31.12.04

Isu Tsunami yang melanda Aceh pada 26/12/04 menjadi topik perbualan hangat di mana mana sahaja. Termasuk aku... mana mana aku pi aku mesti nak bercakap pasal kejadian tuh. Tak perlu lah aku nak huraikan semua pasal sesapa boleh tengok berita, baca paper atau pun surf internet kalau nak tau. Aku cuma sedih ngan peristiwa nih. Banyak nyawa melayang. Kalau setakat berita pasal kematian kat Iraq, Palestin dan Afghanistan tuh masih blom mampu menyebakkan hati aku. Tapi untuk tragedi hukum alam nih, aku tak mampu tahan. Kalau tengok tv, dalam tak sedar air mata bergenang. Tak salah kan lelaki menangis?

Well, ambik iktibar dari kejadian. Bukak minda, tepuk dada tanya iman... apakah perkara yang berlaku hanya hukum alam semata mata atau terselindung maksud lain seandainya dinilai dari sudut agama.

Hukuman Tuhan barangkali.

29.12.04

2 hari lagi nak masuk tahun baru. Apa azam yang aku dah tanam utk tahun depan? Wait... aku rasa soalan tu dah lazim sangat. Setiap kali nak melangkah ke tahun baru, soalan tu gak yang orang dok tanya. Barangkali orang lupa perkara yang berlaku sepanjang tahun sebelom tahun baru nih. Aku tukar sedikit then aku tanya diri aku sendiri semula. Sebelom masuk tahun baru, apakah azam tahun nih dah tercapai?

Tepuk dada tanya iman...

27.12.04

Acara gath GeJu semalam memang meriah gak. Bertempat di Dewan Sri Pulasan, Kolej Ke-6 UPM Serdang. Tengok ramai yang hadir buat aku rasa segala penat lelah bertungkus lumus handle program tuh ilang sama sekali [Walaupun peranan tak banyak sangat, heh!].

Aku datang bersama Bedol, Najib dan Maria. Selaku AJK program aku kena ada kat sana lebih awal. Nak siapkan dewan dan apa apa yang patut. Yang lebih penting, aku kena praktis gitar sekejap. Nanti naik stage takde la nak menggigil sangat. Si ND pun satu hal... main lagu yang aku tak pernah main. Lagu jiwang lak tuh. Tak kena ngan majlis tapi aku tak kesah. Janji hadirin suka, aku pun kena la suka jugak. Ahaks! Hampeh!


Photo::Ehsan Op


Amacam?

Aku cukup seronok semasa majlis berlangsung. Dapat jumpa ramai blogger ngan Gejuis lebih lebih lagi yang tak pernah bersua muka sebelom ni. Harapnya majlis untuk tahun depan lebih gempak dari yang ni. Lagi photo best best boleh klik kat sini.

Jutaan terima kasih aku ucapkan pada semua yang terlibat. Yang paling best, a million thanks to Rudy Bluehikari pasal bagik can tumpang mandi kat umah. Ingat lain kali leh lah singgah lagi, untuk mandi. Ahahahahaha!

..........................


Kat forum GeJu, ramai yang hantar entry masing masing. Aku tak post. Malas. Tapi tengok pada soalan yang Tok R kemukakan tu macam menarik utk dijawab. Aku trylah, then aku paste kat sini...

1. Apakah impresi awal anda sebaik sahaja anda melangkah masuk ke dalam Dewan Seri Pulasan?
//Terkejut pasal tak sangka ramai yang hadirkan diri. Mata aku pandang ramai orang, dan aku rasa ramai mata pandang aku sorang. Segan weih!

2. Adakah suasana gathering ini seperti yang anda sangkakan sebelum ini?
//Yup. Dah agak dari awal melihat pada kerjasama dan persediaan rapi dapat dirasakan suasana gath kali akan lebih baik berbanding sebelom ini.

3. Peserta gathering manakah yang paling ketara kehadiran kepada anda?
//Rudy ngan pedang ninjanya. Huehuehue! Serta Dona. Wow!

