Rugi! Betol betol rugi! Kerana hal semalam (yang lebih penting aku rasa) aku terpaksa lepaskan peluang untuk menonton rancangan Tanya Linda jam 10.30 malam kat Astro Ria semalam. Bagi aku, episod semalam tak sama seperti episod episod sebelomnya. Episod semalam berkaitan isu Black Metal dan kes kes yang seumpamanya lebih lebih lagi kes gig kena raid kat Seremban minggu lepas. Diskusi kali ni melibatkan seorang wartawan (dari Harian Metro barangkali), seorang kaunselor, Linda sendiri dan 2 orang penggiat muzik metal (of course bawah tanah). Yang bestnya, aku kenal kedua dua diorang nih (walau tak kenal rapat). Niat utama hanya satu, membersihkan imej Black Metal dari persepsi buruk orang ramai terhadapnya. Aku nak cerita lebih lebih tak boleh gak pasal aku tak tengok. Skang tengah tunggu kot kot ada sesapa yang rekod siaran tu dan letak kat forum MT, leh la aku donlod. Kalau tak ada, terpaksa aku tengok kat siaran ulangan.
Kalau tak silap, rancangan Tanya Linda ni akan diulang pada:
Khamis 15.12.2005 4.30 pagi (Rabu malam Khamis)
Sabtu 17.12.2005 6.30 petang.
Sesapa nak dapatkan sedikit info berguna dan SAHIH, sila silalah menonton. Harap mesej yang hendak disampaikan pada anda sampai. Dengar dengar diskusi lebih kepada sesi bertegang leher. Hek hek!
Anyway, Metal Rulessss!
//Syabas diucapkan kepada Madec dan CD Naz kerana berani bersemuka dengan mereka.