30.11.04

Seminggu lebih blog baru aku takde sebarang editting. Pada hal ada lagi beberapa page yang patut disiapkan. Takpelah.... nak advertise kat orang pun lambat lagi. Sementara tu... aku tulis la dulu apa apa yang patut kat sini. Rasanya esok lusa start sikit lagi kerja kerja mengedit layout nih. Chow & adios!

Dalam bulan Syawal nih, tiap tiap hujung minggu ramai jer buat openhouse ye. Terima kasihlah kat sapa sapa yang jemput aku datang tuh. Save bajet makan. Ahaks!

27.11.04

Jam. Sebut pasal jam... jam tangan yang aku pakai selama 2 tahun pemberian boss aku skang nih terpaksa ditinggalkan kat rumah buat sementara waktu. Dah tak boleh pakai dah. Bukan jam tu rosak mahupun bateri habis. Bateri tu, selama aku pakai sampai la ni, sekali pun tak pernah tukar. Hebat kan? Tapi apakan daya, getah tetap getah. Tak boleh jadi besi. Tali jam tu dah patah. Aku tak mampu nak beli baru. Kalau gaji dah masuk pun belom tentu aku nak pi carik tali baru. Yang tu jalan terakhir. Buat masa sekarang, cuba cuba la kenen boss balik. Manalah tau kot kot boss tergerak hati nak buat amal jariah. Untung untung dapat lagi satu jam baru. Har har har!!!

Ish... susah jugak ye takde jam tangan nih!

24.11.04

Kat umah abang aku, lepas balik dari keje...

Uhh... baru bangun tido sebenarnya. Nampak PC free jer terus aku on dan hasilnya, nilah... siap satu entry. Entry tak puas hati dan usus. Haha. Tertido lepas layan CD 7 PERHENTI*N tapi tak sempat tengok sampai habis. Ngantuk yarabbi, tak taulah kenapa. Aku agak pasal filem tu laa... best gile babi nak mamposs! Macam sial! Aku tak tau kenapa Pr*f A Raz*k Mohaide*n nih suka buat filem. Dia tak sedar ker filem arahan dia semuanya tak sedap. Toksah kata nak tengok, nak makan pun tak sedap. Ptuih! Apa yang aku nampak, semua filem dia lebih kepada syok sendiri. Dia buat, dia kata la best. Ada duit, tarak hal laa... boleh promote kat mana mana yang dia nak. Tapi tak boleh nak salahkan dia 100% gak [patutnya 300%], dah dia dok syok buat filem, kita pi tengok buat apa. Benda tak berkualiti, aku rasa teramat rugi kalau membazirkan duit RM10 untuk tonton wayang. Baik buat sedekat kat mamat rabun yang mintak dari meja ke meja makan kat restoran mamak lagi baik, huh! Kita tengok, kita bayar beb. Dia dapat duit, pastu dia buat filem lagi. Filem yang konpem tak best juga. Pastu kita tengok lagi. Kita bayar lagi. Selagi berterusan macam ni sampai bila industri filem nak maju. Orang kita macam tak reti nak nilai kualiti filem. Asal ada jer. Alahai orang kita... ubahlah sikap. Mari boikot filem filem yang tak best macam nih. Salah satu caranya dengan membeli CD lanun cetak rompak. Ahahahahah... jahatnya aku!

Kenapa aku tak puas hati sangat ngan filem arahan En Raz*k nih?
1. Pelakon sama dalam semua filem arahannya.
2. Pelakon kaku, tak menjiwai watak.
3. Jalan cerita banyak meniru orang lain. Ala ala omputeh la.. hindustan la..
4. Skrip merapu. Tak nampak real. Adakala beberapa dialog nak diselang selikan ngan BI tapi tak masyuk.
5. Kesinambungan plot plot tak smooth. Macam mana? Korang pikir sendiri laaa. Ahaks!
6. Mimik muka pelakon nampak sangat dibuat buat. Kengkadang lebih lak. Overacting! Kalau perhati betul betul, tak ada orang buat macam tuh kat dunia nyata. Aku suka lakonan dan gaya bahasa yang natural. Cth: Filem arahan Aziz M Osman.
7. Memang style pengarah ker... kalau tak berlakon pun still masukkan kaum kerabat berlakon sekali dalam filem diorang??? e.g Adik, abang, kakak ker...
8. Dah lah wei, kang nangis lak En Raz*k bila baca entry aku nih!