4. Perkara / acara apakah yang paling anda berpuashati sepanjang gathering ini.
//Unplugged. Bukan puas hati kerana mutu nyanyian dan persembahan tapi puas kerana buat pertama kali seumo hidup baru berani naik stage main gitar depan orang ramai. Gila ah aku... Menggigil kepala lutut wa cakap lu...

5. Perkara yang hendak anda sumbangkan kepada GJ untuk gathering akan datang?
//InsyaAllah nak taja anugerah. Kalau Tok R dapat motorbike sebijik, aku ingat tahun depan nak bagi robot Transformer. Hehehe.

6. Apakah cadangan perubahan pada gathering akan datang bagi memantapkan GJ?
//Adakan permainan yang santai. Contohnya Kotak Beracun. [Aku kata contoh aje...] Permainan yg menjadi satu kaedah di mana si polan ni akan tegur si polan tu. Kerana nak harapkan masing masing tegur antara satu sama lain susah. Aku sendiri pun tak sempat nak tegur semua. Sampai skang ada lagi yang aku tak kenal walaupun bertembung banyak kali depan pintu masa nak kuar masuk.

7. Adakah anda ada gambar-gambar menarik yang ditangkap sepanjang gathering? Tampal di sini atau tunjukkan kami fotoblog anda.
//Ada. Dalam proses nak edit. Cuba cubalah intai kot kot dah upload.
//zhoulsz.fotopages.com

25.12.04

Ho ho ho. Merry Christmas!

...........

Sempena cuti Hari Natal ni sepatutnya aku perbanyakkan tido. Tido puas puas. tapi memandangkan dah berjanji ngan diorang [sapa tu? nanti aku cerita laa...] nak pi PD hari ni, so dengan macho dan penuh gayanya aku bangun awal untuk bersiap siap. Lepas setel semua, aku terus shoot ke Shah Alam, ambik diorang kat umah Ma. Salah seorang ex-classmate aku masa kat UTM dulu. Diorang dah lama tunggu aku. Aku sampai lewat sebenarnya tapi nak buat macam mana, sesat! Bukannya aku tau umah diorang kat mana. Nak mencari tu ntah habis lorong ngan roundbout kat Shah Alam tuh aku redah. Heh! Tak pasal pasal aku jadik expert jalan area sana. Haha.

Kami ex-classmate DDC anjurkan gath kecil kecilan sebenarnya. Tak ramai yang datang pun pasal kami tak announce kat semua orang. Just mereka mereka yang rapat dan selalu keep-contact jer. Lagipun sempena Tasya baru balik Malaysia setelah habis final exam kat UWA sana, so ambik can jumpa dia secara beramai ramai. Cuma lecehnya... takde port lain lagi ke hah? Asyik PD jer... Ilang mood nak mandi laut, heh!

Dari umah Ma, kami bertolak lebih kurang kul 11.30 pagi. Dua buah kete. Kete aku ada Tasya ngan 3 orang member diorang yang aku tak kenal. Kete Ma ada Ina, Yani, Azila dan Fateha. Kat PD dah ada yang dah sampai. Londang [Shahrin nama sebenarnya] datang ngan member dia manakala Isma datang ngan Yan [dah jadik tunang Isma pun...], Mek Na dan Marini. Isma sekereta datang terus dari UPSI. Uiks... jauh gak tuh. Semangat tol diorang. Ahaks! Apa pun, jejaka yang ada, 4 kerat tu jer la. Yang ramai ramai tu awek awek yang ayu dan manis jelita cek mek molek adanya.

Sambil makan kitorang banyak bersembang pasal perihal kerja masing masing. Dah lama tak jumpa macam macam cerita keluar. Seronok jumpa diorang nih. Kepala sempoi belaka. Aktiviti mandi ada la sekerat dua yang turun ke laut. Geng jejaka tak turun, lebih banyak berjalan jalan usha pandangan dan bersnap gambar sekeping dua. Bawak gitar tapi takde mood nak main. Angin kuat sangat kot... ilang bunyik petikan gitar. Huh!

