23.11.04

Berita gembira. Pepagi hari lagi dah dapat sms dari Kak Ungku. Terperasan lepas siap mandi nak pi keje.

"Jemput beraya ke umah akak, Jumaat ni 26/11, lepas keje. Sape2 yg sudi dtg tlg msg akak balik. Nak mintak tlg skit, tlg kosongkan perut, hehe." 8:10:54 am.

Aku suka makan, lebih lebih lagi mak mertua Kak Ungku yang masak. Wahwahwah! Paling aku suka kek lapis yang dia buat. Sedap betul. Hmm... tak tau lagi dapat pegi ker tak. Kalau ramai yang nak pegi, boleh lah aku tumpang. Nak drive sendiri rasa tak larat. Bukan aku, tapi poket aku yang tak larat. Tapi kalau nak tong tong aku tarak hal. InsyaAllah kalau takde batang balak tumbang melintang depan pondok pak guard, sampailah kot. Apa pun, untuk Kak Ungku...

"Akak, masak sedap sedap ye!"

Ah ye lupa nak cakap. Part kosongkan perut akak takyah nak mintak tolong. Bebudak semua dah mencapai taraf expert peringkat mahadewa. Ahahaha!

Tengah hari tadi dapat lagi sms dari Kak Ungku...

"Kensel pojek mkn2 J'maat ni. Uncle Ep nak buat hari Sabtu, 3 ptg, 27/11. Kesulitan amat dikesali. Hehehe. Jgn lupo kosongkan porut." 13:27:16 pm

Duhh..!