All in all, tak payah tengok. :)

23.11.04

Berita gembira. Pepagi hari lagi dah dapat sms dari Kak Ungku. Terperasan lepas siap mandi nak pi keje.

"Jemput beraya ke umah akak, Jumaat ni 26/11, lepas keje. Sape2 yg sudi dtg tlg msg akak balik. Nak mintak tlg skit, tlg kosongkan perut, hehe." 8:10:54 am.

Aku suka makan, lebih lebih lagi mak mertua Kak Ungku yang masak. Wahwahwah! Paling aku suka kek lapis yang dia buat. Sedap betul. Hmm... tak tau lagi dapat pegi ker tak. Kalau ramai yang nak pegi, boleh lah aku tumpang. Nak drive sendiri rasa tak larat. Bukan aku, tapi poket aku yang tak larat. Tapi kalau nak tong tong aku tarak hal. InsyaAllah kalau takde batang balak tumbang melintang depan pondok pak guard, sampailah kot. Apa pun, untuk Kak Ungku...

"Akak, masak sedap sedap ye!"

Ah ye lupa nak cakap. Part kosongkan perut akak takyah nak mintak tolong. Bebudak semua dah mencapai taraf expert peringkat mahadewa. Ahahaha!

Tengah hari tadi dapat lagi sms dari Kak Ungku...

"Kensel pojek mkn2 J'maat ni. Uncle Ep nak buat hari Sabtu, 3 ptg, 27/11. Kesulitan amat dikesali. Hehehe. Jgn lupo kosongkan porut." 13:27:16 pm

Duhh..!

22.11.04

Malam semalam jumpa Maria. Dah lama tak jumpa dia. Lebih 3 bulan kot. Aku sendiri pun tak ingat. Hehe. Lepas ambik dia kat LRT Ampang, kitorang lepak kat Tasik Titiwangsa. Yelah, dia kata nak lepak satu tempat, duduk duduk pastu layan borak. Bagi aku, tu jer lah port yang paling ideal. Orang ramai dan tempat terbuka, mengelak dari melakukan maksiat. Err... tapi tu la port yang paling sesuai bebudak remaja dok bermaksiat tiap tiap malam minggu. Har har har! Ah lantaklah. Aku budak baik apa... ;P

Well, bila dah lama tak jumpa macam macam cerita keluar. Bulan dah tegak atas kepala baru reti nak beredar. Aku bawak dia pi Sate R&K kat Setiawangsa lak. Makan makan sikit [tapi tak habis - nak muntah!] then lebih kurang 11.30 malam gitu aku hantar dia balik.

Hmm... segan weih bila pompuan belanja makan. Lebih lebih lagi kalau asyik diaaaa jer yang belanja. 10 kali jumpa dia jugak. Bila turn aku nak belanja... ntahler. Tunggu la nanti, bila aku dah kaya. Ahahahah.

21.11.04

Gila. Bangun tido terus jer hadap PC. Hari ni aku sambung sikit lagi develop blog baru nih. Dekat 3 jam asyik edit part list kengkawan jer. Penat siot! Buat simple jerk... Hampeh!

20.11.04

Peh, penat dok buat benda ni. Bila nak siap gamaknya?!!
Elop. :P

Okeh, ni 'buku' baru aku. Yang lama ada. Tak delete. Sesapa masih boleh baca kat 'Archives' kalau nak. Tapi kisah yang sudah, tak semua aku tulis. Ada part nak jaga hati member, ada part nak jaga hati sendiri. Ada juga part, rahsia peribadi. Tak elok nak kecoh kecoh kat orang. Ye tak? Belom rasmi lagi, so takleh nak tulis panjang panjang. Design pun tak siap sepenuhnya lagi. Lepas siap semuanya baru aku tulis macam biasa. Chow!