Selepas acara makan makan kat satu restoran berdekatan, kami terus bertolak pulang. Aku nak cepat sampai pasal si Bedol tengah tunggu aku kat sekitar KL. Dia baru sampai dari JB. Akan lepak umah aku satu malam kerana besoknya kami ada majlis gathering GeJu lak. Kesian lak kat Bedol. Terpaksa tunggu aku selama sejam kat Stesen LRT Salak South. Nasib baik dia tak hangin semacam jer. Well, aku bukan sengaja pun. Tengok elok jer sembang ngan aku lepas ambik dia kat sana, ok la tu kot... Kot?? Hmm... ye la kot! Ehehehe!

Klik kat sini nak tengok gambar.

23.12.04

Aku ingatkan problem mata aku ni sekejap jer. Agak agak lepas sehari dua dah ilang. Tapi maintainn jer... aku dah rasa tak sedap hati nih. Semalam aku try test mata sendiri sendiri. Rupa rupanya mata belah kanan aku yang problem. Belah kiri ok cam biasa. Patut pun rasa tak seimbang jer. Bila aku baca paper atau tengok screen sambil tutup mata belah kanan, aku nampak semua tulisan clear, terang dan jelas. Tapi bila aku tutup yang belah kiri nyer, aku langsung tak boleh baca apa apa. Semua tulisan nampak blur. Ah sudah. Takkan mata aku dah rabun? Rabun dekat? Onthespot? Apa puncanya? Apa penyelesaiannya? Apa aku nak buattttt?!!

Aisehmen... Cuaknya! Cuaknya!

22.12.04

Dah 4 hari mata aku berpinar. Aku tak tau pasai apa. Aku ingat nak pi check kat klinik la nanti. Tak pun kedai jual cermin mata. Pandangan aku kabur, serta bertambah cerah dan tak menyelesakan. Semacam anak mata menerima cahaya berlebihan. Paling menyeksakan bila aku nak baca paper atau nak hadap monitor... pandangan tak seimbang. Aku nampak tulisan jadik double. Habis font ada shadow. Warrrghhhhhhhhhhh... apa kena mata aku nih???

20.12.04

Padan muka aku. Bangun tido kul 9.30 pagi. Ni semua pasal layan borak ngan awek jiran sebelah tu ler. Aku dah lewat giler nak ke opis. Nasib baik jap lagi nak kena pi Damansara Height. Ada tender briefing kat PNB Damansara. So aku kaw-tim ngan Shima. Kot kot boss tanya aku mana, jawab aku dah pi Damansara awal. Biasala, survey tempat beb. Takut sesat, kang terlewat masuk meeting lak nanti. Ehehehehe. Idea bernas. Nak idup...
Malam tadi aku tido kul 4.20 pagi gara gara layan sembang ngan Ema dan Niey ikut tingkap. Diorang kata nak jumpa aku besok kat bawah. Hmm... plan Mie, plan...

18.12.04

2-3 malam bersengkang mata gara gara nak siapkan satu layout template untuk Blogger. Aku takde idea. Aku bosan sebenarnya. Daripada tak buat apa ada baiknya aku try godek godek VAIO tu. Ntah macam mana tersiap lak satu template blog. Tapi masa tu tak cantiklah. Yelah... saja saja buat. Takde tujuan. Tapi bila aku teringat Nuar selalu dok bunyik bila bila dan bila, last last aku edit balik... kasi touch up sket then bagi kat dia. Aku rasa dalam banyak banyak template yang pernah aku buat, yang ni lain sket. Luaran simple jer... tapi coding pening sket. Rasanya kalau nak buat lagi sekali tak boleh kot. Aku dah lupa. Ahahahahaha. Bertuah kau Nuar. Apa pun, memandangkan blog asal Nuar takde tema tertentu so aku buat yang tu pun tak bertema gak ler. Tapi aku boleh bagi cadangan. Nuar, kau boleh bagi tema blog kau... SUKA SUKA HATI! Huahuahua!

Hari ni aku publish template baru tu walaupun tak siap 100%. Takpe... yang sket sket tu biar dia buat sendiri. Hehehe.

