwai watak Ophelia. Tak padan ngan umornya yang masih muda, bakatnya sudah begitu menonjol. Tak heran ler dia boleh berlakon filem Sepet [Kena tengok nih!]. Kakaknya, Syarifah Aleeya turut hadir menonton dan meneman Amani. Aiseh, Aleeya pun canteeekk bangett siott! Seat dia sebelah Nazmi saje. Aku jeles ngan Nazmi, huh! [Rugi Nazmi tak ambil kesempatan menggunakan skill skill yang ada!].
Teater berakhir lebih kurang 11.30 malam. Kemudian kami ke Pantai Dalam, jalan jalan carik makan. Thanks to Nazmi, belanja makan nasik lemak ayam. Lain kali kita soh Sal lak yang belanja. Muehehehe!
//Aku perasan mamat yang bagi tiket kat aku ngan Nida tu ialah mamat berlakon watak Awang dalam teater Tat Nenas.
.................
Teater Hungry kat UIA aku tak dapat pi walaupun 2 tiket aku dah bayar kat Emma. Bukan tak nak pi, tapi kesihatan tak mengizinkan. Lagipun Najib tak boleh balik awal, so kalau aku pi pun sorang sorang. Tak berteman tak seronok. Aku tak nak rasa cam manusia di perkampungan alien kali kedua. Nak tak nak aku msg Nuar kat YM, soh belanja sesapa layan teater tu pakai tiket aku. Setel.
Apa pun kalau rezeki tetap rezeki gak kan? Tak ke mana. Tak dapat pi UIA, aku dapat jemputan ke Actor's Studio Bangsar lak oleh Nida. First time aku masuk situ. Kire OK lah. Antara yang ada ialah Nazmi, Lin, Din, Yadziz dan Sal.
Teater Hamlet versi Bahasa Melayu... tak pernah terpikir untuk aku tonton teater sedemikian. Jalan ceritanya simple tapi dilakonkan dengan begitu berkesan. Lakonan yang mantap dan bertenaga diselang seli dengan beberapa lawak standard buat penonton tak sempat nak rasa mengantuk. Aku malas nak hurai jalan cerita tu. Cukuplah sekadar meluahkan rasa cukup puas hati. Cuma sedikit 'slack' untuk dialog cerita nih kerana menggunakan bahasa Melayu yang ditranslatekan sebijik sebijik dari dialog asal - BANGSAWAN INGGERIS. Kau boleh bayangkan macam mana? Umpama dialog teater TUN TEJA yang aku ceritakan semalam. Dari dialog bangsawan Melayu ditukar kepada bahasa orang putih, maka cacatlah bunyiknya. Aku kire kalau menggunakan bahasa sastera Melayu klasik lagi menghiburkan.
All in all, lakonan setiap pelakon cukup berkesan walaupun beberapa daripada mereka melakonkan banyak watak. Respek kat Syarifah Amani kerana