24.11.04

Kat umah abang aku, lepas balik dari keje...

Uhh... baru bangun tido sebenarnya. Nampak PC free jer terus aku on dan hasilnya, nilah... siap satu entry. Entry tak puas hati dan usus. Haha. Tertido lepas layan CD 7 PERHENTI*N tapi tak sempat tengok sampai habis. Ngantuk yarabbi, tak taulah kenapa. Aku agak pasal filem tu laa... best gile babi nak mamposs! Macam sial! Aku tak tau kenapa Pr*f A Raz*k Mohaide*n nih suka buat filem. Dia tak sedar ker filem arahan dia semuanya tak sedap. Toksah kata nak tengok, nak makan pun tak sedap. Ptuih! Apa yang aku nampak, semua filem dia lebih kepada syok sendiri. Dia buat, dia kata la best. Ada duit, tarak hal laa... boleh promote kat mana mana yang dia nak. Tapi tak boleh nak salahkan dia 100% gak [patutnya 300%], dah dia dok syok buat filem, kita pi tengok buat apa. Benda tak berkualiti, aku rasa teramat rugi kalau membazirkan duit RM10 untuk tonton wayang. Baik buat sedekat kat mamat rabun yang mintak dari meja ke meja makan kat restoran mamak lagi baik, huh! Kita tengok, kita bayar beb. Dia dapat duit, pastu dia buat filem lagi. Filem yang konpem tak best juga. Pastu kita tengok lagi. Kita bayar lagi. Selagi berterusan macam ni sampai bila industri filem nak maju. Orang kita macam tak reti nak nilai kualiti filem. Asal ada jer. Alahai orang kita... ubahlah sikap. Mari boikot filem filem yang tak best macam nih. Salah satu caranya dengan membeli CD lanun cetak rompak. Ahahahahah... jahatnya aku!

Kenapa aku tak puas hati sangat ngan filem arahan En Raz*k nih?
1. Pelakon sama dalam semua filem arahannya.
2. Pelakon kaku, tak menjiwai watak.
3. Jalan cerita banyak meniru orang lain. Ala ala omputeh la.. hindustan la..
4. Skrip merapu. Tak nampak real. Adakala beberapa dialog nak diselang selikan ngan BI tapi tak masyuk.
5. Kesinambungan plot plot tak smooth. Macam mana? Korang pikir sendiri laaa. Ahaks!
6. Mimik muka pelakon nampak sangat dibuat buat. Kengkadang lebih lak. Overacting! Kalau perhati betul betul, tak ada orang buat macam tuh kat dunia nyata. Aku suka lakonan dan gaya bahasa yang natural. Cth: Filem arahan Aziz M Osman.
7. Memang style pengarah ker... kalau tak berlakon pun still masukkan kaum kerabat berlakon sekali dalam filem diorang??? e.g Adik, abang, kakak ker...
8. Dah lah wei, kang nangis lak En Raz*k bila baca entry aku nih!

All in all, tak payah tengok. :)