//Aiseh... mata aku ada something wrong ler. Pandangan nampak berpinar macam baru lepas kena tonyoh bijik mata.
Seperti biasa di kala malam sebelom tido, aku akan layan gitar jap. Mengasah seciput bakat yang ada. Tapi takde la aku main hari hari. Selang dua hari mungkin aku sentuh la gitar tuh. Tinggal lama lama tak boleh gak nanti jari jadik keras. Lagi pun skang aku tengah praktis nak main gitar pakai pick. Gila ah aku... dari dulu sampai skang tak reti reti main gitar pakai pick. Malu aku kat Najib. Pada hal dulu aku ler yang dok ajar dia. Skang dia dah reti pakai pick. Gitar karan lak tuh. Aku? Hmm... masih dia awan awangan. Ehehehehe.

Dalam seminggu dua nih aku kerap main gitar aku tuh. Boleh dikatakan hari hari mesti kena layan gak kejap. Tak sebelom tido, selepas bangun tido pun jalan. Yang bestnya, aku tak pernah ambik port ngan apa jiran sebelah nak kata. Mungkin aku main best, mungkin jugak sumbang. Mungkin suara aku nih sedap, mungkin jugak muntah sesapa yang mendengar. Aku rasa jiran sebelah dan bawah boleh dengar suara aku. Ye lah... menyanyi pagi pagi buta waktu suasana hening takde kebisingan... dah tentu nyanyian lunak merdu aku tu boleh terjah telinga diorang sejelas jelasnya. Tapi bila dipikirkan balik, jiran jiran tak kan marah aku pasal apa la sangat kalau nak dibandingkan dengan bunyik nyamuk terbang. Kan? [Rujuk iklan spray penghapus nyamuk kat tv].

Mak aih, panjang la plak intro aku. Nak cerita pasal benda lain sebenarnya. Hehehe. Okeh, direct to the point.

Tak disangka sangka sebenarnya setiap kali aku dok layan gitar tu, aku bukan sensorang. Ada pendengar setia sebenarnya. Aku jer yang tak tau. Dapat tau tu pun bila si pendengar tu terkantoi cakap kuat masa sesi aku melalak tengah berjalan. Ahaks!

Lepas habis nyanyi 2-3 lagu, aku berenti jap. Penat. Kasi kumpul tenaga untuk lagu seterusnya. Sekali aku terdengar suara awek sayup sayup berkata... "Alaa... nyanyilah lagi. Apsal berenti?"

Tang tu gak aku tergelak. Awek tadi perasan yang aku sedar diorang ada dok pasang telinga curik dengar nyanyian aku terus jer gelak mengekek ngekek. Dah takde nak sembunyik sembunyik lagi dah. Walaupun terkejut tapi aku buat buat biase je. Malu ada segan pun ada. Rasa cam malas jer nak terus layan gitar malam tuh. Aku dengar suara awek yang gelak cam ramai. Cuba cuba beranikan diri tegur diorang di sebalik tingkap. Diorang menyahut lak. Peh, menjawab... Ada can nih. Hehehe.

Oh ya, sebenarnya tingkap bilik aku ngan bilik awek tu tak jauh. Sama sama mengadap. So kalau nak bersembang slow slow tak jadik masalah ah. Awek tu lepak kat balik tingkap, aku layan sembang ngan dia sambil baring atas tilam. Sempoi kan? Sesambil tu petik tali gitar alakadar. Saja nak tambah efek sunyi di kala malam. Ahahahahah.

Aku sempat berkenalan ngan awek sebelah. 3 orang semuanya. Bukan adik beradik, cuma sesama sedara mara yang datang bercuti umah mak cik diorang kat situ. Musim cuti sekolah katakan. Ema, baru tingkatan 2 asal dan bersekolah kat Kelantan. Niey baru habis SPM menetap dan bersekolah di Kuantan kalau tak silap aku. Tapi juga asal Kelantan. Sorang lagi, Umil sedang belajar kat UTM Jalan Semarak di tahun 1 jurusan mekanikal engineering. Juga awek Kelantan. Aku sempat bersembang ngan diorang bertiga selama tiga malam berturut turut so diorang pun dah tak segan nak tanya aku macam macam. Sebelom diorang balik semula ke sekolah masing masing, aku sempat jumpa ngan Niey dan Ema kat taman permainan kat bawah. Umil tak sempat jumpa pasal dia dah balik hostel. Isnin ada kelas katanya. Terkejut gak aku bila jumpa diorang. Ema, yang dikatakan baru tingkatan 2... mak oi... badan cam student tahun 2 kat U. Niey lak yang baru lepas SPM tu... alahai... kecik orangnya. Lagi kecik dari Nida. Hahaha. Tak paham aku.

Mula mula aku start sembang ngan diorang, aku tutup lampoo bilik aku. Sembang balik langsir dalam gelap tak nampak muka. Konon konon nak misteri la tapi last last jumpa gak diorang. Siyol. Diorang pun sama. Mula mula tak bukak cermin tingkap... lama lama bukak habis. Siap pasang lampoo lagik. Diorang cerita kat aku.... katanya, pertama kali diorang dengar aku dok layan gitar tu buat diorang tension. Tak boleh tido. Rasa cam nak baling segala apa yang ada dalam bilik diorang tu kat aku. Tapi lama kelamaan, diorang rasa seronok lak. Sampaikan kalau aku tak main gitar malam tu... diorang frust. Ada juga tunggu sampai lewat pagi kot kot aku start lambat. Sesambil dengar aku dok main gitar, diorang juga ada follow nyanyi sekali tapi pelan pelan jer. Tak nak kasi aku tau. Hampeh. Sekarang, bila time aku main diorang boleh siap buat permintaan lagu. Mana yang aku rasa aku boleh main, aku ikut jer la permintaan diorang. Tarak hal la... bukan selalu pun.

Bersembang di awal perkenalan banyak la topiknya. Apa pun sesi perkenalan ditangguhkan sementara bagi memberi laluan pada diri sendiri untuk tido sepuasnya. Kul 4 pagi beb. Esok keje. Tak ngantuk ke? :)

17.12.04

Uiks... sakan betul aku bekerje. Sampai la ni pun dok opis lagik. Bila dapat balik umah nih? Uwaa....

15.12.04

Rudy bawak balik sekeluarga harmster kat rumah. Dah tak leh nak simpan kat opis katanya. Ada orang komplen. Mungkin takde tempat nak taruk lagi last last bawak balik umah jer. Dia dapat pun dari kakak dia yang dah tak nak bela. Apa yang aku tau, harmster ni cepat membiak. Produktif! Hehe.

Dah dua hari menatang tu ada kat umah. Seronok gak bila tengok si bapak tak boleh dok diam. Berlari sana berlari sini. Tapi... dalam akuarium tu jer lah. Haha. Aku suka tengok gelagat menatang tuh. Kadang kadang dia berdiri atas dua kaki jer sambil menggosok gosok badan sendiri. Nampak cute sesangat. Comey lak tuh! Tapi bila aku hulur jari dia gigit lak. Menjerit sakan aku. Hampeh nyer harmster, aku pijak jugak last last nih!

Tengah best dok mengacau si bapak, Wan tegur aku...

"Seronok sangat kau yer dapat main ngan anak tikus?!!!"

Hmm... anak tikus ekk???

13.12.04

Orang soh pi keje tak mau. Bila dah cuti boleh lak terhegeh hegeh datang opis. Itulah aku. Sabtu 2 hari lepas aku tak pi keje walaupun Sabtu tu halfday. Disebabkan plan nak ke Alor Setar tak jadi, maka aku setuju untuk temankan Maa pi openhouse umah member dia kat Shah Alam. Sekali ondeway nak ke sana, hujan lebat giler dan jalan pun jam teruk. Dicampur ngan perut yang memulas semacam ni dan ngam ngam dah lalu area opis aku... apa lagi... park somewhere then masuk opis meneruskan perjuangan yang belom selesai. Kalau tak silap aku lebih kurang kul 4 aku lepak opis. Tak perasan terlajak sampai ke 11 malam. Ahahahaha. Opis ni macam aku yang punya!

Ikutkan hati bukannya nak dok lama kat opis tuh. Tapi bila Maa sendiri dah sms aku kata kat Shah Alam pun hujan lebat giler dan dia pun dah 50-50 nak kuar... aku terus jer kensel plan. Dia setuju. Janji pi umah dia Ahad lah pasal dia kata dia nak buat open house. Hmm... boleh aja. Makan free sapa tak nak. Kan? So Ahad lah aku jumpa Maa...

Alang alang aku dah kat opis, ambik can la bertenet sekejap. Apa pun PC aku ni senak perut kott... sampai sudah tak dapat nak access internet. Nak chat kat YM boleh. Check emel pakai Outlook Express ok jer. Try ping mana mana IP address semua jalan. Check LAN ada. Siap boleh transfer fail lagik. Tapi bila part nak guna Internet Explorer, semua blank. Semacam connection tu sangkut di pertengahan jalan. Chewah... Segala peringkat ilmu yang tinggi tinggi habis aku kuarkan. Last choice, bila dah fed up sangat aku install jer balik Windows. Ambik pilihan Upgrade. Jangan New Installation beb, nanti ilang segala fail dalam drive C korang. Nangis tak berlagu la jawabnya.

Okeh, setel. IE dah jalan. Tapi ada satu lagi masalah baru timbul. System Restore aku ilang. Ah, lantaklah. Malas dah aku nak check apa rosak. Benda tu tak urgent pun bagi aku. Janji dah boleh bertenet. Hehe. Baru lega sket. Perut pun dah lapar. Shut down PC, tutup lampoo, aircond dan lock pintu... then blahhh!

Pi carik makan!

11.12.04

Alahai... plan tak jadila plak. Sebenarnya hari ni big boss aku kawen. Cik N*na - ED aku. Dia buat masjlis kat Alor Setar. Aku beriya iya benar nak menghadirkan diri ke majlis perkahwinan dia tapi tak dapat la plak. Semua gara gara tiket bas habis. Laku benar ye tiket ke Kedah? Adakah kerana disebabkan Sabtu cuti besday Sultan Selangor? Hmm... Tak dapat aku nak tengok Cik N*na pakai gaun pengantin. Agak agak seksi gak ker? Ehehehe...

Balik keje semalam aku mintak Najib tolong hantarkan aku kat Pudu tapi masa tengah tengah melepak kat umah, Rudy balik keje awal lak. So malas nak menyusahkan Najib. Dia jauh sket ngan aku. Alang alang Rudy ada, senang. Pi ngan kete aku, nanti dia boleh tolong bawak balik. Takyah nak pening pening kepala nak tinggal kat mana. Mula mula kitorang pi stesen bas Jalan Duta. Kat sana senang nak parking, jalan pun tak jam. Tengok banyak kaunter tiket tutup. Aku nampak 3 kaunter jer yang bukak. 2 kaunter ntah apa nama... tak kenal sangat. 1 kaunter lagi Transnasional. Aku dah muak naik bas Trans, so ingat nak try bas lain lak. Memandangkan tak ada pilihan, nak tak nak beratur kat kaunter Trans gak. Huhuhu~!.

Tiket kat stesen Jalan Duta semua habis. Kitorang pegi Pudu lak. Rudy dah mula gelakkan aku.

Rudy: "Hahahaha. Ada orang perasan nak pi Kedah konon!"

Hampeh. Apa nak buat. Silap aku jugak. Sepatutnya aku beli tiket awal awal lagi. Tapi takpe, benda ni bukannya urgent pun. Kalau tak dapat pi pun takpe. Aku tak kisah. Bukannya tak pernah sampai Kedah. Ye tak?

Kat Pudu, keadaan sama. Tiket semua habis. Aku tanya kat kaunter bas bas yang best jer. Kaunter bas yang nama ntah hapa hapa tu aku buat tak nampak jer. Haha. Sebenarnya keinginan nak ke Alor Setar tu masih 50-50. Ikutkan hati, aku nak pi. Nak tengok Cik N*na kawen. Tapi dalam masa yang sama, sen tengah takde. Kalau aku pi sana, aku tak tau berapa hinggit sen aku habis nanti. Tiket pergi balik dah berapa... Makan minum lagi. Kalau lepak KL, paling bangsat pun baru 30 hinggit terbang untuk Sabtu dan Ahad. Cik N*na kata, kalau pi kenduri dia Sabtu tak yah pi keje. Cuti. Kalau tak pi kenduri aku kena keje. Ah ye, keje la engkau sensorang Imie...

Skang semua tiket dah habis. Tak pergi... aku ada alasan kukuh. So tak heran la kalau dia tanya nanti. Yang bestnya, bukan saja tak pi Alor Setar, keje pun aku tak pi. Bangun tido kul 12.30 tengah hari beb. Ahahahaha!

Apa pun, SELAMAT PENGANTIN BARU untuk Cik N*na dan En. Mahadz*r. Hujung tahun ni... err... ada bonus tak? Ehehehe.

7.12.04

Semalam masa lepak kat umah Najib, mak aku call. Ingatkan nak tanya apa... rupa rupanya bimbang kat anak anak kat KL nih. Yelah... lepas balik KL semula masing masing menyepi jer. Langsung tak kirim kabar berita; tak tanya kampung apa cerita. Rasanya abang abang aku dia dah tak berapa bimbang sangat. Yang bimbangnyer kat aku ngan adik aku nih. Pasal kitorang tak kawen lagi. Huahuaha. Err... sebenarnya mak aku dapat tau ada sorang anak jiran sebelah umah kawen lari belah Siam sana tuh. Dia nak kawen tapi mak bapak belah pompuan tu tak kasi. Last last kawen kat Yala. Ish... apa bengap betul mamat nih. Tak pikir maruah keluarga. Tapi apa nak buat... sekolah pun bukannya tinggi so tak heran la dengan cara pemikiran dia. Mak aku risau ingatkan aku atau adik aku buat macam tuh. Aku gelak sakan bila dengar mak aku cerita. Last last aku kata, "Mak takyah bimbanglah mak... toksah kata nak bawak lari anak orang, nak pi Siam pun orang takde duit!" Hahaha. Turn mak aku lak gelak sakan.

So dah ilang sikit kerisauan mak aku. Aku janji ngan mak aku, InsyaAllah aku bukan jenis yang suka bermain arang.

6.12.04

Aku baru balik dari Sogo nih. Curik masa jap pegi kedai Sendayu Tinggi. Nak beli ubat resdung yang dah 3 hari kehabisan. Cakap kat Shima nak pi Maxis, nak ambik cek. Memang aku pi Maxis pun tapi lepas tu terus shoot ke Sogo. Haha. Lepas blah dari Sogo, aku lintas jalan kat traffic light depan tu nak ke parking yang depan Campbell. Sekali ada sorang mamat India rasanya tahan orang lalu lalang depan dia mintak tolong pimpin dia melintas jalan.

Ya. Dia buta. Tapi aku tak tolong dia. Rasanya tongkat yang dia guna buat tahan orang dah kena kaki aku tapi aku tak berenti. Aku teruskan langkah pasal nak cepat. Masa berjalan tu aku sempat toleh ke belakang. Kedengaran orang tuh tengah merayu rayu kat sesapa yang disangkanya lalu depan dia. Aku rasa banyak mata memandang kat orang tuh. Dan banyak juga yang pandang kat aku rasanya. Masa tu aku nak cepat takut kantoi ngan boss. Yelah... curik tulang. Tapi bila aku dah start enjin kete, dah menyusur perlahan lahan... baru aku terasa betapa tak adilnya apa yang aku buat tadi. Apa salahnya kalau aku bazirkan sedikit masa hanya semata nak membantu orang kurang upaya? Kenapa aku tak berenti tadi? Kenapa aku tak rasa kasihan bilamana aku dah ada depan dia tadi? Kenapa aku rasa aku sedih sangat sekarang? Kenapa aku rasa bersalah?

Sebenarnya timbul satu penyesalan dalam hati aku. Tak patut aku biarkan orang tu macam tuh. Sepatutnya aku tolong. Bila dipikirkan, nasib baik aku masih mampu melihat. Kalau ditakdirkan satu hari nanti Tuhan nak tarik salah satu pancaindera aku nih, apa yang dapat aku lakukan?

Tuhan saja yang tahu...

4.12.04

Aku: "Di, yang 15 hinggit dulu nyer mana?"

Rudy: "Rilek dulu lah Mie, aku dah habis duit nih!"

Aku: "Berapa lama mau tunggu? 4 bulan dah nih."

Rudy: "Hak elaa... 15 hinggit pun berkire."

Aku: ... [diam]

Berkire? Aku jenis berkire ker? Seingat aku, jarang sekali aku berkire dalam hidup aku. Tak kisah lah pasal apa pun, selagi aku boleh buat aku buat. Selagi boleh hulur aku hulur. Selagi boleh tolong aku tolong. Masa aku rasa senang aku nak jer kengkawan aku tumpang sekaki. Masa aku susah aku lari jauh jauh. Aku tak nak kengkawan tumpang susah kerana aku. Tapi semalam aku sedikit terasa. Ni gara gara pasal sewa rumah jer. Rudy dah terlewat bayar sewa. Bila bayar, tak cukup RM15. Tak ada duit lagi dah katanya, so aku kena tunggu. Ini cerita 4 bulan yang lalu. Masuk bulan nih aku tak sempat mintak lagi tapi dia awal awal dah hulur. Hulur sewa rumah untuk bulan nih. Cukup. Tapi mana RM15 yang 4 bulan lepas punya? Bila aku tanya, dia kata dah takde langsung dah. Aku tension. Dah banyak kali aku jadik tukang tampung orang. Dulu dulu aku tampung Lan, 2 kali lak tuh. Sampai sekarang tak bayar bayar. Sampai la dia dah balik kampung dan tak datang datang. Takpe, aku buat derk jer. Aku ingat sampai bila bila. Aku malas nak tanya. Kalau dia ingat, dia bayar aku ambik. Kalau tak... kire halal jer lah. Skang Rudy lak buat camtuh. Aku tau dia takde duit. Aku sendiri pun takde duit gak. Tapi masalahnya benda nih dah sampai tahap menyusahkan aku. Aku bukannya jenis yang suka mintak hutang. Memang bagi aku RM15 tu kecik jer nilainya. Aku boleh halalkan macam tu jer kalau aku nak. Tapi aku tak buat macam tu. Kenapa? Pasal perkara nih melibatkan sikap dan etika. Itu yang aku pentingkan. Kalau sesapa nak pinjam duit aku untuk buat makan ker.. beli something yang berguna ker.. emergency case ker.. aku hulur jer. Bila dan berapa banyak atau berapa kali nak bayar balik aku tak kesah. Janji bayar. Kengkadang, bila diorang tak mampu nak bayar balik, aku buat donno jer. Aku kire burnt ajer duit tuh. Duit pinjam untuk kegunaan dengan duit sewa rumah tak sama. Rumah kita duduk sama sama. Kita kongsi guna api elektrik ngan air sama sama. Apa yang ada kat dalam rumah tu kita guna sama sama. Tapi bila part sewa, kenapa kita tak boleh bayar sama sama... sama banyak? Itu yang aku terasa. Kalau sekali tak apa, kalau dah berkali kali sapa boleh tahan? Aku harap bukan aku sorang jer yang pentingkan sikap dan etika...

Aku selalu amalkan prinsip; Aku tak akan buat macam tu kat orang kalau aku tak suka orang buat macam tu kat aku!

Apa pula prinsip korang?

1.12.04

Yahhoo...! Siap lagi satu page untuk design blog aku. Bahagian perihal peribadi [about me] aku ler. Tapi tak termasuk rahsia peribadi la ekk. Kang jadik kontroversi lak. Hek hek!

Esok lak sambung update & upgrade. Chow!